APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Friday, March 23, 2012

KUMPULAN INOVATIF dan KREATIF [KIK]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Perghhh...Bulan 3 ni memang busy bebenor ye kamu ladydyla, lepas balik dari kursus AUTOCAD kat Bangi aritu kan, sempat duduk seminggu je kat opis lepas tu kena attend kursus KIK pulak pun kat Bangi jugak..Itu yang lepas je abis KIK tu, terus chow balik kampung..Rindu pada kampung tidak tertahan lagi..hee~~

Kursus KIK ni memang best, walaupun mula2 tu seram sejuk gak, sebab aku main mintak je kursus ni, rupa2nya dia punya tanggungjawab tu besar, sampai2 dorang dah siap bahagi kumpulan so jangan haraplah nak duduk 1group dengan kawan2 yang disukai ramai..Wakil opis aku ada 3 orang, semua group berlainan..Memang tak kenal 1 sama lain tapi okelah, semua boleh dibawak berbincang, takde yang poyo2, group THE ACE memang terbaikkk...Nama THE ACE tu idea aku, hehe~~ Padahal pengaruh Ace Jihyo..

Selalu je kan kita pandai2 je cakap orang ni KREATIF, orang tu KREATIF..Aku pun ringan je mulut kalo tengok benda2 yang lawa/cantik sikit mesti cakap KREATIFNYA dia sedangkan kita tak sedar yang kita tersalah menggunakan perkataan kreatif..KREATIF ADALAH UNTUK ORANG YANG MENCIPTA , MEWUJUD DAN MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU atau DALAM BENTUK BARU MELALUI KEMAHIRAN IMAGINASI..Manakala INOVASI ialah KAEDAH MENCARI JALAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK atau PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK SAMA ADA MELALUI PENGUBAHSUAIAN atau PENAMBAHBAIKAN.

Contoh KREATIF = iPAD
Contoh INOVASI = iPHONE

Yang sebenarnyakan Steve Jobs mencipta iPAD sebelum iPHONE, tetapi lepas je siap iPAD beliau rasa nak kecikkan untuk dijadikan alat telekomunikasi, so lahirlah iPHONE, iPAD dibiarkan duduk diam2 dalam rak dulu..Lepas tu barulah beliau rasa dah tiba masanya untuk iPAD dipasarkan pulak..Inilah sejarah pengeluaran iPAD dan iPHONE sebenarnya.

Macam2 task kitorang kena buat, kena reka GELAS AJAIB, BINA JAMBATAN PAKAI STRAW+PAPER, dengan GAMES yang pelik2nya, nyanyi lagi pastu dapat pulak lecturer macam ENCIK SULEIMAN yang sangat2 happening, semua orang beliau panggil DATIN..Memang kelakar habes, ENCIK SYAFIK pun best, ENCIK FAUZAN pun best sebab beliau rajin snap photo kitorang masa tengah siapkan task..hehe..Kalau ada kursus KIK kat ofis korang better join, sangat2 best..Photo2 kenangan mestilah ada..Actually kebanyakan photo2 ni ENCIK FAUZAN yang amik..Mana sempat nak posing, capai camera sume, task yang dorang bagi bape minit je masa yang dibagi..So, aku cilok je dari fan page beliau..Thanx FAUZAN.TRIBE.



Inovatif tak haku menggunakan kulit buku sebagai pembaris..haks! Pastu baru tahu yang carta pai aku tu salah..Sepatutnya kena KIRI KANAN bukan ATAS BAWAH..wuuu~

Kesian fazi, beliau sorang je mat bunga dalam group aku..hehe


Yang kiri tu orang paling lawak dalam class..

Menconteng di mana-mana je..

THE ACE without Fazi..
K.Muziyah, me, han, sarah n umi^^

THE ACE without ladydyla..

Pergh...nampak macam terer giler walaupun banyak yang tak betul..hehe..

NASI TAMBAH : Dah lama tak membebel panjang kan..sengal tol, cek nuffnang sampai dekat setahun dah, lupa nak gi deposit..tak banyak pun tapi bolehla wat bayar bibik tuk 2 bulan..oke ape

Kalau BEST, sila LIKE

22 ORANG MENYAMPUK:

Anum said...

best gak tgk kursus yang diadakan ini

airaniez wirdani said...

Wah! Macam ni rupanya kursus orang 'gomen' ye Dla..siap bagi kertas besar bagai..huhu..Anyway,selamat berehat di kampung!

aanie said...

ooo ada ek kursus gini??
aku pun aritu kena masuk group KIK ni kat opis....kena cipta menda apa ntah....nanti nak lawan kat kementerian....haha....tp mcm senyap je skrg ni....

mu tak bank in lagi cek tuh? dah jadi mcm aku dah....haha...

Cik TeN10 said...

mmg lama pun dyla tak bebel kt sni kan.. hahahh ohh dyla suka ace jihyou gak ? sama la ! give me five ! yeahhh hihihi

a`ah dyla roti tu fatin wat sdri la.. kt sni nk beli mmg xdpt la sosejnya tak halal.. nk mkn kena bikin sdri.. fatin sbnrnya tgah dok buang smpah ni.. baru separuh smpah dibuang TERsangkut kt desktop bca blog pulak.. hahahh =p

Kazman / Sue said...

kalau pergi training memang banyak dapat bawak balik ilmu kann...

salam kenal dari kami sekeluarga...

blog-tips-kurus said...

rajin kusus cik datin ni. best employee gituuuuu!! hihi!

*tlg le bayokan bikcekom kita sekali. tq! (>.<)

Anonymous said...

nanti kalau nurse.
tak ada kursus2 gini.
tak dapat la berkenalan dengan mat2 bungaa.
olooo
:'(
hehe

uishh banyaknya duit nuff?
bibik sebulan dah 450 darab dua.
dah 900 dah.
belanja tuti pruti boleh?
:P

chemay said...

errr. chemay tertekan anonymous pulak tadi.
adehhhh

aleen aiden said...

kau keje mana sebenarnya weh? alah, bangi dengan ampang bukanlah jauh mana pun. tp itulah, bangi tu tempat kau kursus. keh3

takky said...

minat ace jihyo jugak coz dia slalu blur...
mcm aku...
tapi aku x la sehebat dia....
but best tgk monday couple...
dgr cite dorg nak dtg mlasia bulan 4 nie but x sure betul ke x cite ye...

rindu plak rasa bile tgk org len p kusus...
terkenanag zaman skola dulu slalu p kusus...

Edy Zaidi said...

haha..rajinnya g kursus...kalau edy dah mengular dah

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waa bz dan best je kursus ni yerk

Kongsi Apa2 Aje said...

o0o..camtu rupe yer. baru ambe tahu...huhu.ingat sama jer...ekeke (^_^)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hikhik..akak tak rasa seme ni dla..maklumlah duk umah je kan

syakey said...

haha. lawak benorr caption nya. mmg tersangat lah inovatif sis dyla ye. lepasni penggunaan brg sekeliling harus digunakan secara optimum :P

sahromnasrudin said...

kursus ini sebahagian dari penilaian kompetensi ke???

khairunnisa ♥ said...

salam.. kak dLa.. apa khabar kat sana.. kursus ye :) bila ada kursus pape, mula pening nak cari nama kumpulan.. hihi.. pastu agih tugas. oh, baru tau ttg ipad and iphone tu. steve job mmg bijak rangka strategi dia :)

Hanis MY said...

macey beh jah kursus Russ's... dyla coman la paka tudung gitu... berseri sgt..

Aujinz said...

hamboii.. makin cun dah gue tengok.. koh koh koh..


komen tak kena dengan entri.. koh koh koh

eyjalukman said...

haha tkpe , biar salah skrg , jgn salah kemudian :) wahh , kak dyla bole byar bibik 2 bulan dgn duit nuffnang? daebak!

Mohd Rosli Mat Isa said...

ada nombor contact penceramah tu tak...tq

d_LA said...

@Mohd Rosli Mat Isa
try contact FB beliau ye: https://www.facebook.com/ahmadfauzanothman?ref=ts&fref=ts

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥