APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Wednesday, August 31, 2011

KENAPA BUKAN 31 OGOS?

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
SEMINGGU sebelum HARI MERDEKA sebenarnya tarikh aku dilahirkan ke dunia..Cer kira berapa hari bulan tapi tahun bukan 1957 lah..Memang saje tak buat entry khas masa birthday hari tu..Kat FAKEBOOK pun aku hide DOB aku so tak ramai yang wish..Padan muka!!Sape yang wish jugak via mobile@FB tu memang aku hargai sangat2 sebab ingat birthday aku..Kebanyakkannya kawan masa sekolah..Penting sangat ke ucapan harijadi ni?Rasa hepi jugaklah kan kalau ade yang wish walaupun tahu thru FB sebenarnya.Yang tak wish tu bukan bermakna dia tak ingat kita tapi mungkin ada lagi benda yang lebih penting untuk diingati contohnya birthday pakwe ke, birthday kambing ke..Apapun aku bersyukur sebab masih lagi diberi nafas dan kesihatan yang baik.

Masa aku skolah rendah dalam darjah 4,5 camtulah banyak kali jugak aku persoalkan soalan ini kat MAK aku..Soalannya memang nak kena pelangkong free2! Aku dengan mak aku ni biasanya speaking sepanyol so aku translate la bagi korang faham yer..

"Bondaku, kenapa bonda tidak tunggu 31 OGOS tika melahirkan anakandamu ini?Bukankah lebih afdhal kalau saya ini dilahirkan pada 31 OGOS..Lagi seminggu je pun.Mesti bangga menjadi anak merdeka.."

Kah..kah..kah..kah..kah..Semua gelak tak hengat bila dengar..Kenapa?Salah ke soalan aku tu?Kau ingat boleh tahan2 kalau nak beranak ni..Tak tahu ke betapa susah dan peritnya masa nak lahirkan kau dulu..Ouhh, baru aku ingat yang aku hampir mati lemas masa lahir hari tu, BIRU kot badan aku time tu, hidup tu kira nasib baik sangat2 dah..Kalau tak takdelah blog LADYDYLA ni haa..

So, tak kiralah lahir bulan2 berapa pun, yang penting jiwa merdeka dan jiwa cintakan tanah air harus ada..SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-54..Semoga Malaysia hidup aman sentosa sentiasa..MERDEKA MERDEKA MERDEKA !!!


Eh, apesal makin tembam baju beliau neh???

nasi tambah : dengar bunyi mercun pop pun aku dah melatah..Camne la kalo dengar bom masa perang dulu2 yer..
Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, August 28, 2011

EID MUBARAK WISHES

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Tiba-tiba kereta penuh membanjiri kampungku, fenomena biasa bila Hari Raya bakal menjelang..Nampaknya masing2 dah start busy kot, dah tak ramai yang online..Wish awal2 la..Ni pun ehsan bibik  MAXIS akak, nak harapkan CELCOM memang haremmm la aku nak online laju2 tambah2 pulak di musim perayaan ni..Ada yang beralih arah lepas ni kot..Sape suruh tak upgrade bagus2..Ada fight..Okelah, takmo bebel kencang2, terimalah simple e-card dari saya ini..

Ramadhan bakal meninggalkan kita..Amacam amalan tahun ini?Makin baguskah?Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita T_____T

nasi tambah : masa on the way balik kampung aritu aku terlibat dalam kemalangan sebenarnya tapi Alhamdulillah takde injured mana2..Memang pengalaman yang sangat2 berharga walaupun terkejut sikit..mari doakan blogger IFFAH cepat sembuh..Beliau kemalangan, kereta terbakar dan mukanya juga terbakar..Sedih sangat tengok..Semoga beliau tabah dan kuatkan semangat..Info dari SUNAH SAKURA.
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, August 26, 2011

JIWAKU DI KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Mungkin ketika kalian sedang membaca entry ini [cittt..macam skrip drama cinta lak] aku di dalam perjalanan atau sedang berbahagia di kampung..Miahaha.. Haippp...haippp tak baik taw, kesian la kat orang yang tak dapat balik kampung..Maaf..maaf..Harini adalah hari malas sedunia..Tak ada mood langsung nak mengadap kerja walaupun memang selambak lagi tak siap..Jiwa ini totally memang kat kampung dah..Maafkan saya encik boss, nanti lepas raya saya settle semua yer..


Haha..pic entry lepas..dah siap kaler dah..pedulikan fail2 yang banyak tuh dla, bek gi tidur jer bawah meja tu haa

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada korang semua...Baca kat kartun bawah ni jerlah..heee...Inilah kerja makcik hari ni..kalo bab menconteng tak tidur pun takpe <--- melampau!


berangan jerlah nak bawak beetle tu...Lukis jer mampu tupun x jadi T____T

Nak wish raya rasa lambat lagi kot..Okelah, take care semua..Semoga berbahagia di kampung masing-masing..Yang tak dapat balik kampung jangan sedih2 taw termasuklah abang dan akak aku yang tak dapat balik jugakT_____T

nasi tambah : biskut satu beg besar..pakaian satu beg besar..isy..isy..
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, August 24, 2011

BESARNYA DUGAAN ITU

ASSALAMUALAIKUM...
Maaf, tak sempat nak BW kencang-kencang,  sungguh aku sangat sibuk, adalah 2,3 blog sempat baca tuk hilangkan kemengantukkan..Pagi semalam bermula dengan perasaan hampeh sebab TAK BANGUN SAHUR..Sekarang ni bangun sahur adalah HOBI aku..Aku kena bangun sahur selain ia adalah sunat tapi bagi aku sahur sangat penting untuk aku bekerja dengan lebih efisyen..Hamik kau, efisyen siyot..Apabila sahur selain buah kurma aku wajib minum NESCAFE kalau tak aku boleh collapse macam ni haa..

Sahaja aku tak sempat nak kaler..Gigih gila lukis fail berbundle-bundle tuh..ngee
Disebabkan tak sempat sahur, sedar2 je dah bunyi meriam, kebarangkalian untuk menghidapi sakit kepala adalah sangat tinggi..So, aku masuk ofis, aku tidur bawah meja..Diulangi BAWAH MEJA !!!Sebabnya aku taknak ada orang kacau aku, memang kepala aku perlukan ketenangan saat itu..Aku sampai opis pukul 7.10, masa tu takde orang lagi, walaupun tidur tapi telinga tak berapa nak tidur so aku boleh dengar cakap2 budak unit aku sebab handbag aku ada tapi tuan takde..Ayat paling hampeh dorang cakap... 

"DLA NI PERGI BERAK KE? BERAK BATU AGAKNYA LAMA SANGAT".
Sungguhlah busuk pemikiran mereka ini..

Pukul 8 aku bangun buat kerja gila2 sampailah tengahari aku berhajat nak tidur lagi kat BAWAH MEJA sebab kepala aku dah start berdenyut..Time tu aku betul2 tidur siap bermimpi lagi..Sehinggalah aku terjaga dari mimpi sebab aku rasa macam lama je aku tidur, check handphone, baru pukul 1.40, aku ingatkan dah petang..Hahaha..gelabah jugak woo aku time tu..Aku rasa nak teruskan sampai pukul 2.00 TIBA-TIBA aku nampak abang cleaner masuk kat tempat aku..Abang cleaner ni kerja dia adalah mengvakum..So, aku fikir, nak teruskan tidur ke nak bangun ni..Baru je nak teruskan tidur aku tengok abang tu macam tengah MENCARI sesuatu..Kemudian, sila baca dengan perasaan suspen...

AKU NAMPAK ABANG CLEANER TU SEDANG MERABA HANDBAG AKU !!!

Seriously tangan dia dah masuk dalam handbag aku..Disebabkan aku terkejut so aku sergah beliau!!!Tahu beliau jawab ape? "Errr, ada PENGETIP KUKU tak?" Hoh, kalau yer pun nak pengetip kuku takkan sampai seluk tangan dalam handbag orang der? Ramai2 orang kat opis ni, kenapa aku yang beliau tak pernah nak senyum tiba2 datang nak pinjam pengetip kuku?Ini betul2 menimbulkan syak wasangka yang tinggi..Lepas tu kan aku fikir, napelah aku tak tunggu lama sikit, nak tahu jugak beliau nak amik apa sebenarnya tapi aku time tu tengah terkejut memang main sergah terus..Nak je aku gi report kat bos, tapi bila aku fikirkan masa depan beliau aku rasa tak sampai hati so aku diam je..Dahla selama ini aku memang bengkerk dengan beliau sebab selamba je masuk kat ruang solat wanita..Pernah aku keluar dari bilik air dengan pakai serkup je, beliau nak masuk dalam ruang solat wanita..Rasa nak cucuk je bijik mata beliau laju2..

Tapi aku bersyukur sangat sebab actually handbag aku tu baru beli dan susah sikit nak bukak, kalau handbag lama tu, bukak zip je, terus nampak apa yang ada..Memang aku nampak sangat kesulitan beliau ketika meraba handbag aku..demmm ouh! Dahlah duit dalam tu tuk bayar biskut2/kek2 tunjuk yang aku order, memang nangis rrr kalau amik..

Beliau seluk tangan kat belah tepi beg..tak pandai nak bukak camne kot

Tapi bila baca DUGAAN yang ini, jatuh air mataku...sungguh!

Berita tentang pemergian anak kecil bernama DANIA EMELDA AQASHA betul2 buat aku tersentuh..Aku tersentuh kerana melihat ketabahan anak kecil itu melawan penyakit LEUKEMIAnya..Aku tersentuh melihat ketabahan IBU DANIA dan aku cukup tersentuh kerana ibu Dania adalah seorang IBU TUNGGAL..Sila baca kisah lanjut beliau DI SINI..Al-Fatihah buat adik Dania...


Comey kan arwah adik Dania ni..Sakit pun masih mampu tersenyum

"Kepada insan2 yang sedang diuji, bertabahlah..Kamu diuji kerana Allah tahu kamu mampu menghadapi dugaan-dugaan itu.."


Sesungguhnya aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat.Aku bersyukur hari ini aku masih diberi nafas.Hargailah nikmat kehidupan ini..Jangan sia-siakan dengan perkara yang sia-sia.Terima kasih kepada ibu yang melahirkan aku dan ayah yang gigih mencari nafkah.Perasaan aku memang sentimental setiap 24 OGOS! Maaf, hari Rabu bukan hari wordless aku..huhu


nasi tambah : mood raya tak berapa nak mai lagi ni..tapi yang pasti, lusa, pagi2 lagi balik kampung...Yibba..yibba..
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, August 22, 2011

ASRAMA BERHANTU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Tiba-tiba je nak cerita pasal hantu dalam bulan puasa ni..Disebabkan dulu mana nak kenal blog semua ni kan maka tak dapatlah nak kongsi dengan korang..Maka, harini nak story kisah dahulu kala yang luarannya nampak noob tapi dalamannya, teman sebantal je tahu..Betul tak makcik ross?

Aku tak faham kenapa kalau cerita hantu je, mesti femes kat asrama2..Tak kiralah, asrama sekolah ke, kolej ke, universiti ke, ada aje cerita2 yang tidak ingin didengari..Ni kes tak baca Yassin atau ayat kursi ke atau saja nak menakutkan pelajar junior sebenarnya?Masa belajar kat Kuantan dulu, ada aje kisah2 seram menyelubungi pelajar2..Aku dengan deq ross ni selalu je dengar dari asrama sebelah, akak2 senior bercerita..Kadang2 dorang cakap nampak LEMBAGA HITAM selamba duduk kat tangga..Seriau tak seriau tapi kitorang ni sampai pelik sebab kadang2 orang sama je yang kena kacau..

Ada sorang kakak tu, memang selalu lah cerita nampak itu nampak ini..Nampak lembaga hitam berbulu tidur kat katil sebelahlah..Kitorang ni terlopong jelah dengarnya..Sampai satu tahap tu, akak senior yang lain cakap camni kat beliau..

"Berminat sungguh hantu tu kat Kak As [bukan nama sebenar] yer?"

Time tu, memang tahan jerlah  nak gelaknya..Bukan taknak percaya dan bukan nak mintak kitorang boleh tengok jugak tapi macam selalu tu pelik jugak..Padahal kitorang setiap malam Isnin dan malam Jumaat ramai2 baca Yassin, zikir semua..Hari2 biasa lak, semua memang rajin mengaji Al-Quran.Yang paling kecoh ramai yang nampak lembaga kat pokok depan asrama kitorang..Maka, satu malam tu kitorang pun plan la taknak tidur, tapi nak skodeng pokok kat depan ni..Konon nak siasatlah betul ke tak apa yang dorang nampak..Tunggu punya tunggu, suspen jugak kot2 tetiba muncul mahu tutup asrama tu nanti..Tapi, sampai nak subuh takde pun lembaga yang disebut-sebut tu..Hampa lah kitorang ni dan kitorang pun malas dah nak layan.

Kemudian ada cerita lain pulak kat asrama kes pintu bilik kena ketuk tapi bila bukak tengggg takde sape pun..Tak tahulah camne boleh timbul idea jahat aku dan deq ros ni..Mungkin sebab dah serabut dengar kisah2 hantu ni kan.Masa tu dalam pukul 1pagi kot..Slow2 je kitorang turun tangga, sampai kat pintu akak senior tu, kitorang KETUK PINTU pastu laju2 pecut naik balik..Korang boleh bayang tak cuak tak cuaknya muka akak tu bila bukak pintu takde sape pun..Nasib baiklah tak histeria.Dan cerita ni sampai sekarang kitorang tak cerita kat sape2 pun..Aku dan deq ross memang pegang baik punya..
So, sempena dah nak raya ni, buat KAK CHUUUUU yang kini berada di MUAR, JOHOR, saya dan deq ross minta maaf banyak2 sebab dah menakutkan Kak Chu..Kitorang nak bergurau je masa tu, sebab kitorang tahu Kak Chu berani orangnya..Hehe..Dengan harapan K.Chu bacalah blog saya ni..Sila jangan tiru perangai akak2 ni, tak baik betul..Sekarang saya dah insaf.

nasi tambah : Haishhhh...bebudak neh..dum sana dum sini..lemah jantung ni taw! grrrrrrrrrr !!!!!!

Kalau BEST, sila LIKE

Friday, August 19, 2011

TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Kisah seorang gadis yang duka nestapa kerana....





Ini adalah kisah benar..wuwu..Comel je bertenggek kat situ..Besar lak tuh..grrrrr...Tolonglah blah sebelum raya..Please !!!!

nasi tambah : ada yang tanya aku lukis guna software apa.Ia adalah software PAINT TOOL SAI dan juga SEEKOR TIKUS untuk melukis.Tolong2 la klik encek nuff tu boleh aku bli graphic tablet nanti.muehehe..Sebenarnya aku melukis ni sekadar hobi untuk memeriahkan jalan cerita je.Tengok mood la, kadang2 macam hampeh je lukis.Lagipun aku bukan pelukis pro, ilmu pun secubit rasa je ni haa. Pelukis yang ohsemm arts nya macam AUJINZ contohnya.
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, August 16, 2011

BAWAK RICE COOKER MASUK HOTEL

ASSALAMUALAIKUM N HAI..
Bila baca memori2 korang masa puasa kan macam best pulak..Tak pun bila baca dugaan2 korang masa puasa buat aku terfikir, aku takde dugaan ke masa puasa ek?Alhamdulillah, so far, puasa aku takde lagi dugaan2 yang mencabar..Setakat lapar, dahaga, mengantuk tu biasalah kan..Cuma masa belajar dulu paling tak tahan bila kena pergi site..Balik tu rasa nak berendam dalam ais jer..Nak cerita puasa masa kecik2 dulu rasa macam sama je dengan korang..TERsedut air paip, TERmakan, TERsengaja pun ada..Ni nak cerita kisah 4 tahun lepas punya...

Time tu aku kerja kat KUANTAN..Dulu keje dalam pasukan FLYING SQUAD @ TASK FORCE TEAM di mana kitorang selalu kena pergi outstation di seluruh daerah negeri PAHANG..Kadang2, dalam sebulan, seminggu je ada kat ofis, memang kejenya out station memanjang tapi disebabkan aku ni suka berjalan so aku memang happy kerja kat situ.Nama je flying squad tapi bukannya kitorang terbang tinggi-tingi pun, pakai tayar 4bijik je masa O.S tu..Ada satu daerah tu nama dia ROMPIN, selalu jugaklah pergi O.S kat situ, kira dah masak sangat dengan kawasan tu..So, dalam bulan puasa kitorang kena pergi O.S lagi kat situ..Dua lelaki, 2 perempuan..Semua berlainan jawatan tapi bestlah sebab semua rajin bekerja termasuk aku..hahaha

Disebabkan kawan aku suka makan nasi panas2, fresh dari rice cooker, maka beliau nak bawak RICE COOKER MASUK HOTEL!Dah bawak rice cooker, pinggan mangkuk semua lagilah.Aku on jer, memanglah makan nasi fresh lagi berselera kan..Setakat electric kettle tu memang kitorang selalu bawak setiap kali pergi O.S, paling takleh blah, DVD PLAYER, segala jenis cerita pun angkut masuk hotel jugak.Bajet macam nak duduk sebulan jer..Sebabnya bandar Rompin tu kecik jer, malam2 macam bosan je taktaw nak buat apa, tu yang over bawak macam2 tu..

Paling kelakar, baru 5minit buat kerja, dah start bincang pasal menu apa nak beli nanti, petang tu lepas keje terus pergi bazaar..Tak tahan dia punya IKAN MASAK ASAM PEDAS tu..Power gila! Balik hotel, terus masak nasi..Bukan setakat masak nasi aje, siap MASAK SARDIN dalam rice cooker lagi..Time tu memang bercinta la nak tunggu sardin tu masak..Punyalah lama..Siap budak lelaki 2 orang tu pun nak join makan sekali..Sebijik macam makan kat rumah, tapi pintu hotel kitorang bukaklah luas2, bahaya nanti boleh menimbulkan fitnah..Tapi nasib baiklah owner hotel tak tahu kitorang buat kerja camtu kalo tak ade yang kena halau kot..Tapi ofis kitorang memang pelanggan setia hotel tu pun..Tu yang berlagak sangat macam hotel bapak aku yang punya tu..


Sebab tenet selow sangat masa kat kampung, aku rajin gila lukis + kaler penuh lagi..

Sekian, kisah saya dan periuk nasi..Dah lama tak gi melawat ofis lama tu..Nantilah kite berjimba-jimba ke Kuantan lagi^^

nasi tambah : tak sangka masa balik kampung, banyak betul perubahan..AANIE, kamu pasti terkejut tengok nanti..Bek ko balik raya ni.
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, August 15, 2011

RINDUNYA!!! GERAMNYA!!!

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu..
[pergh..lagu ni pemes masa studo dulu neh..Lepas nyanyi, nangis berjemaah..Emo bebenor dahulu kala budak2 rumah aku..Rindulah kat geng usrah dulu T____T]

Uhuk..Dah rindu dah..Bukan rindu kat family...Baru je balik 3hari lepas, takkan dah rindu kot..Tapi best betul berbuka dengan family..Penuh meja kot ma saya masak kebetulan turn ma masak tuk masjid tu yang banyak tu..Terbaik..terbaik..Sebenarnya saya rindu kat benda ni !!!!


Haha..gambar2 di atas pernah guna dalam entry dulu..


Ni gara2 tengok YONEX BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2011 la ni..Terus datang perasaan nak main badminton..Eh, mentang2 puasa dah tak boleh bersukan ke?Bukan sebab puasa, tapi balik nak masak weh, mana sempat nak main2 lagi..Tapi masa balik kampung hari tu, round2 kampung, tengok budak2 lelaki dok main SEPAK TAKRAW..Wahhh, bagus2 wat aktiviti camtu walaupun berpuasa..Sure nanti berbuka habis 8 gelas air..Nanti lepas raya kena balas dendam ni..hehe..Tapi masa 1st week puasa hari tu ramai gak mengadu sakit habis badan macam nak demam pun ada..Aku pun terasa gak sikit sakit..Dorang cakap sebab stop main sukan kot..Takpe2, bulan puasa ni kita rest dulu, fokus puasa dan aktiviti beribadat dulu..Solat terawih pun kira senaman gak tuh..Ye tak?


Tapi geram betul la tengok LEE CHONG WEI vs LIN DAN masa final...Masa mula2 tengok set pertama macam nak runtuh dah rumah ni dok menjerit..haha..Time tu memang bajet kita boleh menang dah..



Tapi lepas masuk set ke-2, LIN DAN menguasai...Terpaksalah main rubber..Akhirnyaa....


Lee Chong Wei terpaksa akur lagi, kalah di tangan super dan..Tapi sengit yang amatlah kan, best tengok dorang main, kalah pun tipis je, tapi sebab tipislah Lee Chong Wei nampak frust gila..Lin Dan hape lagi, teruslah menunjukkan kepoyoannya..Tahniah tuk Lee Chong Wei sebab dah bersungguh-sungguh main, buat Lin Dan, jangan poyo sangat..hahaha..Keseluruhan game, China menguasai dengan menjuarai kesemua perlawanan..Keputusan penuh kat SINI..Malas nak ulas panjang2 sebab frust, aku update pasal ni pun dah cukup baik dah ni, kalau menang berebut semua update, kalau kalah..hurmmm..



Hadiah juara bagi "benda itu", tak sesuai langsung, tak jaga sensitiviti! Lagi satu, pengulas sukan kat 801, tak besh arrrr..Bek tengok kat 811..

nasi tambah : Main sukan time siang, kalau yang beragama Islam tetap berpuasa aku tabik tilam spring!!! Sekarang pun tengah berlangsung SUKAN UNIVERSITI DUNIA kat Shenzen kan..Siap dorang sediakan juadah berbuka dan adakan solat tarawikh, bagus betul lah..
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, August 12, 2011

KAD RAYA PERTAMA 2011

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Dalam tengah-tengah memaksa diri bukak mata buat kerja tiba-tiba encek FBI menghulurkan something...Eh, ada kad raya..Aku amik, aku letak tepi dulu..Boleh sabar tu taknak tengok lagi sape yang bagi padahal memang tidak menyangkainya pun..Sebab tengah busy sebenarnya, tu yang hold dulu tu.

Agak-agak bila perasaan sampai nak terkeluar darah kat hidung tu, aku bukaklah dan serius tak sangka BELIAU yang bagi..Antara blogger yang agak famous dan sememangnya aku respect dengan beliau..Tiba-tiba semangat aku hidup balik lepas tengok kad raya tu..Ingatkan tahun ni tak dapat kad raya dah..hee~Neway, thanx sangat2..Sungguh aku menghargainya..Beliau adalah...





Thanx ABANG EQ A.K.A EQBALZACK.COM yang famous dengan tagline "kurasakan something" tu.Bro, you just made my day lah ^________^ See, betapa indahnya ukhuwah sesama blogger ni kan..




Sekarang ni trend hantar kad raya macam dah tak berapa relevan dah kan..Kalau dulu, setiap kali nampak abang posmen, memang eksaited gila konon ada kad raya sampai lah..Tersengih-sengih baca time tu..Baca banyak kali pulak tu pastu panjang pulak tulisnya..Yang pasti pantun wajib pecah kaca pecah gelas tu harus ado.Tapi bila semua dah ada handphone, trend  SMS, MMS menggila-gila sampai jammed line.Sekarang ni penyakit guna FB pulak, kad raya semakin dipinggirkan..Jemput kawin pun main FB je sekarang ni..Sebabnya FB ni FREE dan CEPAT, tak payah beli kad raya,setem,gam sume kan. Hurm...


nasi tambah : actually kad raya tu sampai ari SELASA lepas lagi tapi keadaan aku memang tragis la skang ni..dah berapa banyak entry aku tak sempat siapkan, last2 aku delete sesuka hati sebab dah takde feel nak share..tengah gigih menaip tetiba, dla...meeting! dla...ada pelan! dla...amik kes! dla...pergi shopping! eh?! masuk list jugekkk ekkk:P Yang penting tu kenalah dahulukan yedokkkk awok2 sekalian..takkanlah keje selambak masih ada feel nak blogging lagi kot..Ok, sekarang saya tengah free..Oh yeah!
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, August 08, 2011

3R = RED VELVET, ROMPER & RIBBON

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Akhirnya juara MASTERCHEF AUSTRALIA season 2 menjadi milik Adam..Memang layak!Tapi Callum tetap hebat gak walaupun dapat naib johan je, umur beliau baru 20 tu..Nanti nak layan yang Malaysia pulak camne, best ke tak.Aku ni dulu tak minat sangat tengok rancangan masak2 ni, kecik2 dulu siap mengamuk lagi kalo akak tengok rancangan masak sebab apa aku marah sebabnya dorang tengok aje, buatnya tak pun..Tapi disebabkan roommate sangat2 suka tengok maka aku pun terjoin sekali, sekali aku yang ketagih pulak..

Lagi satu aku suka tengok DC CUPCAKES tu..Dorang punya cabaran bukan biasa2, semua event yang besar2 je..Paling suka time dorang buat RED VELVET CUPCAKE...Walaupun tak pernah try tapi aku dapat bayang mesti sedap punya..Pucuk dicita, ulam mendatang, baru2 ni ada budak praktikal baru je habis, so beliau cakap nak treat something la..Sungguh tidak menyangkai beliau bagi RED VELVET CUPCAKE kat kitorang semua..Time tu rasa, cepatlah azan maghrib..Hehe..Dia punya aroma tu dah boleh menguruskan puasa aku..Alhamdulillah dah selamat di makan dengan jayanya..So, untuk korang, tataplah gambar di bawah aje yer^^

Seriously sangat sedap..yummeh!!! Bukan 1 je dapat..


Sebenarnya red velvet ada 4 bijik semuanya..


Maka dengan ini diumumkan bahawasanya red velvet dah masuk list kek yang aku suka...


Terima kasih diucapkan kepada Raja Alia kerana sudi menjamu kek red velvet ini kepada kitorang..Silalah bagi lagi..Hee..Memang sedap sangat2, tak tipu punya..Sekarang nak share benda cantik pulak..Disebabkan  3 benda ni bermula dengan huruf R dan aku punyai masa yang sangat terhad untuk blogging maka aku gabungkan 3 benda ni dalam satu entry..Citt, macam tak biasa buat..Benda comel ni namanya ROMPER bukan Rozmey ataupun DR.Romzey..Sungguh tak ada kaitan..Romper atau sebenarnya BABY ROMPER ni sangat unik dan comel sebab ada felt craft atas tu..Sungguh comel...Dan sesungguhnya hasil felt craft ini, my BFF yang buat..Kenapa kamu begitu berbakat ni?Sejak bila kamu begitu pandai buat semua ini?Sungguh tak sangka kawan aku ni kreatif gila..Nah, tengok dulu hasil tangan beliau, baru boleh nilai..


Nur Imani tu nama anak buah sebenarnya..Plan nak bg masa pegi Langkawi aritu tp x sempat siap..Comel kan..Kalu besar ni mahu aku try pakai dulu ni..


Paling tidak menyangkai beliau bagi freegift RIBBON yang sangat comel..Kenapa awak begitu baik ni..Terharulah saya macam ni..Ko memang  saja nak aku order banyak2 nanti kan..Hehe..Sangat comey, kita dapat ribbon biru dan clip bunga kaler pink gitu..


Cute kan?
Walaupun aku tak pernah pakai benda2 macam ni kat atas kepala, maklumlah dah sedar diri umur tak berapa nak muda kan tapi sebab ko yang kasi, maka aku akan pakai nanti..Entah camne rupa aku pun tak pasti nanti..Agak2nya macam ni lah rupanya..haha


Tengok orang buat doodle rasa nak buat jugak..Bagi aku, doodle ni cepat sikit berbanding yang lukis detail tu..tapi  bila guna  mouse memang lambatlah jugak sikit dan aku  mls nak adjust dah maka jadi buruk gila..ouh wacom tablet..datanglah padaku segera..Suka melukis tapi tak ada masa sangat sekarang ni -.-'

Kamsahamnida chinggu-ya, muah..muah.Actually kalau korang nak ORDER boleh je tapi aku tak sure kesihatan beliau oke ke tak sekarang ni sebab beliau tengah pregnant, so faham2 jelah kan..Trylah masuk kat BLOG beliau..KLIK FARIROSS tapi beliau ni jarang update blog..Kau pun sama kan dla.Tak pun, pergi je kat FACEBOOK beliau..Sekian, terima kasih^^

nasi tambah : Gastrik punya pasal, hampir2 nak ponteng pose..pedih gila sampai terbongkok2 dah jalan..tulah degil konon nak ubah selera, nak sahur n berbuka makan mee je..Dah perut kampung, memang kena makan nasi, sehari tak makan terus gastrik..Nasib baik dapat bertahan..Sayangilah perut anda
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, August 04, 2011

EKSIDEN LAGI...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Bila je dengar bunyi dentuman kuat ni terus berdesup lari umpama kudaku lari gagah berani kerana ingin pantas sampai di beranda..Lantas aku mencapai towel untuk cover kepalaku ini sambil persoalan berlegar-legar di dalam kepala, eksiden lagi ke?Sepanjang 3 TAHUN lebih kat sini dah hampur 10 KALI kot eksiden kat depan rumah ni...Tempat yang sama pulak tu..Memang patut kena letak signboard KAWASAN KEMALANGAN kat situ..

Agak2 kalau letak tanda macam ni, berkurangan tak kes kemalangan?Nak ngeri lagi letak gambar kubur terus..

Hari SELASA tu masa balik kerja tengok kertas bertaburan atas jalan, tanya housemate cakap ada eksiden..PETANG SEMALAM pulak dekat pukul 7, tengah busy dok masak tiba2 bunyi lagi dentuman kuat..Tengok2 ada lagi eksiden..Maknanya 2hari berturut-turut dah eksiden kat tempat yang sama..Naik ngeri dah tengok even setakat ni takde lagi kemalangan jiwa berlaku tapi tetap ngeri..My housemate pun pernah eksiden kat situ, siap cakap dia tak nampak kereta tu, tiba2 je eksiden..Officemate pun sama, pernah eksiden kat situ pukul 3 pagi, kebetulan tak tidur time tu..Esoknya terus gigih bercerita kat dia, dia senyap je dengar rupa-rupanya beliau lah yang eksiden time tu -.-'

Motor sama motor

Rakyat Malaysia memang prihatin..

Rasanya tak teruk sangat semalam..Tapi berhati-hatilah yer, kat mana2 sekalipun..Baca Bismillah, baca doa dulu, jangan main bawak je, kemudian jadi hero di atas jalan raya..Seriously tak suka yang berlagak atas jalan raya ni, konon hebat sangat.Yang paling kesian, orang yang tak bersalah menjadi mangsa kecuaian korang..Tapi kadang2 kalau terlalu slow sangat pun tak boleh jugak kan.So, kenalah beringat selalu yer.Pesanan untuk diri sendiri jugak..^^

nasi tambah : nak masak apa ye hari ni?weekend ni ai berbukak sorang2 je..huwaaaaa!!!!
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, August 02, 2011

UCAPAN PUASA VERSI LAMBAT

ASSALAMUALAIKUM N HAI...





nasi tambah : THANX yang buat entry..Korang memang degil..hehe..gurau jer..udah dibilang jangan buat entry, tapi dah buat saya terima jerla..Seriously aku tak harap pun korang buat entry sebenarnya..Terus jadi malu saya ni..wuwu..Apapun, timo kasih banyok2lah deh..Korang memang awesome!!
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥