APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Tuesday, July 12, 2011

KECUAIAN STAF HOSPITAL DAN TAKDIR

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Masa dalam feri kat jeti Pulau Langkawi aritu kebetulan ada 2 orang pesakit yang kena transfer dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah..Kebetulan lagi aku duduk tepi tingkap, laju je aku amik gambar..Jakun tak?Actually aku tak tahu prosedur nak tukar hospital kena guna feri jugak..Disebabkan dipengaruhi cerita2 mat salleh macam E.R, Grey's Anatomy, House tak pun paling koman cerita Scrubs [doktor paling lawak], aku tengok macam senang je pengangkutan yang bernama helikopter nak dapat so aku bajet kalau ada kes emergency kat pulau2, mesti guna helikopter.

Ada putih2 sebab aku dalam feri ni..Ni kira dah bersih sikit berbanding feri masa pergi, berkerak.Eh, hensem pulak abang baju putih yang berdiri tu..hehe

Kes yang ni agak tenat kot..Sila bertabah

Nak je pergi tanya, kenapa tak guna helikopter? Jenuh jugak kot nak sampai Kuala Kedah tu, mahu dekat 2JAM..Yang sihat pun rasa bosan gila dok dalam feri.Aku fikir2, mestilah kena bayar kalau nak guna helikopter kan..Takkan free kot..Naik ambulans pun kena bayar kan?Kalau salah, bagitahu..So, pilihan yang mudah dan murah, kena guna feri jelah..Kesian jugak tengok, sakit apa tak tahulah pulak..Terasa jugak nak gi tanya, tiba2 menyibuk, dahla orang di saat2 genting..Tapi aku memang macam ni..Kalau pergi hospital, aku suka baca REPORT pesakit walaupun tak faham sangat pun..

Disebabkan habit tu, ada sekali tu aku pergi melawat kawan kat hospital. Macam biasa, aku bacalah report dia..Then, tetiba aku rasa macam faham apa yang doktor tu tulis, aku tanyalah kawan aku yang kena tahan wad sebab sakit perut katanya.."Eh, ko ada masalah air kencing ke?Ubat yang dia bagi macam untuk air kencing kotor jer?" Kawan aku pulak menafikan, dia cakap dapat ubat putih yang berangin tu je, alaa ubat gastrik tuuu..Aku pulak macam kurasakan something wrong sebab aku pernah ada masalah air kencing kotor dulu dan aku ingat nama ubat tu..So, aku check lagi rupa2nya korang tahu tak REPORT tu tertukar dengan patient sebelah kawan aku tu..Camne aku tahu? NAMA PATIENT jelas2 bukan nama kawan aku..Apa yang korang dapat simpulkan?Sedikit kecuaian boleh membunuh pesakit..Macam kes yang tersalah inject ubat kat bayi di HRPZ II,Kota Bharu tu yang menyebabkan salur darah tersumbat dan sel2 akan mati atau mungkin jugak pesakit alah kepada certain2 ubat..Bila sel2 dah mati, terpaksalah diamputasikan tangan bayi tu. Sedih bukan?Kecuaian kakitangan hospital dan takdir Allah yang harus diterima. Nak salahkan hospital 100% tak boleh jugak..Bukan dorang sengaja, tak ada hadiah yang terbaik untuk dorang bila pesakitnya sembuh dan boleh keluar hospital. Apapun, harap mereka belajar dari kesilapan itu dan semoga keluarga mangsa tabah atau sepatutnya semoga bayi itu membesar dengan menjadi insan yang cekal.


nasi tambah : harini dysmenorrhea tapi tak kira nak main jugak badminton petang ni..Nanti bulan puasa kena cuti sebulan, tak boleh main dah.

Kalau BEST, sila LIKE

33 ORANG MENYAMPUK:

Anisa Hang Tuah said...

pergh.menakutkan.

kena berwaspada lah

eliyaezlinalias said...

hurm....da slalu sgt bca/dgr komplen ttg hosp neh...harap pihak yg sepatutnya amek laa perhatian..
kasihan pada mereka yg mharapkan rawatan~~~

hud aikara said...

entahlah..kalau kejadian seperti ini bagi saya sangat berat. Sbb saya ada perhati (masa tu saya kena denggi) juga jururawat yg berkerja, ada yang sambil lewa padahal kerjaya mereka memerlukan mereka sentiasa teliti kerana ia bermain dng nyawa. bila dah jadi benda buruk, memang tak dpat tidak kita akan mengatakan ia takdir tapi setiap kesalahan tidak boleh terlepas begitu saja. mereka yg lewa ini telah menyebabkan nama hospital, doktor dan jururawat lain terpalit sama. bagi saya yg buat salah ni harus di pecat. bayangkan budak tu terpaksa tabah menjadi cacat dan org yg melakukannya bersuka ria meneruskan hidup. Kasihan pada kakitangan hospital yang berkerja keras jaga pesakit, ada yg tak tidur dan tiba2 kerana kecuaian staf lain mereka pun kena sekali...seram..serammm...

aanie said...

ada doktor tu nak cari urat nak amik darah pun xtau bape kali cucuk sampai lebam tgn aku....

JIJI YU said...

seb bek le aku dah ebs dah dgn sepital kat mesir..lagi dasat

ain zuraini said...

huhu sedih....sob..sob...

Cik Ezy said...

menakotkan..
septotnye doc lebih peka..
silap ckit nt abes imej doc tercemar..

nurdani said...

risau kalau tersalah ubat ni. doktor dengan nurse kena double triple check la ubat. kan amanah diorang pastikan pesakit ok. memang diorang pun manusia biasa yang buat silap,tapi kes macam ni kena lebih berhati2.

baru tadi dysmenorrhea..pergh...lega dah sekarang.hahak

izzad b* said...

2jam, mcm2 boleh berlaku...

Cik TeN10 said...

emm tu la..kdg2 kesian kn tgk mangsa yg terkena..tp tu lah..pihak hspital pn bkn sengaja kn..so kna berhati2 lah.. emm da lama xmen badminton.. rindu sgt masa wt preparation kt utm dlu.. petang2 je mesti men badminton utk hilangkan stress.. skrg men ats katil dlm mimpi je.. huhu

r'Da said...

yeker..tkot nye.. seram kott.. mntk jauh ler jd kat ank rda..

airaniez wirdani said...

Part Helicopter tu betul gak tu.Patut negara kita kena ada ambulans-helicopter.Selalu tgk nak pindahkan pesakit pakai helicopter Askar kenapa ntah..huhu

p/s:Paling suka Greys anatomy!

Izyan Masri said...

MACAM SUSAH JE KAN,NAK BAWAK ORG2 SAKIT DARI PULAU KE TANAH BESAR T_T

Hanis MY said...

takutnya dyla...nauzubillah... bahaya betul..

zati embong said...

sepatutnya tgas doc 2 kena betul2 teliti.cuba kalau pesakit 2 allergic dgn ubat 2.

puteri ain said...

byk yg mlaysia kena improve ni .

ParkAir said...

Kita harapkan doktor.. dia pulak yang tercuai..

OTAK LEMBAB

HonEyBuNNy said...

adeehh...takoot lak baca entry neh...

ehem3...sempat lagi tgk abg baju putih y encem tu yer...hehehe

jom main bdminton dgn ila..;-)

siti nurkhijah said...

dari dulu lagi org sakit kat lkawi ni mmg depa bwak pakai feri jer.. tp klu tak silap akak hospital lkwi ada bot laju yg diguna cam ambulan, siap ada lambang bulan sabit tu tp tak penah dengar depa bwak org sakit ngan bot tu, tak tau pasai pa.

mmg kesian tau tgok org sakit tu kadang2 kalu feri penuh depa letak org sakit kat tepi2 beg penumpang lain... heli yg swasta punya ada kat sini, kalau nak kena bayar sendiri.

Kapten Atok said...

susahnya kalau jauh dr hospital utama... lg2 kat pulau


owh. ko ni ada perangai check2 rupanya.

[sutera kasih] said...

ssh jgk nk komen kan..nk mrh2 skalipun, dh takdir..tp perlu jgk dberi teguran supaya takkan terjadi lg d ms akan dtg kt pesakit lain kan..

kesian tgk baby tu dlm berita smlm..

adan said...

yess kesimpulannya..saya tambah sikit er..

sia pastikan anda mendapat rehat secukupnya seblum melakukan tugas harian anda.. ada kena mengena ke?

ini aku? said...

aku rasa cam sebak gak sebab inilah tugas diorang kan.. bukan senang.. tapi pengorbanan tu.. kalo silap lain jadinya.. emm..

ain revival said...

sokong penggunaan helly tuh...beli benda len boleyh..xkkan beli helli utk kegunaan pesakit pun x bleyh..

FasiHaH SupiaN said...

cheq dulu ada pengalaman ngeri ngan spital2 nie.fuhh traumaaa

che'pi said...

itulah dia.....

kita kena concern ngan segala hal..
nak nak bab yang leh menggangu gugat kesihatan.
kalau gi amek ubat tu,.. kita kena double check ngan kaunter..
apa jenis ubat,makan macam mana,betul ke nama kita,betul ke number pendaftaran kita kat slip ubat,..
sebab setiap manusia, takder yang perfect. so, kena sama sama beri kerjasama.

Fyqa said...

hmmm... susanya klo mcm tu. lgi2 klo kes kcuaian ni

sahromnasrudin said...

pergh..best nya awak dpt pengalaman tgk mende2 cenggini

Qaseh dalia adelia said...

kalau jatuh tu naye ..huhu takutnyeee lau jadi kat family kita mmg sedih gila kot

mykhalis said...

pergh..begitu prihatin dan sangat teliti.. jarang tau..kalau la tak perasan dan dapat ubat lain2 bayangkan la

aleen aiden said...

masalah kerajaan xde bajet kot dak?kot.aku teka je.heh~

Подтверждаю said...

as salam..
huhu..samapi gitu.. tatau pula pakcik yang depa guna ferri. bahya tu transfer guna ferri.

mungkin sebab kos agaknya. hm..entah la..

hiidayah mucox said...

x sangke la de lg yg wt cm ni . mcm tak pikir psal pt. jek . cube kalu tekne pd btg hidung sdrii .. bru tw . makkin sakit kot pt. tuu .. sbar la pt. ,,

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥