APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Sunday, May 14, 2017

OSAKA is LOVE Part 4 - Osaka Castle, Tennoji

Assalamualaikum dan haiiiii~


Haaa hamik kau lepas sebulan baru nak sambung cerita makcik2 di jepun ni. Kat Jepun je berdedikasi, semangat hait2, sampai Malaysia terus haktuih ish3 sungguh tak boleh dijadikan idola hahaha.

Okay marilah kita berbalik kepada niat asal kita. Camni, semalam lepas balik dari tsurumi-ryokuchi cam biasa pergi mintak air panas kat cafe, so borak2 la dengan Encik Shogo yang handsome tu. And then dia suggest suruh pergi Kyoto sebab dia cakap x jauh pun dari osaka dalam sejam camtu je. Lagi sekali salahkan diri sendiri sebab tak study betul2 + rasa macam tak cukup masa + tak pergi lagi Osaka Castle. If lah semalam lepas pergi Tsurumi-Ryokuchi, terus singgah Osaka Castle. maybe boleh je kot nak pergi Kyoto. tapi takut jugak sebab memang takde preparation langsung untuk ke Kyoto. Nanti kang takut sampai sana blur tak tahu nak pergi mana. Blur binti mong ni nama kedua aku. Kang tak padan pulak dengan bayar mahal2 tiket bullet train. Naik Shinkansen mahal kot weyyy. Kalau nak pergi Kyoto, kalau boleh xnaklah pergi balik hari, tak puas nanti pulak. So, kitorang pun terpaksalah memendam perasaan, dengan harapan ada rezeki boleh datang lagi sebab kononnya Kyoto/Nara tak sempat pergi heh heh.

Day 3 - Osaka Castle, Tennoji

Yay, jumpa sweater tebal bulu2 gebu gebas murah dekat dengan area hostel, 550 yen je, dan sangat cantik! Terus pakai pergi Osaka Castle gitew.


dahtu kenapa? bajet bila pakai baju made in nippon terus jadi samurai ke ape ni?

So, dari Higashimikuni station, turun dekat Shinsaibashi untuk change line Nagahori Tsurumi-ryokuchi yang kaler hijau tu, turun dekat Osaka Business Park Station.  And then, dari jauh dah nampak Osaka Castle maka silalah kau berjalan dengan gigihnya pula.


Jangan risau, anda akan ditemani dengan pemandangan yang cukup indah so takdelah rasa boring ke, letih ke. Itu belum full bloom lagi tu, mata aku dah bling2 ala2 sailormoon dah dibuatnya. Ada la seketul dua sakura, ume untuk amik hati aku & unnie-chan yang jauh datang dari Malaysia ni haha. Alhamdulillah, syukur!

*WARNING! Gambar2 terlebih meriah mengalahkan hari raya aidilfitri. 


Dari jauh kupohonkan ampun maaf~
Kadang2 rasa nak tukar camera tapi bila dapat zoom dari jauh camni, x sampai hati pulak nak bertukar kasih.


Alhamdulillah syukur nikmat~


kelehatan samar2 di situ Osaka-jo. 


Ni nama dia bokeh ala2. jadi cam x jadi versi sila bersyukur


Yang ni pun sama. Bokeh melepaskan batuk di tangga namanya.


sila bersyukur please dapat lihat sakura/ume banyak camni


awal2 sakura la baru precious. semua berebut nak shoot. bila dah banyak dah x precious dah. *edisi memujuk ^^


Sebenarnya teringin nak naik tapi....


Yang ni pun sebenarnya teringin jugak nak naik


Osaka-jo, wait for meeee!

Ni camera cap henpon, gebu gebas version. tembamnya pipi rasa nak cubit diri sendiri


Osaka Castle/Osaka-jo (Jo = castle/istana)


Dahtu, mananya putera raja? I siap pakai bedak sejuk lagi huh


Kehadapan putera raja nippon, masuk meminang kudasai. hait~!


excuse me, too adorb dorang nye pups!


Agak2nya baju dorang lagi mahal dari baju sutera Terengganu


Izinkan patik memposingkan siri

Sejuk2 pun makan aiskrim apakah


Sampai harini still teringat green tea ice-cream ni...kesedapanya dan harganya perghh
Dah habis makan ais-krim bolehlah buat ucapan hari raya di perantauan pulak


Ni lagi satu. Dia punya kecomelan dan kebehave-an, rasa nak gi culik je hahaha


Dia pakai baju corak2 sakura okay


Majestic tree


Ni kalau betul2 spring time, dapatla tgk plum blossoms


apa erti semua ni?

Bila dah puas menunggu putera raja tak muncul2, makcik pun redha hahaha. Anyway, sempat beli beberapa souvenirs kat sini. Nanti2 la buat entry pasal souvenirs pulak okie. So, plan nak singgah Tennoji Park pulak sebab masa google tengok cam cantik gila camni haaaa!


Credit kat encik google

Aku memang excited la jugak kot masa turun kat Tennoji tu dengan harapan boleh feeling2, guling2 lagi sekali kehkehkeh. Tapi sampai2 je nampak Tennoji Zoo, apa ni? Saya xnak pergi zoo. Tapi disebabkan time tu dah petang, x payah tiket pun so masuk la jugak kot2 park dia ada kat dalam. Tapi unnie-chan dah biru dah muka hahaha, aku pun cam kesian pulak kat dia sebab dia macam yakin xde walaupun hati aku kuat mengatakan kena jalan dalam sikit. Tapi demi sebuah kenangan aku amik la jugak gambar sekeping dua. Serius balik tu aku google lagi sekali sebab tak puas hati! Memang dia kena jalan dalam sikit huwaaa terus nyanyi lagu tragedi oktober di bulan mac.

nasib baik nampak kurus pic ni. hilang kefrustan makcik jap


Zoo pun zoo lah. janji masuk free je hahaha tiba2 rasa pelik sebelum pergi macam banyak je entrance fees tapi sampai2 xde satu pun kena tiket.
Dorang ingat aku baby ke ape? lulz


Toilet dorang of course la nak cantik je. Yang penting, BERSIH!


Yang ni aku suka..Betul2 memanfaatkan weekends dorang dengan family, friends.

Seriously best tengok dorang lepak ramai2 camni, riadah.

So camtu jelah hari ketiga kitorang. Time ni terfikir kalau lah Osaka Castle tu pergi hari kedua, dah boleh pergi Kyoto kot hari ketiga tapi ada la tu hikmahnya. Hari ke-4 nak guna duit banyak kot kat USJ so maybe kalau pergi Kyoto, ada yang part time basuh pinggan nanti hahaha. Kita redha, kita redha. nanti ada rezeki, pergi Tokyo-Kyoto-Nara pulak. Okay, next entry, USJ!!! weehoooo! *padahal tak tahu bila nak update, ntah2 lepas raya baru update.

Kyoto. okay, sila bawak bertenang!

~TBC~


Kalau BEST, sila LIKE

0 ORANG MENYAMPUK:

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥