APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Wednesday, December 21, 2011

LAWAK SERAM JAMBAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Baru aku perasan yang aku tak post 1 entry pun untuk bulan 12 ni..Teruk betul kamu dla, dulu hari2 boleh update kan..Untuk tidak menghampakan peminat2 semua [bluwekkkkk] aku nak share 1 cerita lawak tak lawak jugaklah, tapi sedih jugaklah..hurhurhur...

Ini kisah masa aku pergi training badminton..Setiap hari Selasa kan memang aku pergi main badminton kat DEWAN SEKOLAH CHUNG HWA..Disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah so sekolah tu memang sunyi sepi pi pi la..Masa sampai tu, tetibe je rasa nak pergi TANDAS, biasalah musim salji macam ni memang rajin betul masuk bilik termenung..Tandas tu memang dalam kawasan sekolah la..Tahu tak setiap kali masuk tandas, aku selalu je terbayang filem HISTERIA tuh, kan ada yang scene dalam tandas, bukak2 nampak kawan dia mati kena bunuh..Tapi buat cool jerlah, mana boleh tahan benda-banda macam ni..Untuk mengetahui kisah selanjutnya, hayatilah kartun kat bawah ni, dah lama kot aku tak conteng2 kat blog ni..


Dengan bahagianya aku masuk dalam tandas..

Kemudian sambil2 tu aku bukaklah paip sekali..Tiba-tiba...saspen..saspenn

Punyalah fokus gila, tak tengok pun yang mana satu..

Sekali aku bukak pili hujan daaaa....

Aku serius tak perasan pun yang tandas tu ada shower skali, so memang aku confident je bukak..Bila tiba2 air jatuh atas kepala tu, aku siap pelik lagi, dari mana pulak air ni datang tetiba membasahi diriku ini..Ingatkan tandas ni berhantu dah..Sekali tengok rupanya ada shower..Selama ni tak perasan pun kewujudan beliau..Tandas sekolah aku dulu takde kot shower bagai camni...Hebatnya..Apesal la dia letak dekat2 ek? Tengok...tak boleh terima kesalahan sendiri letewww..Disebabkan keblurran aku tu, memang agak basah jugaklah baju aku time tu..Belum main dan berpeluh-peluh dah..Hebat betul!

nasi tambah :  entry seterusnya tunggulah tahun depan baru update kot..


Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥