APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Tuesday, January 10, 2012

BELIAU, PHOTOSYOK DAN DURIAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI^^
BELIAU : Aku nak bawak ko ke satu tempat petang ni^^
AKU : Nak gi mane weh? SHAHBANDAR? BATU BURUK?
BELIAU : Tsk..bukanlah..Tempat ni ko tak pernah sampai lagi kot..


Bila dekat2 nak sampai ke tempat "RAHSIA" kononnya, beliau tanya..


BELIAU : Ko bawak camera tak?
AKU : Bawakkkkk..KAMERA NOKIA !
Tulahh..Nak berahsia sangat kan, DSLR jenama NOKIA aku bawak ni haa..


Dekat nak sampai tu nampak macam laluan nak ke pantai je, tapi tak pernah lagi masuk sini..SubhanaAllah, aku hampir 4 TAHUN kat sini tak tahu pun ada pantai yang cantik sebegini rupe..Berbekalkan DSLR berjenama NOKIA, aku memulakan tugasan menembak aku sana sini..hehe

Abang baju merah tuh bawak DSLR..perli sayakah?

Nampak tak ada bendera kat pokok kelapa tu?Tabah betul orang tu pergi gantung kat situ


Ombak kat sini memang kuat pun

Menikmati keindahan cipataan Allah SWT

Ewa..ewa..ewa bule..tetibe -.-'

Ni mesti bajet dah sampai puncak Gunung Kinabalu ni

Siap melambai-lambai tuh..hahaha

Seorang awek sedang berdiri megah..siyot je couple belakang aku tuh


Dah senja kot, baliklah nak...tsk..x perasan lak masuk gak gambar couple tuh


Huh, tetiba rasa not bad gak hasil tembakan telefon bimbit berjenama nokia aku ni..Vangga..vangga..Sape yang suka photoshoot tu bolehlah pergi sini, PANTAI PANDAK namanya, dekat Chendering..Tapi jaga2 sikitlah, sebab berbatu dan jangan nak mimpi mandi2 pulak kat sini even kau pandai berenang tapi ombak sangatlah kuat, tak pasal2 terhantuk kat batu..Beliau cerita lagi, kat sini dah macam2 tragedi dah berlaku sebenarnya..So, sila control keaktifan anda dan jangan buat benda yang tak senonoh ye..


Penat menembak, kita makan eskerim..Dah lama tak jumpa eskerim roti ni..best^^

Sebenarnya hari tu BIRTHDAY BELIAU..Malam tu pulak, ada orang nak belanja kitorang makan DURIAN..Kira sambut birthday dengan buah durian lah ni..hehe..Unik ape?Asyik kek je kan, kita ubah la sikit sekali sekala..

Yum..yum..yes!Aku memang hantu durian^^
Tampal kat pintu bilik beliau konon2 bila bangun nampak kad ni lantas terharu


NASI TAMBAH : Tahukah anda, masa dulu2 boleh beli aiskrim pakai sistem barter je.. Bagi botol kosong dapat aiskrim kon 1..

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, January 01, 2012

TAK SANGKA NI..

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hari RABU tahun lepas[macam lama je], ofis kitorang ada buat jamuan sempena perpisahan PENGARAH dan salah sorang staf lelaki, ABANG SYED..Biasanya kalau ada pertukaran staf, just buat makan2 time kerja, kat bilik meeting je..Tapi disebabkan PENGARAH kan, majlis memang agak grand la, so majlis tu buat kat salah sebuah restoran yang tertutup.Disebabkan aku ni jadi penyambut tetamu, so aku antara orang yang awal sampai..Masa kat opis tu dah baca dah kat pop-up, akan ada persembahan dan CABUTAN BERTUAH..Tapi memang aku tak amik port pun, yang aku tahu nak gi makan je, sebab makanan kat situ memang sedap, terbaik, walla!

Bercakap pasal CABUTAN BERTUAH ni, aku ni sangat2 lah jarangnya bertuah..Kalau kat sekolah dulu tak pernah bertuah nombor aku..So, malam tu just relax2 jelah time dorang panggil nombor tu nombor ni tapi jadi geram bila nombor2 sebelah aku semua kena..Masa tu no aku 1006 dan housemate aku 1007, macam tak wujud je..Kitorang ni memang rasa betapa tak bertuahnya nombor kitorang ni..Sampailah MC tanya nombor sape yang tak kena panggil lagi, adalah dalam 3 nombor je kot..Masa tu barulah perasan, semua staf dapat kot..Miahaha, wat maloo je, semua dapat pun..Tapi, the best part is, hadiah yang tinggal semua yang grand prize..Yang aku tahu memang ada basikal FIXIE kat depan..Alaaa, basikal yang memang menjadi trend bebudak sekarang ni, kaler pun comel je semua..

Tiba-tiba aku rasa berdebar gila, takleh bayang aku kalau basikal tu dapat kat aku..Memang kelakar abes la..Dan akhirnya memang tak sangkalah, BASIKAL FIXIE tu memang menjadi milik aku...Hahahaha..Memang no 1006 tu last sekali dorang cabut..Punyalah kan nombor aku susah nak orang cabut, nasib baik semua dapat, so memang rezeki aku lah malam tu..Tak tahulah aku rasa benda ni sangat kelakar, sampai aku ngan kawan aku takleh berhenti nak gelak..Tak sangka kot..Tiba2 pulak aku jadi macam watak utama malam tu, dah jadi bahan usikan bebudak ni suruh bawak pegi opis nanti beskal tu..Rezeki hujung tahun kot..Alhamdulillah, dengan jawatan aku dijumudkan, gaji pun Alhamdulillah, senyum je masa sign opsyen aritu..hehe..Syukur sangat ni^^

PERKENALKAN BOIFREN BARU I--> FIXIE NAMANYA..
|
|
|
|
|
\/
Kaler pink lagi..comel tak???cam taw2 je pompuan dapat..Amna [anak abang syed] tetibe jadi kamceng ngan aku dengan harapan aku boleh bawak dialah..


Parking baik punya dalam rumah^^

Sepatutnya ending majlis tu sedih, tapi jadi kelakar sebab semua tak sangka kot aku yang dapat basikal tu..Actually aku pun tak tahu nak naik bila basikal ni,kena cari geng fixie kot takpun paksa housemate beli gak.Kejamnye!Nak jual, sayang pulak walaupun ramai yang offer nak beli lagipun bukan selalu dapat benda2 camni..Setakat ni tersadai tepi dinding je..hee~~Apapun hope PENGARAH hepi ditempat baru dan jugak kepada ABANG SYED yang memang selalu buat kacau kat opis.Memang terasa sangat kehilangan TT.TT

SELAMAT DATANG 2012..SEMOGA KITA MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 YANG LEPAS YER..BERUSAHA!!!^^


nasi tambah : Nama position aku dah bertukar tapi tetap rasa nama yang lama tu lagi comel tapi gaji mestilah nak yang gaji baru..ngee~~

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥