APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Saturday, March 18, 2017

OSAKA is LOVE Part1 - Kansai Airport, Limited Express Haruka, Hostel Shin Osaka Kita Fuga



ASSALAMUALAIKUM DAN HAIIIIIIIII~!!!

I'm back! heh heh! bajet semua orang still ingat and rindu. tak kira, kali ni nak share jugak pengalaman pergi Jepun walaupun cerita masa gi KOREA sampai PART 1 je hahaha rajin punya pasal kan. Hopefully yang ni x jadi macam yg Korea punyalah, sampai part 1 je. 

This time punya trip memang mencabar sangat since aku pergi berdua je lepas tu aku nak kena study subway yang memang bukan kemahiran aku. yelah, i kan keje kat tempat yang memang xde kemudahan macam subway, lrt bagai. so hari2 kejenya bawak kereta je. So memang jujur aku noob pasal subway ni. Masa pergi Korea haritu pun banyak follow member aku je. Tunjuk pandai kadang2 kikiki.

So my friend(unnie-chan), dia lah yang suggest pergi Jepun. Sebenarnya macam dah boring dengan Korea so kitorang nak tukar angin pulak. Jepun actually memang aku suka since budak2 lagi, yelah dengan otromen la, doraemon la kan. Masa tu ada dua options; Tokyo @ Osaka. And then nak pergi masa spring season. So lepas tengok ada promo kat Osaka and since unnie-chan tu a big fan of Harry Potter, kitorang decided nak pergi Osaka. Cuma satu je yang x best, date yang kitorang pilih tu early spring so peluang nak tengok sakura saaaangatlah rendah. Makanya kitorang pun dah set mind, jangan expect nak tengok sakura sangat nanti okay!

Aku ni pulak masalahnya memang tak pandai nak study awal2 walaupun aku siap close order sebulan sebelum pergi lagi okay, semangat kan?! Tapi bila sampai bab study, 5 minit je lepas tu give up haha. So, 2-3 hari sebelum bertolak lah baru gigih nak study semua. Anyway, kitorang pilih 'Hostel Shin Osaka Kita Fuga' sebabnya harga dia quite okay and yang paling penting 'private bathroom'. Seriously aku memang x suka yang shared bathroom ni so mencari jugaklah yang private bathroom ni dengan harga yang berpatutan. 22,000 yen untuk 5hari 4malam bersamaan RM866, not bad lah kan? So, 1st of all kenalah study jalan/subway nak ke hostel dulu from Kansai Airport.


Ni betul2 siap sehari sebelum bertolak.
Me & unnie-chan, muka tengah semangat gila
Of courselah Air-Asia 'now everyone can fly' ^^

Alhamdulillah flight kitorang xde yang delay. Aku kan dari KT-KL, KL-Osaka. so unnie-chan dah risau dah takut flight aku ke KL delay. Alhamdulillah semuanya smooth. Dah sampai sana maka mulalah mencari jalan nak check in hostel pulak. Dua2 memang 1st time, so kejakunan tu memang nampak sangat haha. Macam mana nak beli tiket, nak cari JR(Japan Railway) line kitorang. Dorang pulak laju semacam je jalan. Nak tanya pun macam ragu2 je. And then ada sorang oji-san yang baik hati tolong kitorang. Masa tu baru perasan ada button English kat situ haha bila dah blur kan. 

Time ni dah expert, beli tiket sambil pejam mata je kekeke

Maka dengan confidentnya pergilah JR line kitorang (JR Limited Express Haruka), masa belum bertolak nampak dorang bersih2 tempat duduk dalam train siap kerusi tu boleh gerak2 360 lagi. Dah start kagum dah actually haha, welcome to Japan y'all~! Dia ada yang non-reserved seats & reserved seats so kitorang for surelah yang non-reserved seats. Okay, kepada sesiapa yang plan nak pergi ke Jepun, please take note bab ni. Bila kitorang dah naik, of courselah mencari tempat duduk kan, sebab jauh jugak kot nak sampai, dalam sejam jugakla. And then datang ticket inspector check ticket. Confident je kitorang hulur tiket until dia mintak lagi bayaran. Masa tu ingatkan kitorang dah salah beli tiket. Dahla tiket tu dah berharga 1360yen(RM53.50) pastu mintak lagi 970yen(RM38.20). Nak tak nak, kenalah bayar jugak. Selididk punya selidik rupa-rupanya yang dia mintak another 970yen tu adalah HARGA SEAT YANG KAU DUDUK! hahahahaha seriously Japan, seriously! Itulah, kerusi canggih sangat kan, nak duduk pun kena cas.

The JR Ltd. Express Haruka. Sebelum peristiwa kena cas kerusi XDDD

Ni tiket masa nak balik dah ni actually. Dah tahu kan, so beli untuk seat sekali.

And then, sampai kat Shin Osaka station mulalah nak mencari Subway midosuji line pulak ke hostel kitorang. Si unnie chan mula2 selamba je, nak jalan kaki dr shin osaka untuk ke hostel. masa aku cakap lepas tu kena naik subway midosuji line ke ke Higashimikuni station pulak, dia macam eh jalan kaki jelah lol. Dia ingatkan Hostel Shin Osaka tu dekat dengan Shin Osaka station. So aku tunjuklah dia benda ni haa. Terus surrender. Kalau xde beg bagai, cuaca x beku 8-10 degrees, boleh je nak try hahaha.

Thank you google maps! Sangat sangat sangat membantu kitorag bila tgh blur x jumpa cari exit or station or food hunting!

Klik gambar utk pembesaran.
Bolehla rujuk harga dia kat sini ye korang2. Kaler merah harga utk budak2

Sampai2 kat hostel, hilang segala penat bila tengok staff2 Hostel ni semuanya baik2 and ceria hanya di astro. Masa tu ada sorang lelaki & perempuan. Dua2 friendly gila, kanae-chan lah yang bagitau harga yang kena bayar dalam train tu sebenarnya harga seat kitorang. Damn! Yang lelaki(shogo-chan) tu rupa2nya manager hostel ni! gosh, muda gila, handsome pulak tu hahaha tu yang penting! But dia friendly, x sombong langsung. Hilang penat makan buah langsat masa cari subway midosuji line + mengheret beg tadi. Masa sampai tu dalam pukul 3 petang, check in time sepatutnya pukul 4 tapi kitorang begging nak check in terus kalau ada bilik kosong. Seriously masa tu penat gila! Bayangkan kitorang sampai Kansai Airport dalam pkl 9-10pagi tapi disebabkan kebluran kitorang, pkl 3ptg baru sampai hostel. Kanae-chan memang baik gila dia bagi check-in awal. So masuk je, solat2 dulu, mandi, and then mintak air panas nak buat air, seharian kot aku x minum nescafe, this is so not me! aku dah start pening actually. Satu je kekurangan hostel ni, xde electric kettle kat bilik. So, setiap kali nak minum/makan kena mengadap dorang dulu tsk! Camne nak bedal megi pkl 1 pagi camni haha.

Okieee, macam dah panjang je membebel hahaha tulah dah 2tahun x update kan. i belanja gambar hostel & manager+staff dululah pepun buat lepas rindu bwahaha. One more thing, hostel ni sangat baru, masa tu baru seminggu beroperasi! Terharu sesaat.

Masa ni dah nak check out, sila terima seadanya keadaan beliau. Kitorang nak kejar flight, x sempat nak kemas

I suka bathroom dia..kecik tapi selesa & cantik


Ada frame kat situ. Sebenarnya plan nak letak gambar kitorang kat situ. Kot2la shogo-chan rindu ke XDDD


I taknak peti sejuk, i nak kettle! 


Okay, rindu gila dengan hostel ni! 
bersedia untuk dilayan. sape suruh x sediakan kettle

Nice kan tempat dia

Dalam ni warm je, kat luar sejuk beku brrrrr

Shogo-chan & Shige-chan. Kanae-chan xde time ni. 

Pintu masuk kitchen dorang

Nilah, peneman breakfast kitorang

Dia mix aussie+Jap sbb tu x nampak japanese sgt. speaking pun best je dgr

Shige-chan ni nice jugak, masa ni baru 1st time jumpa kot. Ni yang i suka Japan ni, friendly amat sorang2!!!

Okay bye! TBC~

Kalau BEST, sila LIKE

0 ORANG MENYAMPUK:

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥