APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Saturday, March 31, 2012

NOOR FARALIANA [ PART 1 ] - PERTEMUAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Ingat tak masa kita form 1 dulu, masa mula2 masuk sekolah, of course la kan kita cari kawan dulu..Mana boleh lone ranger je kan..Memang tak sahla kalo masing2 takde klik sendiri..Tapi bukanlah kita tak berkawan dengan yang lain, kawan jugak cuma tak sehebat rapatnya dengan klik kita tu..



Kelakar pulak masa mula2 nak berkenalan kan, saya awak gitu..Memang sopan habis lah..Tunggulah 2,3 minggu pastu, mak kawan kita pun kita anggap macam mak sendiri kan..


Masa aku form 1-3, aku rapat dengan 3 orang nilah, JUE, FIEZA dan LINA...Fieza tu memang dah kenal masa standard school, Jue dan Lina dorang 1 sekolah, maka bergabunglah kami berempat..Dalam klik aku ni, Lina lah yang paling tinggi dan paling sopan kot, ayu sikitlah percakapan berbanding kami bertiga ni..hehe..Kalau berjalan memang ketaralah tingginya beliau ni tapi camne2 pun tetap berkepit 4 orang ni pergi mana2..Disebabkan keakraban kami,kitorang gabung2 nama so jadilah NOOR FARALIANA..Noor=Fieza, Fara=dyla, Lia=Jue, Na=Lina..Memang saje amik part bukan nama panggilan..

Pastu time sekolah ni, tak sahkan kalau takde secret admire..Siap masing2 ada list secret admire lagi..haha..Ada 1 kisah lucu+malu gila pasal secret admire ni masa form 1...Nanti aku  cerita next entry oke..hehe..Panjang sangat kang jemu lak nak baca..Yerr, aku nak try buat entry+komik pasal kenangan masa sekolah ni actually..test market..Wahhh gitu...

NASI TAMBAH : Harini, cukup 4 TAHUN aku kerja kat Terengganu..Alhamdulillah...Tapi, terasa jugak nak pindah negeri lain pulak..

Kalau BEST, sila LIKE

Friday, March 23, 2012

KUMPULAN INOVATIF dan KREATIF [KIK]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Perghhh...Bulan 3 ni memang busy bebenor ye kamu ladydyla, lepas balik dari kursus AUTOCAD kat Bangi aritu kan, sempat duduk seminggu je kat opis lepas tu kena attend kursus KIK pulak pun kat Bangi jugak..Itu yang lepas je abis KIK tu, terus chow balik kampung..Rindu pada kampung tidak tertahan lagi..hee~~

Kursus KIK ni memang best, walaupun mula2 tu seram sejuk gak, sebab aku main mintak je kursus ni, rupa2nya dia punya tanggungjawab tu besar, sampai2 dorang dah siap bahagi kumpulan so jangan haraplah nak duduk 1group dengan kawan2 yang disukai ramai..Wakil opis aku ada 3 orang, semua group berlainan..Memang tak kenal 1 sama lain tapi okelah, semua boleh dibawak berbincang, takde yang poyo2, group THE ACE memang terbaikkk...Nama THE ACE tu idea aku, hehe~~ Padahal pengaruh Ace Jihyo..

Selalu je kan kita pandai2 je cakap orang ni KREATIF, orang tu KREATIF..Aku pun ringan je mulut kalo tengok benda2 yang lawa/cantik sikit mesti cakap KREATIFNYA dia sedangkan kita tak sedar yang kita tersalah menggunakan perkataan kreatif..KREATIF ADALAH UNTUK ORANG YANG MENCIPTA , MEWUJUD DAN MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU atau DALAM BENTUK BARU MELALUI KEMAHIRAN IMAGINASI..Manakala INOVASI ialah KAEDAH MENCARI JALAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK atau PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK SAMA ADA MELALUI PENGUBAHSUAIAN atau PENAMBAHBAIKAN.

Contoh KREATIF = iPAD
Contoh INOVASI = iPHONE

Yang sebenarnyakan Steve Jobs mencipta iPAD sebelum iPHONE, tetapi lepas je siap iPAD beliau rasa nak kecikkan untuk dijadikan alat telekomunikasi, so lahirlah iPHONE, iPAD dibiarkan duduk diam2 dalam rak dulu..Lepas tu barulah beliau rasa dah tiba masanya untuk iPAD dipasarkan pulak..Inilah sejarah pengeluaran iPAD dan iPHONE sebenarnya.

Macam2 task kitorang kena buat, kena reka GELAS AJAIB, BINA JAMBATAN PAKAI STRAW+PAPER, dengan GAMES yang pelik2nya, nyanyi lagi pastu dapat pulak lecturer macam ENCIK SULEIMAN yang sangat2 happening, semua orang beliau panggil DATIN..Memang kelakar habes, ENCIK SYAFIK pun best, ENCIK FAUZAN pun best sebab beliau rajin snap photo kitorang masa tengah siapkan task..hehe..Kalau ada kursus KIK kat ofis korang better join, sangat2 best..Photo2 kenangan mestilah ada..Actually kebanyakan photo2 ni ENCIK FAUZAN yang amik..Mana sempat nak posing, capai camera sume, task yang dorang bagi bape minit je masa yang dibagi..So, aku cilok je dari fan page beliau..Thanx FAUZAN.TRIBE.



Inovatif tak haku menggunakan kulit buku sebagai pembaris..haks! Pastu baru tahu yang carta pai aku tu salah..Sepatutnya kena KIRI KANAN bukan ATAS BAWAH..wuuu~

Kesian fazi, beliau sorang je mat bunga dalam group aku..hehe


Yang kiri tu orang paling lawak dalam class..

Menconteng di mana-mana je..

THE ACE without Fazi..
K.Muziyah, me, han, sarah n umi^^

THE ACE without ladydyla..

Pergh...nampak macam terer giler walaupun banyak yang tak betul..hehe..

NASI TAMBAH : Dah lama tak membebel panjang kan..sengal tol, cek nuffnang sampai dekat setahun dah, lupa nak gi deposit..tak banyak pun tapi bolehla wat bayar bibik tuk 2 bulan..oke ape

Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, March 06, 2012

BAWAK DIRI KEJAP

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Tak tahulah korang ni sama ngan saya ke tak, yang suka pergi kursus..Hehe..Seriously aku suka pergi kursus walaupun kena pergi sorang2 je, tapi akak tak kisah pun..Time nilah boleh menenangkan kepala hotak dari bebanan kerja kat ofis..Actually aku takdelah kisah pun pasal bebanan kerja tu, tapi yang selalu menensenkan kepala hotak ni bila ada sexual harrasment kat ofis..Walaupun tak serius sangat tapi maybe sebab aku sorang je bunga kat unit tu, aku jadi mudah stress bila dia start mengarut-ngarut pasal ****..Pesen dia, selagi aku tak naik marah, selagi tulah dia mengarut bagai sampai panas telinga ni..Sebenarnya dah puas aku pujuk hati dengan perkataan SABAR, dahla buat kerja ntah hape2, tahu nk komplen, mengarut je..Mana tak hangin, sumbat telinga ngan headphone yang harga 800 pun tak jadi camni lagipun sakit gak cuping telinga ni asek pakai headphone je..Silap2, cacat telingat aku nanti..hee..Macam2 cara dah buat, pasang talkin kuat2, surah Yassin, tapi kejap je senyap..Esok start mengarut lagi..Haish..tensen..tensen..

So, bila dapat peluang pergi kursus ni walaupun seminggu je, Alhamdulillah aku rasa happy giler..lagipun bleh jumpe kawan2 yang stay kat KL..Nak pulak ade kawan sekolah dah plan nak buat makan2 sikit kat rumah, memang langkah kananlah..Lagi pulak ada kawan dari Sabah yang sama kursus bawak ole2 makanan dari Sabah..Memang betul2 besta..Paling best lagi, tak sangka kawan baik aku yang sedih gila masa berpisah dulu pun kursus jugak, tapi beliau kursus lain, aku lak kursus Autocad tapi kitorang duduk 1 bilik..Tahu pun masa 2,3 hari sebelum kursus, memang rindu giler ngan budak ni..hehe..Dan sementara job menjahit aku terpaksa diberhentikan buat sementara waktu, baiklah aku update blog..Seriously aku rasa bersalah sebab dah jarang giler masuk blog korang..Ramai yang aku tak sempat balas balik komen2..Memang aku agak busy kat ofis, kat rumah lagi super duper busy, so maafkan daku insan yang lemah gemalai ini..hehe..

Masih teringat lagi kesedapan ayam itu, keenakan kuah kacang itu..yum2

Ni ole2 dari sabah..kat atas tu kuih cincin, kat bawah tu amplang..memang aku suka 

Agak2 kalo pakai helmet cenggini masuk ofis, selamat kot jiwa raga ini..

Thanx buat kawan2ku yang super duper best, masak makanan best2, hantar aku check in hostel, bawak ole2 dari Sabah..Sayang korang^^

NASI TAMBAH : Yang sebenarnya, part paling BEST tentang kursus ni bila duit CLAIM masuk...hawhaw..makcik kayo jap^^

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥