APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Saturday, September 09, 2017

#ladylatravels: Muzium Negeri Terengganu & Taman Tamadun Islam

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI~

Ini adalah entry travel tertunggak dan poyo lagi panjang!. Sebabnya Muzium dan TTI tu dalam 10minit je dengan kereta dari rumah sewa aku hahaha. But since aku bukan anak jati Terengganu, kira tourist celup, boleh? Nak lagi poyo, ini bukan kali pertama sebenarnya aku ke sana. Muzium tu pernah pergi masa DARJAH 6, lawatan sekolah time tu. Lepas tu TTI tu pernah pergi masa tahun 2011. Tapi sahaja aku mood nak berjalan-jalan, nak tunggu next trip bulan 9 time tu macam lambat lagi time tu.  Yes, ni pergi sehari sebelum puasa sebenarnya hahaha biasalah makcik kan hot-hot chicken.

Housemate aku pulak tak pernah pergi lagi TTI, nanti dia busy nak buat wedding prep pulak so, rasanya dah tak boleh tunggu lepas raya dah. Okay, alasan yang konkrit di situ haha. Tapi macam biasa, aku yang excited lebih, lepas subuh terus mandi manakala housemate aku still dalam sleeping beauty mode. So, pum pang pum pang, pukul 9 lebih jugak baru gerak.

Tapau nasi je takut lambat kalau makan kat kedai so bawak bersidang depan muzium gitu

Baru kau tahu erti tidur selepas subuh. 

Bila perut pun dah kenyang, okay jom balik sambung tidur hahaha..Time tu dah pukul 10 lebih2, sunyi sepi, orang pun boleh bilang ada berapa kerat. Hari jumaat lagi pulak. Orang yang jaga kaunter sure terharu tengok. So, bayaran masuk hanyalah RM5. Kalau nak bawak masuk kamera, kena cas extra RM3 sahaja yay! Sebab dulu masa darjah 6 tak boleh bawak masuk kamera. Jangan memain, darjah 6 tu dah start gila kamera dah hokayh! 


Ni lah tiket dia. 28 May, sehari sebelum puasa ^^

Of courselah kena posing dulu. Kat sini je dah habis satu roll kodak.
Korang tak tahu nak dapatkan angle kaki panjang dan slim ni sampai basah ketiak ni haaa


Jadi, silalah menikmati juadah2 sebelum dan selepas berbuka ini, berupakan dua ketul cekmek molek, limited edition.


Sila baca dan hafal, kot2 nanti ada GA hahaha memories~~~ dolu2 kan suka naw buat GA


Tengah busy check saham

Dulu pernah bercita-cita nak jadi pelukis. apakan daya, bakat takat orang lidi je

copypaste.jpg
Mungkin lepas ni boleh tukar cita2 jadi tukang cop batik pulak



Baca. baca! nanti cikgu soal

benda ni kat tempat aku kitorang panggil "terompah gajah"


bekas juara congkak 2013. peringkat jabatan. HA!

okay. anyway, benda tu namanya "caping".  info..info..

Lepas ni boleh la praktis sambil tunggu nasi masak


tukar mode diraja pulak

dan2 je pakai kuning jugak. adakah ini petanda jodohku dengan anak raja? bwahaha muntah darah






View dari tingkat 1

aku ada kat belakang-belakang bangunan tu tengah makan keropok lekor

You are at the prehistoric age

Cam nak terkam kayuh sampai Kelantan je tengok benda alah ni




Bye! lawatan sambil belajar tamat di sini.

Subhanallah cahaya keimanangggg!!! bergegar lemak tengok gambar diri sendiri

Seriously tak sedar hampir 200 keping gambar kitorang photoshoot kat muzium ni. Tapi takde la sampai nak letak semua, boleh epilepsi dibuatnya. Kesimpulannya, tak banyak pun perubahan, yang ketaranya dulu tak boleh bawak masuk kamera heh heh. Muzium ni kalau hari Jumaat, akan ditutup pada pukul 12 tengahari untuk solat Jumaat dan akan dibuka kembali pada pukul 3 petang. Persoalannya, air-cond rosak ke? Atau sebab tak ramai pelawat? Seriously, sampai basah aku punya shawl lols. Nasib baik tak kena heatstroke je. fuh fuh, tiup lemak kiri kanan.

Misi kedua adalah ke Taman Tamadun Islam. Nak masuk "Monument Park", dengan harapan dorang tak tutuplah macam kat muzium tu. Of course lah dorang tutup hahaha sendu hati makcik ini tidak tertahan lagi terus pergi masjid kristal, solat zohor kat sana.



Cuaca sangat panas time ni





Cantik!

sekali pandang ingatkan tengah mengaji



Masjid Kristal ni cantik tapi aku harap sangat persekitaran dan dalamannya lebih terjaga. Nanti pelancong2 jugak suka kalau dijaga dengan baik. Kalau boleh sediakankanlah air-cond since kipas siling pun takde hurhur. Dengan harapan dorang baca lah blog aku ni hahaha. 

Dah siap segala urusan, beli jagung dan souvenir kat depan Masjid Kristal ni. Tiba2 je, *muzik suspen* langit bertukar dari kebiru-biruan kepada kekelabu-kelabuan menandakan hujan bakal turun. Belum sempat kitorang siap shopping(heh!), hujan mula membasahi bumi TTI. Kaget 44saat! Tapi kitorang relax lagi sebab mungkin kejap je kot hujan. Masuk kereta, parking kat depan 'Monument Park', makan jagung sambil tunggu hujan reda. Still tak berputus asa okay. And then bila nampak macam nak berhenti, semangat berkobar-kobar ni, kawan aku emma suruh standby payung. Baru je bukak bonet, tiba2 je hujan turun lagi sekali, lebat dia masyaAllah, dengan petir sekali. So, aku cakap takde rezeki la tu, jom balik. 

Maka, balik la kitorang, lepak2 depan TV. Sampai pukul 4, langit dah start cerah balik. So aku cakap kat emma, jom pergi TTI balik semula hahaha kerja gila betul. Ingat senang2 ke nak give-up cemtu je. Tapi takdelah pergi terus, lepas solat Asar, siap makan nasi lagi, baru gerak. Dalam pukul 5 gerak so ada lah masa dalam 1jam setengah je kat sana. Semangatnya lahaiiiii, bagi award tokoh kuat jalan please!

Tokoh Berjalan Untuk Diri Sendiri 2017


Kena lah ada passport. Kitorang kan travel all around the world harini.
Tapi harga dah naik hmm. Masa tahun 2011 RM15. Sekarang, RM21.20 (gst ler tu)



Ni sape tak kenal, tukar warganegara please
National Mosque, Malaysia.
"Dibina pada tahun 1965 sebagai tada penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. 
Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup."

Kudus Minar, Central Java, Indonesia.
"Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus(Ja'far Shadiq). Rekabentuk masjid bercirikan campuran Hindu dan Jawa.
Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasannya ditemui di kawasan kuil Hindu.



Pattani Central Mosque, Thailand.
"Dibina pada tahun 1964 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal.
Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.


ni namanya pose sorok lemak

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam.
"Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958.
Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Rasanya masa pergi Singapore haritu, masjid ni la kot yang aku masuk solat.
Sultan Mosque, Singapore.
"Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu.
Terkenal dengan kubah emas yang terletak di atas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.

Taj Mahal, Agra, India.
"Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya.
Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

TTI Waterwheel.
"Kincir Air TTI dibina berdasarkan teori Al Jazari, iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam. Kincir air TTI mengandungi empat elemen utama yang dilabelkan menggunakan papan tanda hitam putih iaitu Tempat Menunggu, Galeri, Kincir, dan Jejambat.







Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan.
"Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. Ia merupakan masjis yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah a boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.
"Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Teknik sorok lemak versi tiang penyelamatku






Penat wooo travel tak berhenti.
Great Mosque of Samarra, Iraq.
"Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.



Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.
"Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Abu Nasr Parsa, Afghanistan.
"Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing dihadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Kwaja Abu Nasr Parsa.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia.
"Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu kaabah bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.

Bila lah agaknya nak menjejakkan kaki kat sini. InsyaAllah. InsyaAllah

pepun kita berangan dulu. fikir2 balik banyak jugak yang aku angan2kan menjadi kenyataan


Aleppo Citadel, Syria.
"Dianggarkan dibina pada abad ke 10SM  dia tas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut."


Teknik sorok lemak versi innocent



Teknik sorok lemak versi confident.
Great Mosque of Agadez, Niger.
"Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke-16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia.
"Pernah dibina musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.


Xian Mosque, China.
"Masjid ini didirikan pada tahun 1932M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rekabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya mengadap kiblat.


dah kenapa gambar last selalu win dengan cahaya keimananggg nim?

Yummeh.


Sekian. Hahaha. Jumpa lagi. Semoga info2 di atas berguna ^^


Nasi tambah: sebenarnay sedang mencari punca kenapa blog ni takde dalam engine search. Thank you 'Zura' sebab bagitahu walaupun sebenarnya memang rasa pelik kenapa macam sendu teruk jumlah readers. Rupa-rupanya entry tak keluar dalam list pun. Sebab tulah kot jadi malas balik nak update hahaha. Tapi tak kisah lah. Tetap nak update jugak demi kenangan gitu.

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥