APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

TENTANG BELIAU

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA !!!
Yuhuuu!!! Selamat datang ke blog LAdy_dyLA..Alhamdulillah pada 21 APRIL 2011 wujudlah blog http://www.ladydyla.com selepas lebih setahun menggunakan url http://nasi-kerabu.blogspot.com. Walaupun blog ini takdelah famous sangat pun tapi niat nak berdomain tu wujud lepas rasa aku ni memang hari-hari fikir pasal BLOG je..Kalau tak update pun mesti nak baca entry orang lain..So, disebabkan dah nampak dah ketidak HOT2 CHICKEN SHIT, maka tak salah kan kalau berdomain..Nanti lambat2 nama LADY_DYLA tak available kau nangis nanti...

Saya adalah seorang yang amat amat serius adalah amat amat jarang sekali..So silalah terima penulisan aku yang banyak mengarut ini..Kadang-kadang saya juga sangat BLUR T___T nak2 bila saya tengah busy, blog ini akan terabai tanpa tanpa rasa bersalah.UMUR SAYA akan bertambah dari tahun ke tahun..hehe..Tujuan page ini diwujudkan adalah supaya korang semua dapat mengenali LADY DYLA dengan lebih lanjut lagi..Dulu pernah buat page NASI-KERABU vs LAdy_dyLA kan tapi selepas dah berdomain ni terpaksa remove page tu..Huhu..Nasi kerabu dalam kenangan...

Mukaddimah je nak panjang kan..Seperti yang korang tengok kat HEADER aku tu, ada 3 BENDA yang akan selalu aku cerita kat blog ni..Mention awal2 senang, yelah yang datang cni ada yang 1st time kan..Bila korang dah masuk dan stick dengan blog ni maka korang kena bersedia terima 3 BENDA ni..

1- MELUKIS

Minat melukis ni memang dari sekolah lagi..kerja aku pun ada sangkut dengan lukis2 gak sikit..Tapi dulu pandai lukis atas KERTAS LUKISAN je sekarang ni dah slow2 lukis pakai mouse dan berjaya lukis sendiri kat HEADER..Bercita-cita nak ada graphic tablet...hehe..Korang boleh ushar karya yang seciput itu kat SINI.


2 - FOTOGRAFI


Walaupun masih belum ada KAMERA MUNCUNG PANJANG atau lebih femes dipanggil DSLR tapi hobi nak bergambar itu tidak pernah padam..Pantang betul  kalau ada apa2 event, makciklah orang paling busy sekali..hahaha...Disebabkan hanya mampu pakai camera cikai je, maka aku sangat hebat mengedit picture kat PICNIK tapi bukanlah mengedit muka ni jadi MAKCIK GEBU tapi suka buat pic jadi 60's TV,VINTAGE la tu, HDR, BLACK n WHITE, kadang2 ada effect SNOW la, biasalah, budak tak pernah pergi oversea memang macam ni..Bercita-cita nak ada DSLR nanti^^

3 - SUKAN

Sila jangan terkejut dan pelik kalau aku ada buat entry pasal SUKAN...Biasanya aku fokus kepada sukan BADMINTON, BOLA SEPAK dan FUTSAL tidak ketinggalan juga KEJOHANAN2 yang BESAR..Kenapa??Sebab aku memang minat dengan sukan ni even aku bukan atlit sekolah dulu..Satu-satunya sukan yang aku masih aktif sekarang ni adalah BADMINTON..Tapi aku buat LAPORAN SUKAN bila aku tengok LIVE je, sebab aku rasa lebih feel nak buat entry berbanding yang dapat tahu dari akhbar/blog kemudian tulis KEPUTUSAN tanpa tahu jalan cerita..Bercita-cita nak lawan dengan LIN DAN..hahaha..pelislahhhh..

So, itu jelah kebanyakkan entry yang selalu saya buat..Tapi ada jugak aku cerita pasal TRAVELLING, MAKAN, FAMILY, AGAMA, KESIHATAN, DRAMA REVIEW[mostly korean drama..hehe]..So, selamat datang ke dunia LADY DYLA kepada yang baru 1st time masuk sini..Mana yang BAIK korang amiklah, yang BURUK tu korang tegurlah mana yang patut dan jangan korang ikut pulak..Adios Amigos!!

KALAU ADA APA2 PERSOALAN ATAU KETIDAKPUASAN HATI SILA DROP COMMENT ANDA OKE..

nasi tambah : akan diedit dari semasa ke semasa mengikut perkembangan^^
Kalau BEST, sila LIKE

1 ORANG MENYAMPUK:

takky said...

nice blog...
aku senyum memanjang je masa bace entri2 ko....
plg klaka masa aku bace entri seram kat toilet skola tu...
so, im decide 2 follow ur blog...
harap sudi terima....
^O^

There was an error in this gadget

PENCEROBOH-PENCEROBOH BLOG INI !!!

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥