APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Tuesday, November 29, 2011

SELAMAT BERHIJRAH SAHABATKU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Pertemuan kita di suatu hari..menitiskan ukhwah yang sejati..huwaaaaaa !!!!! Sedihnya T___T.Sebelum tu nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua umat Islam di muka bumi ini walaupun terlambat sikit..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..InsyaAllah..


Paling bermakna bila salah seorang dari housemate kitorang dapat berhijrah betul2 pada 1 Muharam..Tahniah untuk beliau sebab beliau ni orang Kedah, kerja kat Terengganu dan akhirnya permohonan pertukaran dah diluluskan, dapatlah balik Kedah..Bestnyeee...Tapi sedih jugaklah, hampir 3 TAHUN kot kitorang duduk serumah, rasa macam baru jer kenal2 ngan beliau ni..Tsk..tsk..nak nangis lak rase..Gambar2 kat bawah ni jerlah pengubat rindu kitorang..Semoga K.Sha lebih berjaya di tempat baru..Amin...


K.Sha ni suka betul tidur time amik gambar..ya adoii

Maka tinggallah 3 ketul ni jer...malas nak amik housemate baru..

Sebagai kenang-kenangan, malam sebelum beliau balik Kedah tu, aku sempat siapkan bantal kecik tuk K.Sha..Guna barangan felt la, hapelagi..heee~~ 1st time buat bantal kecik ni, terus hadiah kat orang..Aku memang salu confident pun walaupun macam tak puas hati je jahit..hurhur


Wat simple2 je, sebab takut tak sempat siap..Ni pun pukul 3 pagi baru siap..demi k.sha yang kusayangi..dengan harapan bila dia peluk bantal ni tingat kat aku

Rasa cam kosong je, tulislah sikit2..
Nak tengok barang2 kraf yang lain? silalah melawat COMELOTEKRAF. Sempat lagi tu promote blogshop..sila..sila..jemput masuk..

NASI TAMBAH :  Hari Jumaat lepas aku balik kampung, otw tu banyak tol benda terjadi..Nantilah kalau rajin aku cerita..serius memang hari yang panjang...


Kalau BEST, sila LIKE

Monday, November 21, 2011

CERITA 20.11.2011

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Kejap ada kejap takde..Semalam punya date cun betul.Tapi,pagi aku tak seindah tarikh 20.11.2011 pun..Tapi sape tahu memang ada hikmah disebaliknya..


Kita mulakan dengan cerita busuk dulu..Bangun tu siap mandi nak gi kerja konon, lepas mandi tu tetiba perut aku sakit menggila..Dalam bilik aku tandas tu rosak so memang tak guna la..Kena guna tandas satu lagi kat luar..tapi time tu kawan aku tengah mandi..Tak tahulah aku makan apa sampai gila memulas, rasa nak pengsan tunggu kawan aku siap mandi..Jadi lembik gila dan rasa nak muntah..Bila dah masuk tu sampai nak kering air tangki, kuat tak kuat penangan sakit perut aku tu..euwwww...Dah keluar tu ingat okelah, rupanya tak habis lagi, sampai penat toksah cakaplah, adalah dalam 6,7 kali keluar masuk..So, terpaksa oke terpaksa aku tuang kerja..Sobs..Dahlah cuti nazak gila dah..


Bila dah tengahari tu aku dah rasa oke sikit selepas terbongkang kesakitan atas katil, mulalah BOSAN menyelubungi..Baik aku buat something yang best memandangkan pagi tu dah suram, takleh dibiarkan suram seharian.Maka terlahirlah BABY baru LADYDYLA..Muahaha..Hari tu dah plan nak buat BLOGSHOP kan..Walaupun ada yang nasihat takyah buat 2 blog, tapi rasa cam taknak campur bisnes dan personal, lagipun combine dengan akak so, baik buat je blog baru.Oooo..nak promote blog baru lani..heee~~


Ini header sepantas kilat buat petang semalam..Janji hado dulu

COMELOTEKRAF nama diberi..Nak gelak pun takpe, sampai nak habis kredit kot bersms dengan akak dok fikir letak nama apa..Pastu lak banyak yang dah tak available, maka lahirlah comelotekraf ni..Tunggu pukul 20:11 baru publish entry baru..Memang sengaja..Pelagi, jemputler masuk rumah baru ai, follow2 mana patut..Nak like fanpage kita pun amat2 dialu-alukan..Meme comelote..hehe..Harap ada yang menyokong dan tuan blog pun kenalah rajin jugak berusaha kan kan kan..Yang dah like dan follow tu thanx a lot ya^^

NASI TAMBAH : Hangin tol burung2 ni..Ada ke pegi berak kat baju aku yang aku jemur kat luar..Banyak pasang lak tuh..Grrrr...Stresss bak kata Kang Gary..

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, November 06, 2011

SELAMAT MAKAN DAGING LAH YERRR

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Gambar sangat meriah, so takyah taip panjang2 lah yer..Alhamdulillah, ibadah korban selamat ditunaikan pada tahun ini..Cuaca pun sungguh cun..Dengan itu, mari kita masak dan makan lauk daging je tuk bulan ni..Hee~~















NASI TAMBAH : Raya haji tetap happening bagi aku..Dengan itu aku amik lagi cuti sehari hari Selasa so jadi 5hari..Kyaa-ahh~~

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, November 03, 2011

ILMU CAKAR RIMAU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Yuhuuu..Kali ni aku share satu ilmu..Ilmu ni aku dapat masa kursus hari tu..Actually banyak ilmu yang aku dapat tapi disebabkan mood blogging aku yang asyik on off ni, aku share yang ni jerlah..Tahu tak pasal SENAMAN CAKAR RIMAU?Aku memang taktaw pun, dengar nama ni pun masa kumpulan Sepah dulu selalu sebut masa buat show..Kalau ada sape2 tak tahu, macam ni cara dia..


Apa yang anda perlukan adalah seekor harimau...Nak mati, tak sempat nak buat cakar rimau, kita dulu yang kena ngap..Actually aku dah sediakan video..Korang layan jerlah yer..


Dah layan?Senang je kan, boleh buat beramai-ramai, lagi syok beb..Boleh menghilangkan mengantuk dan dapat mengembalikan tenaga yang hampir pupus..Time kerja kalau rasa agak2 nak zero energy tu boleh amalkan senaman cakar rimau ni..Tak silap aku cakar rimau ni berasal dari JAWA kot..Kalau salah, betulkan..Apapun thanx kepada 3 orang motivator hebat yang banyak bagi ilmu kat kitorang..USTAZ EBIT IRAWAN BIN IBRAHIM LEW, EN. AHMAD FAIZAL BIN HJ. NASIR [yang bagi ilmu cakar rimau] dan PROF. HJ. MOHD HANIM..Dorang bertiga ni semua anak buah DATO' HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH..Memang best..Daebak^^Ni antara gambar masa kursus..nak jugak letak..muehehe





Sesuku peserta kursus..Sebenarnya semua staff  terlibat tapi buat dua sesi..Kitorang ni sesi kedua


kat belakang tu bos kitorang..Awas!perlakuan anda sedang diperhatikan

Ni Prof. Hanim time sesi penutup..Serius best beliau ni..Asal aku macam rapat gila ngan beliau ni , camera ni tipu ni, aku dok belakang prof sebenarnya


Antara kata2 semangat yang best..

NASI TAMBAH
: Ustaz Ebit pesan, orang perempuan amalkan makan PISANG setiap PAGI untuk mengelakkan  BREAST CANCER..Pastu Prof Hanim pesan orang lelaki jangan pakai und*rwear kaler biru..hahahaha..sebab kenapa aku taknak gitaw takut nanti ada yang marah...ngee~

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥