APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Monday, August 13, 2012

FROM RUSSIA WITH LOVE

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hebatlah sekarang ni sebulan sekali je update..Maafkan saya, sebenarnya saya baru pulang dari Moscow ni..Eh, bulan pose ni nak menipu lagikah?Bulan tak pose pun tak baik tipu2 lagi taw..Baiklah, ekceli bukan aku yang baru balik dari Moscow, kawan blogger kita ni lah, beliau baru habis buat medic kat sana..Dah tu apa kena mengena dengan saya pulak..Mestilah ada kena mengena, sebagai seorang blogger yang concern konnonnye saya terus mengambil kesempatan terhadap beliau iaitu dengan mengirim beberapa souvenir dari Rusia..Kahkah, aku memang suka mengambil kesempatan since beliau dah grad kan, lagi pulak beliau antara kawan blogger yang rapat dengan aku, bila lagi nak bermanja-manja kan?


Maka tujuannya nak show off jerlah ni??Yelah, nak pergi memang taktahu bila kan TT____TT berangan je selalu diamalkan..Sebagai menghargai cik doktor muda kita yang cun melecun ni, entry ini sebagai tanda terima kasih saya kepada beliau^^


Ini adalah tumbler dari Starbucks


Ini yang paling cute.. MATROSHKA!!!


Tadaaa....boleh sumbat2 lagi 4 matroshka dalam tu..cuteness overdose ni


Hard Rock Cafe Moscow tee..taw2 je ai suke kelabu..thanx beb^^


So Russian..love it^^
Pastu dapat pulak undangan kawen dari beliau..Masa dapat tu aku macam, eh sape bagi kad raya ni???haha..Skang ni kalo dapat kad raya rasa macam nak melompat je..Rupa2nya kad saman dari beliau..Dan kad beliau sangat sangat sangat unik, simple dan so berseni giler..Seriously kad2 cenggini memang taste aku..


Hamikkk..terus ingat zaman sekolah...


Comel sangat ni


Okay dyla, sila baca rukun negara sekarang...berkenan?bukaklah website dia tu..

Beliau nak kawen pada 23 Ogos, eh sehari sebelum birthday sayalah..Sekarang ni takleh nak cakap boleh pergi ke tak, time raya ni memang susah nak planning gi mana2..Ada je, perjalanan yang tetibe nak pergi sana sini..Tapi InsyaAllah saya pergi nanti...Spa-see-ba  ALEXA YUSSIDA^^ Tahniah dah dapat title DR dan tak lama lagi dapat status PUAN..Hope Alexa Yussida dapat jadi doktor yang baik dan bersemangat untuk merawat pesakit2 yang memerlukan..Sesungguhnya pekerjaan doktor adalah sangat mulia, jadi bersabar dan bertabahlah dengan dugaan-dugaannya nanti ye..Fighting!!!


Finally, SELAMAT HARI RAYA lah ye..hehe..Konpem2 lepas raya baru update ni..Kalau ada salah silap harap dimaafkan ye..Baiklah, sekian saja^^




NASI TAMBAH : Sekejap pulak rasa Ramadhan tahun ni.. 

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, July 19, 2012

ENTRY ROJAK SESUKA HATI !!!

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hurmmm..macam ni punya gaya, kena upah co-writer ni..Marilah jadi co-writer blog ni pastu nanti saya bagi upah vitagen banyak2..

Memula, nak cerita kisah sukan yang aku pergi hujung bulan lepas..hehe..Patutnya kan, lepas main tu terus update, kalau betul2 blogger tegar la, maybe aku patut bawak laptop masa tengah berlari..Update sambil berlari..Ini tak excited langsung walaupun menang..Eh, saya MENANG ke?Aku main 2 je game, BOWLING dan OLAHRAGA..Sebelum pergi tu kononnya aku tak risau tang bowling, dok risau pasal olahraga je..Tapi sape tahu kan, yang kita tak expect boleh menang tulah yang berjaya..Oke, pasal bowling memang sedih gila, rasa nak menetes air mata dan air hidung ni tengok point aku..Sumpah pasni aku taknak dah main bowling kalo untuk pertandingan sebab bowling ni kali kedua dah aku join, seriously dua2 point macam baru pertama kali belajar pegang bola..Dahla aku migrain dari otw nak ke KL sampai la aku main bowling tak hilang2..Frust punya pasal, tak tunggu dorang umum sape menang pun, terus kitorang blah pergi shopping..haha..Buat ape nak stress pikir kekalahan itu, baiklah pergi cuci mata tengok baju cantik2 kan..Malam tu pulak baru buat perasmian, ada la show dari zon2, tapi paling best mestilah dari zon Timur..Tapi yang lagi bestnye lepas perasmian pergi uptown pulak sampai pukul 2 pagi baru balik..

Hari Kedua aku takde game, tapi lepas subuh tu aku turun training untuk olahraga..Tengah berlari-lari hampir 10pusingan tengok orang ramai datang, rupanya ada game bola sepak dan tarik tali..Dah alang2, support la sekali kan walaupun kitorang tak mandi pun lagi..Hee..Berlari-lari aku naik bilik untuk amik camera..Aku ni kan photoG tak bergaji..Habis main, naik mandi then bersiap untuk brunch beserta aktiviti menghabiskan duit kat Alamanda pulak..Tapi takleh lama sangat sebab pukul 5 ada meeting olahrga pulak..Pukul 3.30 petang tu kitorang nak balik la tapi tah hape punya ingatan daa kitorang ni, sesat pulak..Serius kitorang sesat gila, pusing2 tak jumpa jalan..Sampai dekat pukul 5 dah kitorang dok pusing2 lagi, time pergi tak sesat pulak..Pakai GPS pun tak jadi, memang kitorang dah macam nak gila pusing2, last2 tahu tak kitorang terpaksa tahan POLIS PERONDA...Terpaksa tahan, nak rushing pergi meeting lagi, gila tebalkan muka tanya jalan, time tu dalam hati memang nak encek polis tu escort kitorang..Agaknya diorang faham yang kitorang ni dah blur, blank, mong tahap apa dah, diorang suruh follow...haha..TERIMA KASIH ENCIK POLIS WJX 4477..Jasamu kukenang, budimu ku tak tahu nak balas bila..Tabik hormat satu kaliiii !!!

Hari ke-3, last dah ni, 3 hari jer..Hari yang paling hectic..Pukul 7 pagi dah kena ada kat padang memandangkan acara JALAN KAKI 5KM start pukul 7.30 pagi..Berbekalkan  semalam punya training, satu2nya training yang aku buat untuk sukan ni, aku dapat NAIB JOHAN..Yippi yippi lalala..Mahu tak happy, aku tak pernah menang masa sekolah dulu kalo acara olahraga ni, ramai sangat atlit berbakat kat sekolah aku dulu kot..Pastu acara lain, 800M tempat ke-4, lompat jauh tak tahu no berapa sebab ramai gila tapi yang pasti no.kalah la..Last acara 4x400M dapat no.3..Okelah tu sebagai atlit bidan terjun macam aku ni..Yang bestnye, team ZON TIMUR JUARA OLAHRAGA..daebak2..Lepas penutup petang tu terus packing nak balik sebab kena kosongkan bilik, ada budak kursus pulak nak check in..Sakit badan tu tak payah ceritalah, transformer pun kagum tengok i jalan..Sampai rumah pukul 2 pagi, terus layan EURO FINAL..haha..Aku nak wish tahniah kat team Spain pun malu ni..hee..Nasib baik dapat travelling day esoknya, bolehla tidur sepuas hati..Tapi hadiah yang paling besar aku dapat lepas main sukan tu adalah aku dapat DEMAM, SELSEMA, BATUK sampai sekarang masih ada sisa2 kehidupan lagi batuk ni..Suara pun sengau hengau lagi..tahniah la dla, bukan senang nak demam, perlu berjemur 3hari baru dapat..

Actually aku sedang bercuti sekarang ni dari hari Selasa lagi sebab ayah saya kena operate pagi Rabu..Alhamdulillah selamat dan baik2 aja..So, aku amik cuti sampai hari Ahad sebab Terengganu menang sukma lagi, hatrik tuuu, aku tumpang hepilah walaupun aku bukan orang Terengganu pun tapi sebab aku kerja sana kan so kira half teganu boleh..Maknanya adalah aku sempatlah bersahur dan berbuka kat kampung..Hoorayyyy !!! Mak suka!!!So, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua pembaca blog ladydyla dan juga seluruh umat Islam yang ada kat dunia ni..Sama2 lah kita mengejar ganjaran2 yang hebat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini..Amin~~~

Sekian entry rojak saya...Bersama ini saya lampirkan beberapa keping gambar ketika SUKAN ZON baru2 ini^^Y






NASI TAMBAH : Pekena rojak mee best jugak ni..nom nom..

Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, June 16, 2012

ROOFTOP PRINCE [time travel love story]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Minggu lepas kan seminggu aku takleh buat kerja..GIS lah ni tetibe expired, jangan memain, GIS ni macam roti gardenia lah pulak..Dahla program ni limited je kat ofis, unit aku je guna, so, bila xpired susah la kan sebab 5 PC je ada benda ni..Nak menumpang pun tak best je, time dorang cuti, minum ke blehla aku guna kejap..Maka tanpa membuang masa aku pun bawaklah beberapa buah dvd..Huahua..Tergerak hati nak layan ROOFTOP PRINCE sebab baca review dia macam daebak je..

Comel je baju PJ dorang tu..hehe


PELAKON UTAMA
HAN JI MIN - lead actress PADAM2 [cite ni pun best]

Oke, sekarang aku dah habis pun layan ROOFTOP PRINCE ni...Masih terbayang-bayang lagi jalan cerita, ost2 dia yang membuatkan aku tabik springlah dengan pengarah cite ni..What a wonderful story line..Tema drama ni FANTASY, TIME TRAVEL, LOVE STORY, ACTION, SEDIH ADA tapi serius LAWAK..Fuhh..ni kira full package dah ni..Tapi yang uniknya cite ni bermula di zaman JOSEON [300tahun lalu] kemudian dorang pergi ke masa depan tahun 2012..Dorang punya kepercayaan kan selepas mati nanti akan hidup semula di zaman lain..Mula2 tu cerita di era Joseon, bila CROWN PRINCE bangun dari tidur terkejut bila tahu CROWN PRINCESS terbunuh dalam kolam..Tapi beliau yakin Crown Princess sebenarnya dibunuh..Demi mendapat jawapan, beliau siasatlah, masa tengah siasat tu Crown Prince dan 3 orang spy tiba2 terjatuh..Bila sedar dorang dah berada di zaman 2012..Time ni serius klakar sebab tiba2 berada di zaman moden kan, penat perut ni dok gelak..Pastu seterusnya korang kena tengoklah nak tahu kenapa dorang tiba2 berada di tahun 2012..hehe..Tapi serius best, lawak gila mula2 tu..Suka betul aku dengan Micky Yoochun neh, comey je berlakon..Bile tengok balik masa muda2 dulu dalam tvxq tak sangka mamat ni boleh jadi hero yang disukai ramai..Memang best lakonan beliau, patutlah dah banyak award beliau dapat dan saya dah jatuh hati kot dengan micky ni..kikiki...Pastu aku suka part dorang renovate rooftop tu jadi comel giler..Tetibe terasa nak ada rooftop camtu gak..Kadang2 terfikir gak cane la dorang boleh dapat idea2 best nak buat drama cenggini..Pepun, nah layan teaser kat bawah ni dulu..


Bila kita nak rajin2 macam dorang ni?men sukan, kayuh beskal petang2..bagus betul
Ade ke lift tu dorang bajet fitting room..Sengal amat
Dorang ni fan angry bird kot..hehe

Chibi Rooftop Prince..cute giler

Bukan nak pujilah cerita2 Korea ni, tak semua betul, yang mana baik kita ikutlah kan tapi kita kalau nak maju kena rajinlah explore dan belajar dari negara2 lain..tak kiralah Korea ke, Japan ke, Germany ke..Seriuslah aku rasa rakyat Malaysia kekurangan idea, banyak idea nak condemn orang je kan..Tak kiralah dari segi perfileman ke, teknologi ke idea kita jauh terkebelakang..Cer amik contoh Running Man, variety show je, tapi kenapa boleh berjaya?Sampai ke Thailand, China n HK dah dorang filming..Tak perlu drama berbabak2 macam Masterfchef Selebriti pun..Kat situ dah nampak dah perangai sorang2 camne..Saya sokong Karl Syafik-tetibe!

Style orang Korea ni, dorang suka tayang drama pada waktu yang sama..Contohnya macam Rooftop Prince [SBS] ni ditayangkan serentak dengan drama The King 2 Hearts [MBC] dan The Equator Man [KBS].Nampak kan cara dorang bersaing..Tapi baguslah, menunjukkan masing2 percaya dengan produk yang dihasilkan walaupun terpaksa bersaing hebat di situ..Mula2 aku expect The King 2 Hearts bakal mendominasi peratusanlah sebab pelakon2nya yang dah star..Tapi yang last episod Rooftop Prince dapat peratusan yang paling tinggi..Nampak kan, tak semestinya kena amik pelakon Aaron Aziz je boleh laku..kalau jalan cerita tu bagus, skrip bagus, lakonan mantap, sinematografi hebat, amik Zed Zaidi pun boleh laku filem...Pokok pangkalnya kena rajin berusaha untuk buat yang terbaik dan percayalah kalau kita 24/7 busy condemn orang memang takkan berjaya sampai bila2 pun..Ada baiknya kita buat research kenapa filem dorang berjaya..Contohnya macam drama PADAM PADAM, sinematografi superb..Watak dalam tu ada  watak DR.VETERINAR, CARPENTER, MAKCIK JUAL IKAN dll tapi cara dorang explore watak masing2 tu memang aku tabiklah. Paling terkesan watak carpenter tu..Bukan sekadar ada je, tapi buat kita kagum dengan hasil kerja tukang kayu ni sebenarnya..Kalau nak buat watak korporat pun ceritalah buat bisnes apa, bukan sekadar pakai sut cantik dan bawak briefcase beserta kereta mewah je..Study la lebih sikit kalau nak berjaya..Tetibe emo pulak saya ini..haha~~


NASI TAMBAH : Takyahlah request RM datang Malaysia..Walaupun aku x pernah miss layan RM tapi better jangan datang..RM ni memang best pun , hilang stress tapi aku bayangkan kalau dorang datang jadi macam kat HK aritu..fuhh, sesak nafas tengok..Nanti tak pasal jadi isu pulak kan..

Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, June 09, 2012

Kenal MY BABY dah 4 TAHUN..

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hak..hak..geli geletas betul tajuk..U ollll, perkenalan i dengan my baby dah berusia 4 tahun dah..I berkenalan dengan baby i ni 4 tahun yang lepaslah..Masa kenal tu malam FINAL EURO 2008, i jumpa baby i ni kat kedai letrik je..Jodoh kan..Auwww..so sweet okeh..So, memandangkan Euro dah setat, terus i teringat malam pertama kita bersama..U teman i tengok GERMANY vs SPAIN pada malam tu..Dalam bilik yang gelap kita berdua je..Housemate kita semua dah tidur..Nasib baik u ade taw..Kita dah resah sebenarnya takut tak boleh layan final malam tu..Yelah...macam mana i nak layan kalau u takde..I sayang u ketat2 taw..Walaupun i sayang u ketat2 tapi i tak boleh peluk u apatah lagi nak ciyomm..Bahaya..I taknak nanti mati katak depan u..
I takde duit nak beli hadiah kat u..So, i rembat jiran i punya bunga..nah hamikkk !


Okelah, jomlah berkenalan dengan baby i ni..Memang i sorokkan kehadiran beliau selama ni..Sebab beliau biasa2 je tapi i tetap sayang beliau..Muah2 kat u...

Nilah baby kita..nama dia RSE...
Jom tengok rupa penuh beliau...TADAAAA !!!! 

S'pore vs Msia time ni..woot2 je ref dr HK ni..

Banyaklah aku punya baby..Tapi aku sayang beliau ni..Serius masa beli ni sebab nak tengok final euro..haha..aku kan baru masuk keje tahun 2008...Rumah sewa aku ni bukannya takde tv tapi dorang ni style letak rete benda dalam bilik..Sebabnya dulu ade kes pecah masuk rumah ni..Dah sape suruh lupa kunci rumah..Saja cari nahas namanya..Disebabkan aku ni agak gila bola dan sukan, takkanlah nak melepak bilik orang sampai 3,4 pagi kan..Dorang tengah tido kot..

Time tu aku lupa, dah dapat gaji ke belum..Rasanya tak dapat lagi kot, kira pecah tabunglah beli tv yang berukuran 15inch ni..Habak hang, cari yang paling murah, 200 je rege..Tak peduli dah time tu brand hape padahal aku ni kadang2 agak berkira nak beli barang..Maksudnya nak kena ada brand la, cap ayam dan cap itik memang aku pandang sipi2 je..haha..Tapi bila darurat, RSE ke RSTUV ke aku tak kira dah janji hado..Tapi tak sangka weh, dapat bertahan sampai 4 tahun..Terharu sesaat sampai rasa nak nyanyi lagu Ramlah Ram je..Oh my baby..Ai sayang yuuuu...Muahhhhh !!!

Tahun ni kita berdua layan Euro sama2 ye..Aku ni takdelah fanatik sangat ataupun bajet kaki bola tapi takdelah sampai aku nak sokong Brazil@Argentina pulak..Disebabkan aku busy bercraft sampai 3,4 pagi, kira euro ni boleh jadi peneman aku la..Biasa running man tolong layan aku..Eh, ke aku yang layan running man?Hee..Kalo masa Euro dan WC aritu aku sokong Spain[sokong dari awal taw, bukan masa final]..Tahun ni target final Spain vs Germany@Netherlands atau mungkinkah England?Banyaknye aku sokong..hahaha..Pepun Spain tetap di hati..Bola, bola jugak..Jangan sampai tuang keje/kelas dan terbabas subuh pulak..


tak fanatik pun tapi siap tampal kat dinding lagi..ha3..Senang nanti housemate aku tanya malam ni team mana main, malas aku nak jawab..Nah tengok jadual!Lagipun benda free je pon..time kasih metro..abis euro nt buat lapik pinggan nasi jugak

NASI TAMBAH : Seminggu sebelum final euro aku tengah men sukan zon la pulak..Kenapakah jadual clash dengan euro ni?Grrr...Saya nak tarik dirilah ceni..xnak main...

Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, May 30, 2012

MENANG YANG TIDAK MENANG

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Suka leteww negara China dapat PIALA THOMAS dan PIALA UBER.. Takpe2..Maka dengan itu kami buat jugaklah piala sendiri..PIALA DATO' ZALEHA diberi nama..Nama pengarah kitorang n beliau yang sponsor piala tu..Thanx Dato'..vangga2..Vangga tak vangga..Tapi MENANG ke?Heyyy....Menang oke..

MENANGgung KEKALAHAN !!!

Actually bukan kalah..Sebab kitorang main dengan TEAM KEMAMAN dan JERTIH..Kitorang hantar 2 team..TEAM KT A dan TEAM KT B..Tak kira nak cerita gak..Nak cerita kenapa aku tak menang, aku tahu redha itu pasrah tapi sebab aku ni kan semangat sukan memang lain macam sikit sebab tulah..Jadi, anggaplah ni post morterm oke..Kesianlah kat ai ni nak bercerita, bukan selalu wat entry luahan perasaan camni taw..Oke sambung!Aku masuk TEAM B..Mula2 tu dorang suruh aku masuk TEAM A which is team A ni power dari team B konon nak beat dengan wakil KEMAMAN yang power jugaklah..Tapi masalahnya partner aku tu baru 2 KALI TRAINING oke..Aku dah memang frust sebenarnya bila partner aku bertukar..Selama ni aku yo yo ol je partner dengan orang lain, tetibe bila time nak lawan suruh aku partner dengan orang lain..Alasannya sebab aku boleh back up partner aku..So, aku mintak tukar masuk TEAM B..Sebab aku tak yakin nak lawan dengan Kemaman dengan partner aku sekarang..Dalam hati aku memeberontak nak tukar partner tapi macam diva la pulak nak demand2 pulak kan, hape macam bagus sangat ke aku main nak pilih2 pulak..ha jawab..jawab..

So, aku redha dalam keterpaksaan sebab aku tahu aku bakal kalah..Sebabnya, bila dah terlalu tak seimbang ni, ofkos la dorang akan attack yang lemah..Kesian partner i tu..Korang tengok masa Piala thomas hari tulah, masa dorang split pasangan regu utama Malaysia tu kan masa lawan Denmark konon nak bagi seimbang, in the end dua2 kalah..Kena pulak datuk LCW injured..terus kalah dengan Denmark terpaksa jumpa dengan China awal2 lagi..Tapi yerlah, aku pun memang tak boleh nak poyo2lah tak setuju kan sebab yang regu perempuan TEAM A, dorang berkeras taknak partner dengan pasangan aku tu..Alasannya sebab tak biasa dengan beliau..Funnynye2..Tapi sebab kawan kan, takkanlah benda macam ni pun nak bertekak jugak kan..Takpun merajuk takmau main pulak kan..Mana boleh berundur sebelum berperang..Tapi serius letih bila dapat partner yang tak seimbang..Sakit belakang mak ni nak cover game..Huwaaa....

Kadang2 aku tak faham bila orang cakap KALAH MENANG TAK PENTING..Tipulah cakap taknak menang..Mana ada orang main nak kalah..Dipendekkan cerita, setelah berfeluh-feluh main, TEAM A dan TEAM B dapat gi final..So, ofkoslah team A yang juara sebab team dorang power2 nak2 yang lelaki..Tahun ni memang rezeki dapat naib johan je kot..Takpelah, Johan pun team opis aku jugak.Apapun thanx untuk team Kemaman dan Jertih sebab sudi datang main..Maka eloklah saya hidangkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua..hee..


















Tahun depan nak bersaralah.Misi mencari suami pulak..haha..Takpelah, aku pakailah jugak kata pepatah ni, "kalah menang tu adat bertanding".Sekali jatuh tidak semestinya jatuh selama-lamanya...Kan kan kan...

NASI TAMBAH : Nanti ada sukan ZON pulak. Mintak main BADMINTON dengan BOWLING, tetibe dapat OLAHRAGA. Kenapa kelakar sangat korang ni? Lemak berkilo-kilo ni cer citer nak settle cane..tsk'

Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, May 16, 2012

IT'S BLACK n RED...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Minggu lepas [hamikkk..baru arini sempat update] selesai sudah majlis tari menari kitorang..hee, tari menarilah sangat..Penat tapi seronok, semuanya untuk KETUA PENGARAH kami yang bakal bersara pada hujung tahun ini..Sebelum bersara dato' nak buat sesi lawatan ke setiap negeri..So, untuk tanda ingat2an bersama dato', kitorang buatlah satu majlis makan malam dan sedikit persembahan dari retis terhebat dari jabatan kami..Siap pengarah kitorang nak buat tema merah hitam lagi, nasiblah aku dah ada blouse kaler merah..Skirt je aku beli sebab memang takde kaler merah mahupun hitam apatah lagi purple..Memang bling2 dah sume aku tengok, demi mendapat title KING n QUEEN OF THE NIGHT punya pasal..

Untuk persembahan dorang ni nak wat TARIAN, KOIR, KARAOKE x bape nak OK dan blablabla..Memula tu dorang suruh aku masuk tarian tapi sumpah seumur hidup aku x pernah involve dengan tari menari ni..Kalau sekolah dulu, time malam appresiassi puisi, aku suka baca SAJAK je..So, memang giler2 punyalah aku tolak, merayu bagailah kat dorang suruh gugurkan nama aku sebelum aku sawan tak berbuih..Akhirnya kan, bakat aku dikesan sebagai MAKCIK PHOTOGRAPHER setelah berjaya membuat ayat poyo di fesbuk ketika perlawanan bowling hari tu..Padahal kalau aku tak dilantik pun memang aku lantik diri sendiri jugak..Tapi best jugak bila dilantik, so bleh aku dok depan memanjang bersama cik kamera n cik tripod..

Hari rabu tu seharian duduk kat cni je buat persiapan + rehearsal..

Mabuk CS


Eksen jadi dato' jap..

Ni geng koir neh

KETUA PENGARAH kami..Welkem2...


MC yang best^^

Retis wajib setiap kali ada event mesti beliau perform sumthing

Yang ni pun sama gak..Housemate saye neh.. Puas beliau ajk aku nyanyi tapi minta maaflah sarah. Kang aku nyanyi sedap nanti sume puji susah hati pulak aku..huahua

Haa...Dato' sanggup benti makan taw punya nak fokus dorang ni nyanyi..daebak2

Ni bos kitorang..Klon Broery Marantika sebab beliau suka sangat nyanyi lagu Broery

Geng tari menari...Tabik rrr, berlatih seminggu je leh perform baik punya

Ramai peminat rupanya dorang ni..Eksaited amik video tarian sume


Aku rela berkepit ngan benda ni je dari kena paksa menari atas stage..


Hadiah tuk pemenang bowling..

Nilah pemenang KING OF THE NIGHT. Gambar Queen xnak letaklah sebab aku rasa beliau agak cekci dan ramai yang pertikai pun. Patutlah aku kalah, x cukup seksi rupanya..haha

say kimchi...


Time ni dato' dah balik, abeh dok lepas tensen menyumbangkan lagu..terterok betol

Maaa...saya menang...

Dahla berpoyo-poyo mek dla weh..buat kerja kamu!


Thanx kepada mereka yang bagi kepercayaan kepada aku untuk menjadi makcik poyoG..Sila offer lagi ye..Job macam ni memang aku on jer..Kepada dato' yang bakal bersara, selamat bersara..Hope pasni dapat pengganti KPP yang baik, sporting tapi tegas macam dato' jugak..

NASI TAMBAH : Aku baru tahu DATO' dan DATUK ni berbeza darjatnye..Aku ingatkan sama je..hee..Nak juga wish SELAMAT HARI GURU untuk semua guru di Malaysia..Jadilah guru yang disegani dan disukai ramai ye..

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥