APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Saturday, June 16, 2012

ROOFTOP PRINCE [time travel love story]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Minggu lepas kan seminggu aku takleh buat kerja..GIS lah ni tetibe expired, jangan memain, GIS ni macam roti gardenia lah pulak..Dahla program ni limited je kat ofis, unit aku je guna, so, bila xpired susah la kan sebab 5 PC je ada benda ni..Nak menumpang pun tak best je, time dorang cuti, minum ke blehla aku guna kejap..Maka tanpa membuang masa aku pun bawaklah beberapa buah dvd..Huahua..Tergerak hati nak layan ROOFTOP PRINCE sebab baca review dia macam daebak je..

Comel je baju PJ dorang tu..hehe


PELAKON UTAMA
HAN JI MIN - lead actress PADAM2 [cite ni pun best]

Oke, sekarang aku dah habis pun layan ROOFTOP PRINCE ni...Masih terbayang-bayang lagi jalan cerita, ost2 dia yang membuatkan aku tabik springlah dengan pengarah cite ni..What a wonderful story line..Tema drama ni FANTASY, TIME TRAVEL, LOVE STORY, ACTION, SEDIH ADA tapi serius LAWAK..Fuhh..ni kira full package dah ni..Tapi yang uniknya cite ni bermula di zaman JOSEON [300tahun lalu] kemudian dorang pergi ke masa depan tahun 2012..Dorang punya kepercayaan kan selepas mati nanti akan hidup semula di zaman lain..Mula2 tu cerita di era Joseon, bila CROWN PRINCE bangun dari tidur terkejut bila tahu CROWN PRINCESS terbunuh dalam kolam..Tapi beliau yakin Crown Princess sebenarnya dibunuh..Demi mendapat jawapan, beliau siasatlah, masa tengah siasat tu Crown Prince dan 3 orang spy tiba2 terjatuh..Bila sedar dorang dah berada di zaman 2012..Time ni serius klakar sebab tiba2 berada di zaman moden kan, penat perut ni dok gelak..Pastu seterusnya korang kena tengoklah nak tahu kenapa dorang tiba2 berada di tahun 2012..hehe..Tapi serius best, lawak gila mula2 tu..Suka betul aku dengan Micky Yoochun neh, comey je berlakon..Bile tengok balik masa muda2 dulu dalam tvxq tak sangka mamat ni boleh jadi hero yang disukai ramai..Memang best lakonan beliau, patutlah dah banyak award beliau dapat dan saya dah jatuh hati kot dengan micky ni..kikiki...Pastu aku suka part dorang renovate rooftop tu jadi comel giler..Tetibe terasa nak ada rooftop camtu gak..Kadang2 terfikir gak cane la dorang boleh dapat idea2 best nak buat drama cenggini..Pepun, nah layan teaser kat bawah ni dulu..


Bila kita nak rajin2 macam dorang ni?men sukan, kayuh beskal petang2..bagus betul
Ade ke lift tu dorang bajet fitting room..Sengal amat
Dorang ni fan angry bird kot..hehe

Chibi Rooftop Prince..cute giler

Bukan nak pujilah cerita2 Korea ni, tak semua betul, yang mana baik kita ikutlah kan tapi kita kalau nak maju kena rajinlah explore dan belajar dari negara2 lain..tak kiralah Korea ke, Japan ke, Germany ke..Seriuslah aku rasa rakyat Malaysia kekurangan idea, banyak idea nak condemn orang je kan..Tak kiralah dari segi perfileman ke, teknologi ke idea kita jauh terkebelakang..Cer amik contoh Running Man, variety show je, tapi kenapa boleh berjaya?Sampai ke Thailand, China n HK dah dorang filming..Tak perlu drama berbabak2 macam Masterfchef Selebriti pun..Kat situ dah nampak dah perangai sorang2 camne..Saya sokong Karl Syafik-tetibe!

Style orang Korea ni, dorang suka tayang drama pada waktu yang sama..Contohnya macam Rooftop Prince [SBS] ni ditayangkan serentak dengan drama The King 2 Hearts [MBC] dan The Equator Man [KBS].Nampak kan cara dorang bersaing..Tapi baguslah, menunjukkan masing2 percaya dengan produk yang dihasilkan walaupun terpaksa bersaing hebat di situ..Mula2 aku expect The King 2 Hearts bakal mendominasi peratusanlah sebab pelakon2nya yang dah star..Tapi yang last episod Rooftop Prince dapat peratusan yang paling tinggi..Nampak kan, tak semestinya kena amik pelakon Aaron Aziz je boleh laku..kalau jalan cerita tu bagus, skrip bagus, lakonan mantap, sinematografi hebat, amik Zed Zaidi pun boleh laku filem...Pokok pangkalnya kena rajin berusaha untuk buat yang terbaik dan percayalah kalau kita 24/7 busy condemn orang memang takkan berjaya sampai bila2 pun..Ada baiknya kita buat research kenapa filem dorang berjaya..Contohnya macam drama PADAM PADAM, sinematografi superb..Watak dalam tu ada  watak DR.VETERINAR, CARPENTER, MAKCIK JUAL IKAN dll tapi cara dorang explore watak masing2 tu memang aku tabiklah. Paling terkesan watak carpenter tu..Bukan sekadar ada je, tapi buat kita kagum dengan hasil kerja tukang kayu ni sebenarnya..Kalau nak buat watak korporat pun ceritalah buat bisnes apa, bukan sekadar pakai sut cantik dan bawak briefcase beserta kereta mewah je..Study la lebih sikit kalau nak berjaya..Tetibe emo pulak saya ini..haha~~


NASI TAMBAH : Takyahlah request RM datang Malaysia..Walaupun aku x pernah miss layan RM tapi better jangan datang..RM ni memang best pun , hilang stress tapi aku bayangkan kalau dorang datang jadi macam kat HK aritu..fuhh, sesak nafas tengok..Nanti tak pasal jadi isu pulak kan..

Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, June 09, 2012

Kenal MY BABY dah 4 TAHUN..

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hak..hak..geli geletas betul tajuk..U ollll, perkenalan i dengan my baby dah berusia 4 tahun dah..I berkenalan dengan baby i ni 4 tahun yang lepaslah..Masa kenal tu malam FINAL EURO 2008, i jumpa baby i ni kat kedai letrik je..Jodoh kan..Auwww..so sweet okeh..So, memandangkan Euro dah setat, terus i teringat malam pertama kita bersama..U teman i tengok GERMANY vs SPAIN pada malam tu..Dalam bilik yang gelap kita berdua je..Housemate kita semua dah tidur..Nasib baik u ade taw..Kita dah resah sebenarnya takut tak boleh layan final malam tu..Yelah...macam mana i nak layan kalau u takde..I sayang u ketat2 taw..Walaupun i sayang u ketat2 tapi i tak boleh peluk u apatah lagi nak ciyomm..Bahaya..I taknak nanti mati katak depan u..
I takde duit nak beli hadiah kat u..So, i rembat jiran i punya bunga..nah hamikkk !


Okelah, jomlah berkenalan dengan baby i ni..Memang i sorokkan kehadiran beliau selama ni..Sebab beliau biasa2 je tapi i tetap sayang beliau..Muah2 kat u...

Nilah baby kita..nama dia RSE...
Jom tengok rupa penuh beliau...TADAAAA !!!! 

S'pore vs Msia time ni..woot2 je ref dr HK ni..

Banyaklah aku punya baby..Tapi aku sayang beliau ni..Serius masa beli ni sebab nak tengok final euro..haha..aku kan baru masuk keje tahun 2008...Rumah sewa aku ni bukannya takde tv tapi dorang ni style letak rete benda dalam bilik..Sebabnya dulu ade kes pecah masuk rumah ni..Dah sape suruh lupa kunci rumah..Saja cari nahas namanya..Disebabkan aku ni agak gila bola dan sukan, takkanlah nak melepak bilik orang sampai 3,4 pagi kan..Dorang tengah tido kot..

Time tu aku lupa, dah dapat gaji ke belum..Rasanya tak dapat lagi kot, kira pecah tabunglah beli tv yang berukuran 15inch ni..Habak hang, cari yang paling murah, 200 je rege..Tak peduli dah time tu brand hape padahal aku ni kadang2 agak berkira nak beli barang..Maksudnya nak kena ada brand la, cap ayam dan cap itik memang aku pandang sipi2 je..haha..Tapi bila darurat, RSE ke RSTUV ke aku tak kira dah janji hado..Tapi tak sangka weh, dapat bertahan sampai 4 tahun..Terharu sesaat sampai rasa nak nyanyi lagu Ramlah Ram je..Oh my baby..Ai sayang yuuuu...Muahhhhh !!!

Tahun ni kita berdua layan Euro sama2 ye..Aku ni takdelah fanatik sangat ataupun bajet kaki bola tapi takdelah sampai aku nak sokong Brazil@Argentina pulak..Disebabkan aku busy bercraft sampai 3,4 pagi, kira euro ni boleh jadi peneman aku la..Biasa running man tolong layan aku..Eh, ke aku yang layan running man?Hee..Kalo masa Euro dan WC aritu aku sokong Spain[sokong dari awal taw, bukan masa final]..Tahun ni target final Spain vs Germany@Netherlands atau mungkinkah England?Banyaknye aku sokong..hahaha..Pepun Spain tetap di hati..Bola, bola jugak..Jangan sampai tuang keje/kelas dan terbabas subuh pulak..


tak fanatik pun tapi siap tampal kat dinding lagi..ha3..Senang nanti housemate aku tanya malam ni team mana main, malas aku nak jawab..Nah tengok jadual!Lagipun benda free je pon..time kasih metro..abis euro nt buat lapik pinggan nasi jugak

NASI TAMBAH : Seminggu sebelum final euro aku tengah men sukan zon la pulak..Kenapakah jadual clash dengan euro ni?Grrr...Saya nak tarik dirilah ceni..xnak main...

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥