APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Sunday, September 18, 2011

KANTOI

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Ingat tak pasal kes mamat cleaner yang try seluk handbag aku masa aku tengah tidur bawah meja time bulan puasa haritu?Dipendekkan cerita, BOS tahu walaupun bukan aku yang pergi report, biasalah kat opis memang cepat cerita tersebar. Masa start keje lepas cuti beraya dah ada cleaner lain dah ganti..Walaupun aku macam kesian jugak dengan MASA DEPAN mamat tu, tapi mungkin sebagai pengajaran sebab sebenarnya ada lagi kes2 lain mamat tu dah buat, so kira dah kantoi la mamat ni..Hope nanti beliau dapat kerja baru dan menjadikan pengalaman pahit itu sebagai iktibar.

Kemudian kan kitorang sembang2 sama kitorang..Pasal KANTOI aku tidur BAWAH MEJA..Buatnya bos mintak aku cerita masa morning prayer@time meeting nanti camne..Pecah rrr port rahsia kitorang..Sebenarnya aku kalau tidur bawah meja bersebab, bukan sebab mengantuk je..Kalau mengantuk aku sembam muka depan PC je 10minit..Tapi bila aku SAKIT PERUT, DEMAM atau PENING KEPALA, memang port bawah meja menjadi pilihan..Time tu konon taknak orang ganggulah..Berikut adalah alasan2 yang kitorang planning nak bagi kat bos..

1- Sebenarnya saya tidur atas kerusi, kemudian tak sedar menggelongsor sendiri..Sedar-sedar je dah duduk bawah meja..

2-Saya ni ada penyakit mudah mengigau..Mungkin saya mengigau masa tu sebab tu saya ada bawah meja masa kejadian tu...

Agak2 konon bos percayalah..Tapi paling takleh blah bila dah terlebih fikir macam ni haaa....

"Entah2 nanti, bos pun nak try tidur bawah meja jugak..Ketuk2 bilik ingatkan bos takde, padahal ada tidur bawah meja, nak tiru kita letewww"


Nak tido bawah meja pun kena pastikan tempat tu bersih oke

Mamat cleaner yang baru ni 1 hal jugak..Terlebih caring dan macam nak bermanja lebih pun ada..ada ke suruh aku panggil dia ADIK padahal takdelah muda sangat pun..Euwww..geli..geli...geli...Tapi kesian pun ade, sebab mamat ni masa kecik2 kena demam panas sebab tu jadi gitu..Dia nakkan perhatian kot..Tapi aku scary weh lelaki yang terlebih amik berat ni..Terpaksa aku buat2 busy @ tak dengar sebab pakai headphone bila dia datang kutip sampah.


nasi tambah : minggu ni busy sikit sebab ada open office raya [mood raya tak habis2], keje pun berlambak.

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, September 15, 2011

DAPAT PAHA, BETIS DILUPAKAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Apalah nak jadi dengan aku ni..Mood blogging kejap turun kejap naik..orang lain lepas update mesti kaw2 BW kan, aku rasa aku dah jadi pemalas nak jalan2, baca blog orang..Lepas update, nak BW 10blog sehari pun liat kemain tapi aku tetap komen just lambat, kadang2 buka pastu terlupa nak baca, last2 tutup, esok bukak balik, tengok2 dah ada cerita baru..Hebat betul la korang yang rajin update, rajin BW..Aku rasa nak bagi standing ovation kat mereka yang gigih dan sangat bertabah ni.Bab trafik memang aku tak amik port dah, menjunam ke, mendatar ke, sebab memang deserve pun dapat trafik ciput..

Takkan nak bersara kot, haishhhh tak kot..Kalau bersara, nak campak katne lagi perasaan2 aku, cerita2 aku, seni2 aku yang tak berapa seni tu..Takde ke kursus2 blog yang aku boleh attend biar kasi panas dan membara sikit semangat ini?Atau mungkin sebab aku dah jatuh cinta dengan INI yang buat aku rasa malas nak blogging ni? Tak boleh camtu, takleh lupakan blog, nanti benda2 INI kena show off kat blog jugak..Benda INI yang buat aku jadi camni kot.
Ini tangan aku...


Ini tangan kawan aku


Ini barang2 kawan aku


Crown ini aku yang buat [tapi tak sepenuhnya..haha]


Ini kawan aku yang buat.

Jatuh cinta dengan FELT CRAFT pulak dah..Ni gara2 masa pergi Shah Alam hari tu la, tengah fikir2 nak bagi hadiah birthday apa kat Disha tetiba dapat idea nak buat sendiri je..FARIROSS ni memanglah dah lama jugaklah buat benda ni, aku je 1st time buat terus bagi hadiah kat orang..Tahap confident sangat tinggi.Actually aku tak suka bab2 menjahit ni, serius! Tapi felt craft ni macam layan je sebab hasil dia comel2 je..Eh, korang doakanlah saya berjaya dan tidak hot2 chicken shit ye.Nanti InsyaAllah aku akan buat blog baru bergabung dengan MY SIS, sila support!Haha..Tapi blog ini aku takkan tutup..Sejarah hidup untuk aku ingat bila dah tua nanti. Itupun kalau password masih ingatlah..

nasi tambah : aku rasa aku ada masalah suka taip panjang2..Bajet orang baca sampai habes..Takpe hati makcik besar, tak kecik hati pun..nak bagi standing ovation gaklah kat orang yang taip pendek2 tak perlu letak gambar banyak2 pun tapi isi padat, komen pun banyak..Tabik2

Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, September 13, 2011

MAKAN PUN PENAT

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
4 HARI tak blogging, pergi mana? Hari JUMAAT pagi, aku  pergi kat SHAH ALAM, beraya kat rumah FARIROSS dulu. Hari AHAD pergi KL pulak..Kemain kau dla beraya sampai KL...Hehe..Memenuhi permintaan kawan2 la, nak wat camne, kawan2 majoriti kat KL..Padahal memang hobi berjalan-jalan pun.

Selama ni, aku ingatkan IJOK tu kat area SARAWAK @ SABAH tak sangka kat SELANGOR rupanya..Hari Sabtu tu, aku pergi open house kat IJOK, punyalah jauh, balik tu terus pengsan kepenatan dan kekenyangan..Banyak jugaklah open house yang aku pergi, nak sangat kan pergi open house, amik kau, sampai penat dok mengunyah makanan..Kat KL ni selagi tak habis SYAWAL memang open house merata-rata kan..Semangat..semangat..Layan jerlah sikit2 gambar yang ada..Penat pulak nak mengulas panjang-panjang..

jalan ke Ijok yang berliku-liku..

Open house kat Ijok..polkadots lagi..hee..open house dorang dah macam majlis kawen dah aku tengok..Meriah sangat2..

Ni kat rumah MAMA DISHA..Disha dah setahun dah.. 


Budak tecik tu nama HAFIY..tetibe makcik rindu ngan dak hafiy ni..wuwu


Tadaaa...jumpa lagi MAMA ADAM.. Cunlah kamu ni Aanie..wewitttt


Pertandingan sape habis dulu dapat choki-choki stok selama setahun...
Style tangan sama..mulut sama..warna hitam merah..comey je rase pic ni even mamat yang kat hujung tu aku taktaw sape pun sebenarnya


Aanie bersama anaknya dan aku bersama anak pinjaman..Disha dah ngantuk tu..Nampaknya Adam sorang je yang pandang camera..

Dah terlentok dah disha ucuk neh..Aku  sempat amik feel perut amy..haha

Jeng..jeng!Wah..menjahit!Bakal dijadikan hobi baru kot..Mungkin boleh dijadikan bisnes 

Anyway, thanx a lot to FARIROSS FAMILY sebab dah bagi layanan 5 star kat aku selama berkampung kat sana dan juga kepada yang sudi memenuhkan ruang kosong perutku ini...Alhamdulillah..Semoga hidup korang dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..Amin^^

nasi tambah : best jugak buat felt craft ni..jangan hot2 chicken shit sudah

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, September 08, 2011

EID MERAPATKAN UKHWAH KAMI

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
HARI RAYA bukan masanya untuk korang melayan rancangan TV 24jam, bukan juga untuk kamu duduk rumah MAIN GAMES, MAIN INTERNET 24 JAM, dan bukan juga untuk kamu pergi melawat SAUDARA MARA di ZOO..Kat kampung aku ada ZOO taw tapi sekarang dah jadi TAMAN BURUNG..Setiap kali raya, start raya ke-2 lah, memang jammed kat situ..Sepatutnya masa nilah korang amik peluang pergi melawat sepupu sepapat, kawan2 sekolah ke..Sebab time nilah semua anak2 perantau balik kan..Nak tunggu gong xi fa chai ke, deepavali ke rasanya tak ramai yang balik..Raya Haji pun ramai yang tak balik kan..So, aku macam biasalah, aktiviti wajib kena beraya rumah kawan2 walaupun tak banyak sempat singgah tapi dah rasa happy gila dapat jumpa ngan dorang ni..


Dorang ni bukan duduk dekat2, kebanyakkannya mencari rezeki kat KL nun haa..So, memang excited nak jumpa..Dapat beraya bersama blogger MAMA ADAM A.K.A AANIE lagi, posing memang tak hengat dunia..Aanie ni memang kawan sekolah aku pun tapi tak sekelas..Uniknya kitorang ni walaupun tak sekelas tapi ukhwah tu memang rapat, terbukti bila aku menebalkan muka join REUNION budak2 PRINSIP AKAUN..Gila tak malu betul.Aanie pun join jugak..Padahal Aanie ni budak sains, aku pulak budak kelas kejuruteraan..Dah tuan rumah beriya ajak, lagipun memang kitorang kenal pun budak2 P.A tu..Layan jerlah gambar2 aku bersama-sama kawan sekolah kat bawah ni ya..Ada terlebih terkurang tu maafkanlah saya yer..

Satu-satunya baju raya aku..Polkadot warne hijau, latar pink..Ada orang pening tengok so aku terpaksa pudarkan kaler takut ade yang pening tengok..haha

Lynn [budak P.A], aku n Julia sekelas.


Bila budak Sains, Kejuruteraan dan Akaun berjumpa..

Sape lak kentut ni?

Ladydyla bersama Mama Adam. Tinggi pulak aku dalam gambar ni..Aanie ni tinggi taw.

KEADAAN SEBENARNYA...

Terpaksa buat macam tu supaya tak kecik hati bila tengok gambar ni

Oh yeah! Tak malunya budak dua orang ni join reunion orang..hawhaw

Menu yang super duper best..Arghhh..laparnya tengok menu kat atas ni..

Nanti tahun depan buat lagi ye..Aku dengan Aanie dah janji nak support perut masing2 tahun depan

Sebahagian tetamu yang hadir..Budak2 lelaki malu nak join sesi bergambar, so terpaksa suruh dorang pergi bakar satay.Aanie dah balik time ni..macam2 pangkat dah dorang ni..Mak budak, bakal mak, bakal isteri orang, datin pun ada..

Apapun memang best jumpa dorang semua ni..Best jugak buat reunion time raya ni walaupun menumpang jer..Hahaha..Thanx jugak buat encik SUAMI AANIE sebab sporting sangat2 layan mood gila2 kitorang masa berposing.

nasi tambah : nak tunggu open office raya pulak..Bila tah nak buat..

Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, September 06, 2011

TUNJUK-TUNJUK

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Menunjuk-nunjuk KUIH TUNJUK bukanlah satu kebanggaan sebenarnya.Tetapi, menunjuk-nunjuk kerajinan dan kecomelan serta kesedapan kuih tunjuk mungkin satu penghargaan buat sipembuat..Tak sempat dah nak buat sendiri macam dulu2..Kalo setakat buat 1,2 jenis tak berbaloi dengan kos bahan pulak kan, so beli jerlah..Terimalah, segalanya memang aku tunjuk2 jer..


Ingat tak ada budak praktikal yang bagi RED VELVET CUPCAKES  kat kitorang? Ekceli beliau memang ada buat bisnes pun..kek, biskut, cokelat..Ni link blog beliau SWEETPEA dan FB BELIAU.Memang sedap dan comel2..


Apakah perbezaan gambar ini dan gambar di atas? Nampak tak kek ni dah terpenyek sikit..Masa nak balik aritu kan aku accident sikit so kek ni jadi mara ke depan lalu terpenyek.Huhu..Takpelah,sikit je..janji tuan dia selamat kan.


Biskut2 ni pun aku order kat SWEETPEA gak..Semua sedap2


Kek lapis special from SARAWAK..Yang hijau kuning tu best..


Yang ni MENU WAJIB, tiap2 tahun mesti order..Tokey dia sekampung dengan aku je..Tapi satay beliau memang famous dan sedap betul..nom nom..


Arghhhh tidakkkkk...part hangit2 tu aku suka..

Teringat pulak dulu2 memang semua buat sendiri tak kiralah satay ke, kek ke, biskut ke, memang tak mainlah tempah-tempah dulu ni..Walaupun kalau biskut tu ada yang rentung, terbesar, terkecik saiz tapi seronok sangat2..Bila masing2 dah ada family masing2, duduk pulak merata-rata, aku pulak bila sorang2 memang tak rajinlah nk buat itu ini..Sekarang...senang je, hello ai nak tempah satay 500 cucuk, biskut tu, biskut ni, kek 4 tingkat blablabla..BAYAR!

nasi tambah : sebenarnya aku lapar menu raya..Baru rasa nak makan rendang, soto, ketupat, satay, nasi dagang mama disha.Masa raya baru ni, makan memang ciput2 je..Takde ke open house dekat2 ni, nak pergi ni..Ajaklah saya
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, September 05, 2011

BUNGA API vs MERCUN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Masih cerciter raya..Kali ni siap upload video lagi sebab rasa malas nak upload gambar banyak2 so aku buat video senang..Kalau rajin tengoklah video bunga-bunga api tu, campur skali dengan pic raya sebab rasa macam tak rajin pulak nak update banyak2 pasal raya ni..Tapi citer beraya bersama SEORANG BLOGGER akan menyusul nanti2..heee~~

Sebelum balik kampung hari tu, sibuk aku pergi cari bunga api tapi tak jumpa, yang ada mercun pop je..Benci betul, kalau pergi shahbandar tu budak2 main baling je mercun pop tu..Tak suka, boleh pendek umur sehari sebab terkejut. Nak beli bunga api sebab nak main2 dengan anak buah la, tahun lepas abang beli tapi tahun ni raya ke-3 baru beliau sampai kat kampung..Namun, akhirnya berjaya jugak beli, last2 beli kat kampung sendiri je..Tapi tak habiskan terus, sebab ade yang raya ke-3 baru sampai..So, tunggu raya ke-3 kumpul ramai2 main..Memang super duper happening tengok..Kebetulan pulak abang aku si pembekal mercun sampai petang tu..Sekali beliau bawak keluar, bapak segala mercun ada..Aku dah kecut jantung dah tengok..Macam ostad jiji cakaplah, setan pun terkejut dengar bunyi mercun..

Nak tak nak kene jadi bodyguard budak2 ni, buatnya tersilap amik mercun roket buat bunga api memang haru..Abang aku la ni, memandai bawak balik macam2 mercun..Tiba-tiba aku berkenalan dengan macam2 mercun..Mercun roket, gasing, lagi apa ntah..Ni contoh2 mercun dan bunga api..Lukis jer..

Yang kaler purple tu taktaw nama tapi fungsi macam mercun bateri jugak. [tulisan cina tu aku hentam je tulis tu..wahaha]

Nilah mercun kaler pepel tu..Suka tengok sebab cantik dan tak bising

Bokeh ni dah jadi macam salji dah..Magic betul

kemain kau bebudak, sampai berasap kepala


Dalam banyak2 suka mercun gasing dan mercun yang kaler purple tu sebab cantik dan tak bising..Dah memang sinonim kot mercun dengan raya ni..Tak bunyi mercun rasa cam pelik pulak tapi kalau melampau sangat bising tu tak suka jugak..Sekarang sila klik video kat bawah ni pulak <---macam paksa je



nasi tambah : Tak dapat nak memenuhi jemputan raya blogger FIFIEY sebab jalan jam melampau..Perjalanan sejam setengah boleh jadi 4,5 jam..Sori ye laling..huhu..Biasalah, ai duduk hulu sikit so bila time raya ni jadi terlalu jauh pulak nak pergi..so, beraya dekat2 jer mampu..

Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, September 03, 2011

TERUK DIGODAM

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Amacam raya korang?Happening pening tak?Aku super duper pening melayan karenah geng penggodam dalam rumah aku ni haa..Masa dorang sampai 2hari sebelum raya tu, dahla pepagi lagi, maksulanye tengah enak menternak taik mata, ketuk2 pintu bilik aku, laju je bersalaman then tetibe bersorak sorang2 sebab tengok laptop tengah on..Terus kena serbu dengan rakusnya..Terpinga-pinga maksula melihat pakwenya kena godam dengan begitu rakus sekali..

Begitulah kisah kehidupan si LAPTOP yang menjadi kegilaan kanak2 dalam rumah ini..Bukannya bapak dorang takde tapi sebab games dalam laptop aku lagi menarik perhatian dorang kot..Redha jerlah, so tak dapatlah nak update laju2 even line maxis tersangat syurga..Alaa, lagipun tak best gak nak update sebab tak ramai yang online, layan jerlah mood raya senang..Memperkenalkan PENGGODAM-PENGGODAM yang telah meluluhkan hati ini...teruk..teruk..

Ada lagi sorang, mana tah mnyorok..

Yang baju hijau tu tak sama bapak dengan baju kuning..Sepupulah kiranya dorang ni

Haaa..nilah dia 5 orang budak kuning yang gila games..Aku suka betul buli yang pakai songkok tu..Dahla bermacam-macam tragedi menimpa beliau..malang sungguh

Semak kat belakang tulah yang menyebabkan encik2 snake selalu melepak dalam rumah aku..Tuan tanah nya tak reti2 nak buat rumah lagi ker?Atleast datang tebas semak samun tu ke..Fobia tahu tak..

Yesss..sekali lagi berjaya membuli beliau..Hahaha..
Kesian..buahnya tak masak lagi..tunggu raya haji pulak yer anak2 sekalian

Apalah erti hari raya tanpa kanak2 semua ni kan?Tak happening kalau takde budak2..Itu semua antara gambar2 masa raya pertama, masa tu tak ramai lagi yang sampai..Maknanya, baru 1/4 dari 22 anak buah aku yang sampai..Sebab tahun ni kebanyakkannya turn dorang beraya rumah mak mertua masing2..Aku jer bagus tiap2 tahun beraya rumah mak sebab takde suami lagi..hee~

nasi tambah : ada berjuta-juta lemon lagi gambar raya bakal menyusul selepas ini. Dah penat2 amik, posing bagai lagi. Rugilah kalo tak tunjuk. hahaha..Selamat kembali bekerja semua. Aku pun nak balik bandar dah hari ni. Semoga semua selamat sampai ke destinasi^^
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥