APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Thursday, July 28, 2011

PORT TENANGKAN JIWA [KONON]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Konon nak struggle la, bawak balik pelan kat rumah nak siapkan..Hapeeee, tak sampai 1 Jam, kepala dah melayang ke mana-mana dah..Nasib baik terjaga balik..Dah terjaga tu, dan2 pulak MASTERCHEF AUSTRALIA baru start main..Tangguh lagi kerja sebab nak layan rancangan masak2 ni..Next week dah final, sapelah yang juara agaknya..Yang pasti bukan chef dla..Chef dla ni juara makan dan berjalan jer.

Aku akui kerja aku memang memenatkan kepala, kadang2 scary jugak bila tahu ramai yang bersara awal sebab tak tahan stress dengan bebanan kerja..Nak kejar due date tu yang sebenarnya yang membuatkan semua tak sempat nak senyum2 kambing bila berselisih..Hoho, agak melampau tuh..Takdelah, tapi kalau nak bersembang panjang apatah lagi nak bergossip, baik kau amik cuti kalau taknak kena sound..Eh, tetiba aku mengadu pasal kerja pulak. Sebab tu aku tak suka buat entry yang serius2 ni..Sudah2lah serius masa kerja, entry pun nak serius sangat, mahu jammed kepala ni..Sebenarnya nak bagitahu antara cara2 aku nak hilangkan sakit kepala memikirkan beban kerja ni adalah dengan BERJALAN-JALAN..Berjalan-jalan adalah salah satu kepakaranku..Takkanlah tunggu poket tebal dulu  baru nak berjalan-jalan..Aku sangat yakinlah, kat mana2 mesti ada port yang best untuk korang tenangkan jiwa kononnyalah..

Nak2 pulak jumpa port baru..Sebenarnya port ni takdelah baru sangat tapi sedang buat penambahan..Dari jauh dah nampak dah kebling-blingannya..Apalagi, cari masa yang sesuai lah untuk berkenalan dengan tempat baru ni..tapi sebenarnya, tak siap sepenuhnya lagi, masa pergi tu, dorang tengah buat lagi, tetapi oleh kerana ketidaksabaran hati nak tengok sejauh mana hasilnya, kitorang lepak2 lah barang seminit dua..Kajaaa..

Model of the day..hawhawhaw..


Sila percaya, ini bukan I-CITY sepertimana korang fikirkan

Hamik kau..sekampung aku bawak sini..Muka aku takleh blah betul kebanggaannya..



Kat bawah tu ada sungai..Boleh naik gondola kalau korang tahan bau hanyir..


Dari jauh..Nampak kosong gila lagi kan


Timing baik punya, orang tak ramai masa pergi..Takdelah malu2 kucing


Kesian kan dengan budak tu..Tolonglah bagi ubat kat beliau


Memoirs of  a geisha?sangatlah..

Tetibe je jadi putih melepak..Ni yang rasa nak angkut pokok ni bawak balik ni..eh, ade orbs seketul dua!


Bajet kat negeri omputeh ke hape kau ni dla..Sabo jelah


Inilah nama tempat ni..PULAU WARISAN..Dulu aku pernah buat entry PESTA TANGLUNG..Pun buat kat sini..Eh, dah nampak anak bulan dah..hehe


Sekarang tiba masanya untuk aku mengkritik..Anggap jelah dorang baca nanti blog aku..haha..Positifnya, okelah untuk daya tarikan pelancong..Tempat ni memang luas gila sebenarnya..Apa yang aku tengok, agak membazir space, ape ke hal jauh sangat pokok2 tu antara satu sama lain..Tak tahulah kot2 peruntukan pokok tu banyak sangat..Banyak betul duit yer..Berbanding dengan i-city Shah Alam, tanam dekat2 jer..Yang ni, jarak dia agak jauh, dan banyak ruang kosong kat tengah..Kenapalah tak amik space dekat jambatan yang ade arc tu jer..Lebih nice kot..Dah alang2 nak buat kan, biarlah nampak wow..Tapi mungkin tak siap lagi kot, so aku takleh kritik banyak2, macamlah ni negeri ko nak kutuk lebih2..hehe..Tapi housemate aku pun macam kecewa gak  tengok even dia anak jati Terengganu..Membazir ruang, dah banyak mana dah diorang keluarkan duit untuk buat benda ni kan, kena manfaatkanlah seadanya..Apa pun aku tunggu perkembangan projek ni nanti camne..Persoalannya, tenang ke jiwa lepas pergi sini?Sebenarnya, aku ni asal keluar berjalan je mesti happy punya..Hehe..Oke, sambung kerja pulak..menyempat tu update..Nape yer, asal buat kerja je ngantuk? -.-'

nasi tambah : semalam call ayah konon nak cakap tak boleh balik sebab weekend nak masuk opis..Tapi bila call dengar suara ayah lain macam, demam rupanya..Terus tukar plan nak balik minggu ni..yeyeay..balik^^
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, July 25, 2011

49 DAYS PURE LOVE

ASSALAMUALAIKUM N HAIIIIIIIIIIIIIIIIII SEMUAAAAAAAAA !!!!
Woahhhhhh...betapa aku rindu dengan dunia blog yang aku tinggalkan lebih seminggu ni..Korang sihat tak??Tak rindu makcik dla ni ker??Hahhaha..bajet retis betul..Tetibe je menyepi, tak cakap kenapa pun kan..Tapi dah mention sebenarnya kat bawah header yang aku sangat busy dan tak boleh janji nak update bila..Ni curi masa kejap..heee~~ Apapun thanx yang bertanya khabar aku sepanjang berkuarantin minggu lepas^^


Walaupun begitu, disebabkan bibik aku time malam tak berapa nak berfungsi so aku berjaya marathon cite 49 DAYS selama 3 hari jer..Giler kepuk best cite ni.Kepada fan drama2 korea, kena tengok cerita ni sebab memang best..Aku bagi review sikitlah pasal cerita ni yer..Maaf kalau panjang lebar sikit dan gambar terlalu meriah, memandangkan entah bila la pulak boleh update -.-'


Shin Ji Hyun [lakonan NAM GYU RI] seorang gadis periang merupakan tunang kepada Kang Min Ho [lakonan BAE SOO BIN] yang bakal dikahwininya sehinggalah Shin Ji Hyun terlibat di dalam satu kemalangan yang menyebabkannya koma..Ketika koma, Shin Ji Hyun diberi peluang kedua untuk hidup tetapi beliau perlu mendapatkan AIR MATA dari 3 orang yang betul-betul ikhlas menyayanginya..Ketika inilah barulah beliau sedar siapa yang betul2 jujur dan ikhlas..Demi mencari air mata itu, beliau telah meminjam body Song Yi Kyung [lakonan LE YO WON] ketika beliau tidur tanpa disedarinya..


Drama ni memang ada unsur2 mistik sikitlah tapi apa yang best kita akan rasa lebih menghargai kehidupan dan orang2 disekeliling kita..Nak cerita panjang2 pun kesian pulak kat korang kena paksa baca, korang layanlah sendiri nak tahu best ke tak..ngeee..tapi dijamin best!!! Ada banyak part2 lucu, sedih pun ada dan memang suspenlah cerita ni, sampai buat tak sabar nak tahu episod seterusnya camne..Ending dia memang betul2 tak sangka even ada ketidakpuasan sikit..



Dua pic di atas rembat kat SINI.. Yang kat bawah ni semua ehsan snapshot sendiri












Restaurant dia memang cool siap ada opis arkitek lagi kat bawah..

Cherry blossom dia buat aku geram betul..

Watak the scheduler n Song Yi Kyung ni memang comey n klakar..kitario..kitario..


Moralnya, Jangan sangka orang yang rapat dengan kita betul2 jujur..Jangan sangka orang yang acuh tak acuh layan kita tak sayang kita..Jangan sangka orang yang periang takde masalah..Jangan sangka pendiam itu tidak berisi.Jangan sangka pakaian selekeh takde duit..Jangan sangka pakai smart2 tu poket tebal..Hutang berlambak korang tak tahu..Renung-renungkan..Mana yang baik korang amiklah, yang buruk tu buang dalam tong sampah oke^^

nasi tambah : wahhhh, tak sabar nak puasa..kat sini time berbuka dorang tembak meriam..yeke meriam..haha..entahlah, tp bunyi memang kuatlah..mmg melatah dulu sebelum berbuka sebab terkejut..hehe...
Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, July 16, 2011

BISNES FUTSAL LUMAYAN KOT

ASSALAMUALAIKUM N HAI..
Dalam entry lepas aku ada cakap nak gi layan futsal kan..Jangan salah faham, tak main pun. Macam biasa la aku ni layak jadi MAKCIK SORAK dan MAKCIK POYO jer..Aku ngan roommate aku kan bajet pengurus sukan..Tournament kali ni anjuran MAKSAK..MAKSAK stand for MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN yang berlangsung dari 14 - 16 JULAI..Dorang main kat stadium negeri..Yang peliknya kenapa takde wakil dari jabatan aku?Dorang tak tahu ke apa?Sebenarnya aku pun baru tahu hari Khamis tu, mentang2lah opis kitorang bukan dalam wisma dah maka berita tak sampai yer..Inilah pentingnya kalau ada wartawan sukan macam aku ni..haha..So aku pergi support team opis roommate aku jelah..hoho...Nah..layan gambar..Sesungguhnya takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..








Macam biasa, suka betul amik video..Sebabnya aku tak guna flash untuk amik gambar, takut mengganggu pandangan mata dorang,tu yang blur je..So, tengok video lebih real kot..Kalau nak layan, klik jelah yer kat bawah ni^^



ATAU KLIK SINI

Keputusannya, KALAH SEKALI, SERI SEKALI dan MENANG SEKALI..Kedudukan tak tahu nombor berapa sebab hari sabtu aku tak tengok sebab pergi opis..Apapun best jugak buat sukan camni, leh kenal staf2 dari jabatan lain..Nanti boleh buat friendly match pulak kan..

Tukar topik jap..Pada pandangan akulah kan, bisnes futsal ni lumayan jugak..Kalau kat sini yang HAZLAN tu punya memang famous..Bayangkan beliau ada dalam 4@5 gelanggang.. 1 gelanggang bayar RM110 untuk sejam..Amik contoh main untuk malam je, start pukul 8-12malam dah 4 jam.. 4jam x RM110 = RM440.. RM440 x 30hari = RM13,200 beb! Tu amik time malam je..Perghhhh...Lumayan gila tu..Dapat buat 2 gelanggang tu  pun dah cukup masyukkk dah..Cuma kena ada TANAH dan MODAL la untuk buat..(cuma?!)Nak kata kena upah pekerja ramai2, tak perlu kot..Nak best lagi, bukak kedai runcit sekali..Memang laku punya..Dah lama fikir sebenarnya, macam best pulak buat bisnes futsal ni..Nak blogging pun rasa heaven je..Ada sape2 sudi bagi tanah tak?hehe..Ada nanti cakap nak bagi tanah kubur kat aku..

nasi tambah : jiran sebelah aku ni asyik merungut je keje banyak masyukkk..Apedaaa..Tak tahu ke keje ni 1 ibadat?Tak faham betul orang yang banyak merungut ni..Tak tahan, buat bisnes sendiri..kamulah bos, kamulah kuli..Asyik merungut je..Nak nasihat pun, umur dah subsidi..
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, July 14, 2011

HARI MINGGU DATANG LAGI...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Tak tahulah kenapa rasa minggu ni minggu yang sangat penat..Entry update tapi tak sempat nak bw sangat..Bila tak bw, tak ramailah yang menempek kat sini.Sob..sob..Tapi kan, bibik ni macam baik jer ni, setakat ni tak putus lagi ni..Bibik ku sayang jangan pengsan2 yer..Sila berkelakuan baik..Takde apa nak cakap sebenarnya ni..Ingat nak rehat je minggu ni, tapi ada kemungkinan pergi opis kot hari minggu ni..Tengok kerajinan dulu..heee...Apapun, nak pergi layan FUTSAL jap lagi..Cuci mata..haha..sape nak ikut???Nanti balik kang aku BW oke, kalo bibik ni baiklah..doa2lah yer..hee

Lukis pun nampak bulat jugak..Dah memang bulat kan..

Perasan tak dah lama aku tak melukis dalam entry?Yang tendang menara celcom tu tak kira, time tu mood tak stabil..heee...Sebenarnya aku rindu nak melukis tapi tak sempat dan takde idea..So, petang tadi sambil layan dikir barat aku melukis..Yeke ko layan dikir barat dla?Macam tak je..Eh tapi time sekolah dulu suka dengar budak lelaki berdikir..Ni apehal topik berdikir lak ni..Dah dah, baik ko pergi berzikir la dla..OKBAI !!! ENJOY UR WEEKEND YA^^ 

nasi tambah : CIK FATIN-CHAN..harap bersabar taw..projek tu dla tengah buat..InsyaAllah dalam 2,3 hari boleh siap kot kalau xde gangguanlah^^
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, July 13, 2011

BARANG BAIK - T-SHIRT BLOGGER

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Kena berlakon excited ni..haha..Sebabnya barang baik ni dah lama sangat sebenarnya dapat..Sekarang baru nak kecoh ke mek dla weh? Tak kiralah, lambat pun nak kecoh jugak..Sebenarnya aku kena lapor diri bila T-Shirt ni dah sampai kat empunya blog tapi sampai sekarang aku tak bagitahu pun dah sampai..Biasalah, aku memang slow pun -.-'

T-shirt blogger yang ohsemmm ni aku beli kat BLOGGER CREW [klik untuk melihat magic]..Aku ni memang pantang kalau ada jual t-shirt nak2 berkaitan dengan dunia blogger..Konon nak nampak macam blogger tegar yang kental la padahal suam2 kuku jer..Kembang je hidung bila ada t-shirt blogger ni rasa macam dah disahkan jawatan sebagai blogger jer..Sungguh koya lalu hidung ini menggebah dengan jayanya..Tak faham maksud hidung gebah?Sila tanya SIS HANIS..heeee...Oke, masa untuk menunjuk-nunjuk pulak..Cakap banyak pun tak guna kalau tak ada bukti..Mempersembahkannnn...

Dah macam Julius Caesar punya quotes lak, lain sikit je..Inilah GBC yang aku kecoh-kecoh aritu..Ooo..tak ingat ya..Takpelah..


Model bersama motosikal YAMAHA ntah berapa cc..haha..Model?Please lah dla..


Kenapa aku aku suka t-shirt tak macam girls yang lain suka dress cantik2? Aku kan pemain badminton yang amatur kononnya, so t-shirt tu selalu beli la..Takkan nak pakai blouse kot time main badminton..Agak2 rrr der nak melawa pun.


Itu dia gaya budak excited dapat baju baru..Pasti bergaya ketika bermain nanti..Maafkan saya kalau over -.-'

Kain dia memang tebal dan yang penting kaler HITAM ! Dengan memakai baju berwarna hitam secara tak langsung membuatkan aku kelihatan lebih selim..Magic betul!Oke, sekian sahaja segmen menunjuk-nunjuk pada kali ini..

nasi tambah : sebenarnya aku frust bila kursus yang aku apply tak dapat..Tahun ni tak pergi langsung lagi kursus..Markah tu pergi kursus..Geram sebab ketiga-tiga kursus untuk tahun ni aku tak berjaya dapat..Nanti cakap aku tak apply pulak.So, aku tak salah dalam hal ni, jangan nanti markah aku sikit sebab tak cukup kursus lak..Makcik fire nanti.Nasib baik petang semalam ada training badminton..Boleh aku lepaskan ketensenan dengan memukul shuttle sekuat hati..heh..Sebenarnya aku nak gila2 pergi kursus tu tapi nak wat camne, takde rezeki leteww..Kena terima la walaupun sentap sikit...
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, July 12, 2011

KECUAIAN STAF HOSPITAL DAN TAKDIR

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Masa dalam feri kat jeti Pulau Langkawi aritu kebetulan ada 2 orang pesakit yang kena transfer dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah..Kebetulan lagi aku duduk tepi tingkap, laju je aku amik gambar..Jakun tak?Actually aku tak tahu prosedur nak tukar hospital kena guna feri jugak..Disebabkan dipengaruhi cerita2 mat salleh macam E.R, Grey's Anatomy, House tak pun paling koman cerita Scrubs [doktor paling lawak], aku tengok macam senang je pengangkutan yang bernama helikopter nak dapat so aku bajet kalau ada kes emergency kat pulau2, mesti guna helikopter.

Ada putih2 sebab aku dalam feri ni..Ni kira dah bersih sikit berbanding feri masa pergi, berkerak.Eh, hensem pulak abang baju putih yang berdiri tu..hehe

Kes yang ni agak tenat kot..Sila bertabah

Nak je pergi tanya, kenapa tak guna helikopter? Jenuh jugak kot nak sampai Kuala Kedah tu, mahu dekat 2JAM..Yang sihat pun rasa bosan gila dok dalam feri.Aku fikir2, mestilah kena bayar kalau nak guna helikopter kan..Takkan free kot..Naik ambulans pun kena bayar kan?Kalau salah, bagitahu..So, pilihan yang mudah dan murah, kena guna feri jelah..Kesian jugak tengok, sakit apa tak tahulah pulak..Terasa jugak nak gi tanya, tiba2 menyibuk, dahla orang di saat2 genting..Tapi aku memang macam ni..Kalau pergi hospital, aku suka baca REPORT pesakit walaupun tak faham sangat pun..

Disebabkan habit tu, ada sekali tu aku pergi melawat kawan kat hospital. Macam biasa, aku bacalah report dia..Then, tetiba aku rasa macam faham apa yang doktor tu tulis, aku tanyalah kawan aku yang kena tahan wad sebab sakit perut katanya.."Eh, ko ada masalah air kencing ke?Ubat yang dia bagi macam untuk air kencing kotor jer?" Kawan aku pulak menafikan, dia cakap dapat ubat putih yang berangin tu je, alaa ubat gastrik tuuu..Aku pulak macam kurasakan something wrong sebab aku pernah ada masalah air kencing kotor dulu dan aku ingat nama ubat tu..So, aku check lagi rupa2nya korang tahu tak REPORT tu tertukar dengan patient sebelah kawan aku tu..Camne aku tahu? NAMA PATIENT jelas2 bukan nama kawan aku..Apa yang korang dapat simpulkan?Sedikit kecuaian boleh membunuh pesakit..Macam kes yang tersalah inject ubat kat bayi di HRPZ II,Kota Bharu tu yang menyebabkan salur darah tersumbat dan sel2 akan mati atau mungkin jugak pesakit alah kepada certain2 ubat..Bila sel2 dah mati, terpaksalah diamputasikan tangan bayi tu. Sedih bukan?Kecuaian kakitangan hospital dan takdir Allah yang harus diterima. Nak salahkan hospital 100% tak boleh jugak..Bukan dorang sengaja, tak ada hadiah yang terbaik untuk dorang bila pesakitnya sembuh dan boleh keluar hospital. Apapun, harap mereka belajar dari kesilapan itu dan semoga keluarga mangsa tabah atau sepatutnya semoga bayi itu membesar dengan menjadi insan yang cekal.


nasi tambah : harini dysmenorrhea tapi tak kira nak main jugak badminton petang ni..Nanti bulan puasa kena cuti sebulan, tak boleh main dah.

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, July 10, 2011

ALAHAI...LEMAH BETUL

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Kehadapan kekasih gelapku yang dirindui selalu..Kita sayang betul dengan cinta hati, paru2 kita ni..Tapi, saya perasan awak nampak lemah sangat, paling saya risau awak selalu pengsan..Kenapa ni awak?Awak ada penyakit ke??Awak pergilah jumpa doktor..Alaaa, awak kan kaya, takkan takde doktor peribadi kot..Mustahillah..Atau nak saya tolong ubatkan penyakit awak ni..Boleh, jangan tanjat boboy pulak nanti kalau saya bagi ubat..Haa..ni makan dia..

Dush..dush..nah amik ubat ni..biasa dia

Sebelum makcik pergi taekwondo menara encik, baik upgrade sekarang..ahaha, bajet kuat dan bajet dorang bacalah blog aku ni..tapi kalau baca, saya ikhlas ni tahu, kalau taknak pelanggan lari baik upgrade kasi kebal sikit..Seriously berat nanang bak kate orang terengganu..Ya..saya bercakap dengan kamu ENCIK CELCOM !!! INI SERIUS ya!!

Dahlah terlebih sopan santun, guna 2minit, padam, connect balik, 2minit jadi, kemudian kiok balik...Nak kata dah limit, banyak lagi kosong.Comel betul perangai awak akhir2 ni..Saja je kan nak test api kemarahan  kita ini...Tahulah awak pemes amos, ramai suka dengan awak sekarang ni, tapi upgradelah sikit..orang bayar tahu, kang kita tukar pakai jenama lain kang..Orang kata kalau sayang, tinggal-tinggalkan..memang nak kene tinggal ni..Kalau bukan sebab duduk rumah sewa memang aku langgan dah produk lain, tapi memandangkan duduk berpindah randah ni maka yang terbaik kena langgan broadband la..Ni belum musim raya lagi ni, dah selow mengalahkan siput ni apehal weh?? Slow tu boleh accept lagi tapi asyik putus cinta je, mana tahan asyik disconnected memanjang.

Nak try pakai P1, kat kampung takde line pulak..Bajet time hujung minggu ni nak menggigihkan diri la sikit, time keje bagi alasan busybody pulak kan..Tak sporting betul lerr..Patutnya entry ni publish pukul 1pagi tadi tapi tak sempat dah pengsan..nasib baik arini keje.Ni yang suka pegi opis ni.Ahaaa..Errr..korang ada alami camni tak?Maksud saya, asyik putus cinta tu..meh kita gossip meh...

*berat nanang = teruk betul

nasi tambah : dah ada teknologi, mestilah nak guna kan..tapi jangan sampai salah guna teknologi pulak kan...tak mau..takmau..
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥