APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Thursday, June 30, 2011

SIPUT MAIL, CINDERELLA DAN HANA TAJIMA

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Sepanjang berkampung di Langkawi ni banyak masa dihabiskan melayan SIPUT MAIL, CINDERELLA dan HANA TAJIMA...Aktiviti jalan2 ada tapi tak banyak sangat sebab tujuan sebenar pun nak tengok HANA TAJIMA..Ingin tahu lebih lanjut tentang mereka???Mempersembahkan...

1 - SIPUT MAIL
Beliau merupakan penggodam terbusy lappy maksu la..Hobi beliau adalah bermain game SNAIL MAIL tetapi telah dimelayukan oleh beliau menjadi nama SIPUT MAIL..MAIL sebutan macam nama MAIL LAMBUNG itu..Baju sekolah tak salin pun lagi dah mengadap sampai kayak gitu sekali ya kamu...yelah, lappy maksula je ada game siput..Asal nampak muka maksula je mesti ingat game siput.Apa yang best sangat tak tahulah, scary je main game tu sebab asek jatuh nanti aku ada buat video game siput kat bawah..Budak2 suka sangat main..

2 - CINDERELLA
Ini perempuan bajet CINDERELLA sebab suka melawa tak kira time..Baju tu dipakai semata-mata nak tunjuk kat maksula dia dan haruslah maksula menjadi poyographer beliau..Pose gini, pose gitu..Layan jelah maksula oiii...


3 - HANA TAJIMA
Hahahaha...Hana Tajima kunun..bedak sejuk penuh tepek kat muka..Kecik2 dah dipergunakan..Sape lagi kalau bukan maksulanya..Maksulanya nak pakai cam beliau rasa macam tak berminat maka anak buahnya menjadi mangsa..

Mereka adalah antara manusia kesayangan saya di Langkawi..muah..muah..muah..Esok dah nak balik dah..Srottt..srott...takpe, nanti raya boleh la jumpa lagi yep..Maaflah kalau sepanjang minggu ni entry pasal family je..Nak melukis pun tak ada masa sebab siput mail tengah hot sekarang ni..bagi can jelah kat depa, bukan selalu dapat jumpa depa ni..Nah, layan video SIPUT MAIL kat bawah@klik SINI.Memang bakal penggodam!



nasi tambah : tak bleh blah betul bila berus gigi aku sama dengan abang ipar..Aku pulak tak perasan letak sekali dengan yang beliau punya..haaa sudahh..terus konpius yang mana 1.Harap2 aku amik yang betul aku punyalah sebab aku rasa aku punya baru sikit..heee...Eh,korang nak daim tak ni?
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, June 27, 2011

LANGKAWI - SEKARANG

ASSALAMALAIKUM N HAI...
Entry pendek je sebab kepala ting tong sangat2 dah ni..Just nak bagitahu yang saya dah selamat sampai kat kampung Yuyu Zulaikha ni..nak jugak selit nama orang tengah hot sekarang ni..Ouhh,tambang feri dah naik ye..Yelah, dah 4 tahun dah tak pergi Langkawi ni..Pagi ni baru naik feri kat Kuala Kedah sebab tak sempat petang semalam so transit dekat Jitra dulu, duduk hotel kejap..Hotel free je..haha..Bapak mertua akak yang punya, maka duduk free je..Heheh..Jimat..jimat..

Minah ni memang tengah ting tong..dah lama tak naik feri terus jadi kayak gitu..


Sape nak cekelat DAIM??? Cepat cakap saya comel, kiut lagi muda sweet 17..hahaha..Kalau terer dan hebat hah try suaikenal gambar di atas dengan gambar mata di bawah baru dapat cekelat daim..




Takdelah, makcik gurau je akak2, abang2, adik2 sekalian...Mahu juling mata korang mengendap nanti semata-mata cekelat daim.InsyaAllah, tunggu dan lihat jelah nanti ye..Makcik tak suka berjanji, kalau ada rezeki untuk korang adalah nanti sampai plastik cekelat daim..Sekarang mahu berehat kejap, nanti2lah saya melawat rumah korang ya..Adios amigos !!


Mahu tidur seperti snow white

nasi tambah : pagi tadi breakfast NASI LEMAK AYAM 60SEN kat JITRA..murah betul makanan kat situ..
Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, June 25, 2011

LANGKAWI - 4 TAHUN LALU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Disebabkan mood nak pergi holiday esok, maka kenangan masa 1st time pergi Langkawi 4 tahun yang lepas tiba2 terapung-apung je atas kepala tanda cuba recall momen2 indah itu..Sumpah best dan adventure serta boleh dijadikan iktibar!!Kenapa??Kenalah baca sampai habis..Sekarang nak test power ingatan aku, so dengan sengaja buat entry pasal ni..

Aku plan dengan MAMA DISHA je, masa tu beliau tak kawen lagi dan aku pun keje dekat dengan kampung je maka aku sangat jarang pergi bercuti ni..Kemudian mama disha la yang plan nak pergi Langkawi sebab beliau pernah pergi sekali dan rasa tak puas..Actually MY SIS stay kat Langkawi maka kitorang takyah pening2 fikir pasal hotel ke, chalet ke..

Disebabkan mama disha kat KL, aku kat Kelantan so, kitorang bertolak asing2 dan bakal berjumpa di JETI KUALA PERLIS..Actually aku tak tahu rupa bentuk jeti K.Perlis tu camne, kira gamble jelah ni..Masa dalam bas, aku dok busy sms dengan mama disha dan sis, sampai habis bateri henpon so, aku layan tidur tanpa aku sedari henpon yang lagi 1 pun dah abis bateri..Sampailah kat Jeti baru aku perasan yang kedua-dua henpon[sgt kaya dgn henpon time ni sebab aku keje kat kedai henpon time tu] aku dah abis bateri..So, aku tercari-carilah mama disha tu sampailah ada pakcik datang tanya aku cari kawan ke? rupa-rupanya mama disha dah kecoh2 kat pakcik2 taxi yang dia tunggu kawan yang lost contact tu..Bukan tu aje, siap dah report ngan my sis lagi yang beliau takleh kol aku, takut jugaklah jadi apa2 kan..Masa jumpa dah bising la beliau, sbb tak charge bateri hp penuh2, dahla bas beliau sampai awal..Hikkk.. Tips 1--->pastikan hp bateri penuh ya kawan2..

Paling best bila abang ipar bagi guna kereta dia tuk pergi jalan2 kat sekitar Langkawi..Abang ipar pergi keje naik motor je, kitorang suka hatilah tak payah pening fikir pasal transport..Hari pertama tu pergi melawat MAKAM MAHSURI, BERAS TERBAKAR dan shopping jelah..Masa tu sis and anak2 buah aku follow sekali..Part shopping paling heaven ye kawan2..

Hari kedua kitorang pergi berdua je, sampai menangis-nangis dah anak buah aku nak ikut..Bukan taknak bawak tapi sebab nak pergi naik CABLE CAR risau jugak bawak budak ni, time tu memang tengah aktif yang amat lak tu..Tapi kelakar jugak budak ni, masa menangis nak ikut tu sampai satu tahap bila dia dah tahu memang takleh ikut siap cakap, ASSALAMUALAIKUM sambil menangis..redha la tu gamaknye -.-'. Naik cable car, serius aku berlagak cool masa naik, padahal nervous jugak weh..hehe..

Masa dalam feri otw ke Langkawi, mama disha cakap ada amik trip JELAJAH PULAU siap bayar deposit tuk aku sekali dah..Wahhh, aku macam terkejut jugaklah sebab takut kena tipu..Yang ni pun kitorang berdua jelah, sis pun macam terkejut jugaklah sebab dia pun x pernah lagi amik trip jelajah pulau ni..Dalam hati memang berdoa hope tak kena tipu..Paling takut, buatnya kitorang kena bawak lari camne?Mula fikir benda2 negatif.Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan aku rasa tu antara momen yang paling best dan adventure..Jelajah pulau2 tu buat hari tu seolah-olah hari terpanjang dalam hidup aku..Perghhh..Best naik boat, pecut laju2, dilambung ombak2 yang ganas..Tapi mulut tak berhenti mengucap okeh..Guide yang bawak kitorang pun baik dan peramah, siap selamba mintak aku tolong pegang henpon dia lagi masa dia nak berenang, sporting dan cool sangat2..*Abang kalau baca blog saya, ingat lagi tak saya??hahaha..

Dalam trip jelajah pulau tu, kitorang pergi TASIK DAYANG BUNTING, BERAS BASAH ISLAND, PULAU KENTUT BESAR[hahaha..tapi rasanya dah tukar nama kot] dan pergi tempat EAGLES FEEDING..Aktiviti masa kat Tasik Dayang Bunting tu aku rendam2 kaki je, tak mandi pun sebab rasa cam tak yakin walaupun pakai life jacket..Aku kan perenang handalan ekonomi..Tapi otw nak sampai tasik tu boleh tahan gak lenguh kaki. Tips ke2 ---> itu pentingnya senaman secara teratur ye anak2 sekalian supaya kaki anda gagah sewaktu mendaki..*Huh, tu tak daki gunung Kinabalu lagi tu.

Paling tak boleh blah masa kat PULAU BERAS BASAH..Dahlah berendam sorang2 je, si mama disha ni taknak mandi la pulak.Aku tak tahan tengok air dia cantik sangat, tak kisahla sorang pun..Kemudian abang tu datang tanya nak naik BANANA BOAT tak??Kisah banana boat ni aku pernah cerita kat SINI dengan panjang lebar lagi..Dipendekkan kat sini, aku tak pernah naik pun lagi sebenarnya banana boat ni dan tak tahu nanti bila sampai sampai tengah2 laut dorang akan terbalikkan boat..Maka berhempas pulas la aku dan semua berenang ke tebing..Tak reti berenang lak tu, sabo jerlah.Dahla mama disha taknak naik, terpaksalah aku buat2 selamba naik dengan orang lain. Tips ke3 ---> Walaupun kau tak pandai berenang pelis jangan panik oke, ada life jacket pun boleh lemas jugak kalau gila gelabah taw.Dah, meh layan gambar old skool neh, thanx friendster, naseb bek tak terminate lagi akaun FS.

Tolonglah amik budak ni jadi model signboard..kehendak betul nampaknya...


Inilah banana boat yang dinaiki oleh perempuan noob..dahla buat muka tak malu..


@tasik dayang bunting..Orang cakap kalau mandi kat sini InsyaAllah boleh pregnant sebab tu aku tak mandi..hahaha..main2 je, jgn serius kamu2.

Yang paling aku tak boleh lupa masa nak balik, naik bas kat Kuala Perlis tu, sukahati sangat naik bas terus duduk..Tiba-tiba datang sorang perempuan cakap yang aku duduk tempat dia..Aikkk?!Camne leh sama no.kerusi ni?? Mama disha dah selamat naik bas dah, kalau aku turun nak pergi mana??sebabnya, tiket aku tu abang ipar yang beli dekat agen tiket di Langkawi..perempuan tu pulak memang tiket ori so, tak payah nak pergi berebutlah memang kalah punya..Tapi Alhamdulillah la yang driver tu boleh tolerate lagi, dia bagi jugak aku naik..Tapi takde seat kosong maka terpaksalah aku duduk atas lantai tanpa bersandar selama hampir 8-10 jam kot..tapi disebabkan mood aku tengah baik dan happy aku tak rasa sedih ke, nak nangis ke walaupun time tu sempat berangan, takde ke abang2 macho yang baik hati bagi aku duduk..Huk alohhh, ini bukan drama korea la makcik, nak bagi orang tua duduk pun berkira apatah lagi aku yang muda lagi handalan ekonomi ni..maka, tahan jelah sampai sakit belakang ni, mengantuk pun terpaksa tahan tapi takpelah, pengalaman tu beb..Tips ke4 ---> jangan beli tiket dengan agen, kalau nak beli kena make sure yang dorang fax tiket tu kalau tak jadilah macam aku tu..Wahhh, panjangnya entry...Lariiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!

Maaflah..tak sempat kaler pun

nasi tambah : Aku suka betul SEPAH yang menang...Lawak melayu yang best..Penuh pengajaran dan nasihat..paling takleh blah siap DAFI pun muncul gak..Baik punya!! pepun, tahniah sume..JOZAN pun best jugak..memang SEPAH dan JOZAN terbest !!! NABIL biasa je tapi aku suka dia nyanyi LAGU MALAS tu..heeee..JAMBU macam biasalah memang jambu dan merapu..
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, June 23, 2011

THE LAZY SONG + MY LAZY DAY

ASSALAMUALAIKUM N HAI...

Mood asyik nak nyanyi lagu "The Lazy Song" je..Dinding punya pasal la ni..Eeee, suka salahkan dinding yang tak bersalah tu tapi nampaknya staff pulak yang terlebih sakit..Sakit apa, sakit MALAS..hahaha..Maka aku pun buatlah busy sana sini, dinding menjadi mangsa cik camera..Siap bervideo bagai naseb tak buat interview je..Nak buat camne, dinding tu dah sakit sangat2 dah, kena la bagi ubat kan..Umpama kalau kulit dah menggelupas, mestilah nak taruk lotion kan, macam tulah jugak dengan dinding ni...Nak2 kalau hujan turun makin teruk penyakit dia tu..kesian tengok..So, sementara masih boleh diubati ni kita panggil la doktor dinding datang repair..Sakit kot kena gerudi sana sini..Telinga pun sakit gak kot tapi demi kesejahteraan bersama kita redha lah ye ^^ So, saya isytiharkan minggu ini adalah minggu malas kitorang..

Tengoklah rupa beliau ni, kesian betul...

Walaupun dah macam tongkang pecah, kerja tetap masuk beb..tak boleh dijadikan alasan..
Menunjukkan bakat terpendam mengangkat kerusi..

Actually harini last aku kerja minggu ni..Next week aku bakal bercuti selama SEMINGGU..Harap maklum, sila jangan jeles..Sebab tu tak sempat nak BW sangat ni, nak siapkan kerja sebelum bercuti walaupun penyakit malas datang tapi kerja kena siap jugak..Layanlah video MALAS[<-- atau klik] kat bawah ni..



InsyaAllah kalau line internet kat sana oke, aku akan online..Actually makcik nak pergi bertapa kat PULAU LANGKAWI..Dapat je gaji, dan2 pergi bercuti kamu ye..Errr...Nantilah kita cerciter kendian ye..Oke, jumpe lagi nanti..Buat kengkawan di opis, sila jangan bermalas-malasan oke..chill^^ Yibba yibba andre andre...Doakan semoga saya selamat sampai dan selamat pulang ya..Okbai !

nasi tambah : tak lame dah weh nak puasa..cepat ganti puasa mana yang tak habis lagi tu..
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, June 22, 2011

SUNYI = MATI

ASSALAMUALAIKUM N HAI...


AKU SUNYI BILA FAMILY AKU JAUH...


AKU SUNYI BILA ROOMMATE AKU TAKDE SEMINGGU...

AKU SUNYI BILA AKU TERPAKSA GELAK SORANG2 KETIKA MENONTON TV...

AKU SUNYI BILA INTERNET BUAT HAL...

AKU SUNYI BILA DI OFIS, AKU SORANG JE PEREMPUAN...

AKU SUNYI...SUNYI...SUNYI SANGAT2...

AKU INGIN BINGAR..

AKU MAHU DI PASAR...

aku mahu suami..eh! :P

ouh..dagu sudah mahu berlapis nampaknya..bajet sedihla ni..kemon...

TAPIIIIIIIIIIIII.....

LAGI SUNYI BILA AJAL MENJEMPUT...

LAGI GELAP SUASANA DI SANA...

KAU TERBUJUR KAKU SEORANG DIRI DI RUANG SANA...

TIADA LAGI SUARA2 YANG KAU SAYANG MEMANGGIL...

HANYA DITEMANI MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR YANG TIDAK HENTI2 MENYOAL SEGALA APA YANG KAU BUAT KETIKA HIDUP DI DUNIA...


CUKUPLAH...JANGAN MENGELUH LAGI...

Bersediakah kita untuk tinggal di rumah yang sempit dan gelap ini?jawapan aku belum bersedia tapi kau ingat bila sampai masanya kau boleh mintak tangguh?errr, datang bulan depan boleh, amal tak cukup lagi ni...thanx...



nasi tambah : entry ini ditujukan untuk diri aku yang memang sunyi semalam supaya aku tidak terus mengeluh..YA..KADANG2 AKU MENGELUH walaupun aku tahu TAK BOLEH mengeluh..kemon dla..kerja banyak kot nak kena setel..Tapi serius semalam aku teringat akan KEMATIAN..Yaaa, bila aku sunyi, cara aku MOTIVATE diri ialah dengan mengingati KEMATIAN, ketika itu lagi sunyi dan menakutkan so aku akan cepat sedar diri, insaf dan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada..Bersyukurlah yang kau sihat, bersyukurlah yang kau masih boleh makan nasi tanpa menggunakan wayar, bersyukurlah kau boleh main badminton lagi, bersyukurlah kau punya family lagi..bersyukurlah..tolong bersyukur..sudah2lah mengeluh.. sudah2lah merungut.. dah, pergi buat kerja sebelum kau dikerjakan bos !! *Baekkk...
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, June 20, 2011

JOM MELUKIS GUNA PAINT TOOL SAI PULAK..

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Harini nak share benda yang sangat awesome..Heheh..Maybe ada yang tahu, aku je yang lambat tahu tapi dah teruja tahap gaban ni kena share dengan korang..Aku rasa ramai yang minat melukis tapi blur tak tahu nak guna software apa..Sebelum ini aku pernah share TUTORIAL MELUKIS GUNA PHOTOSCAPE kan...Seriously selama ni memang aku guna yang tu je tapi kadang2 aku pelik yang guna paint boleh lukis lawa2..Paint cap apa dorang guna sebenarnya??So, pagi2 lagi aku saje search PAINT SOFTWARE sebelum start buat kerja dan terjumpalah software PAINT TOOL SAI..

Dengan blur2 tak tahu nak guna aku cari tutorial kat YOUTUBE..Tapi try2lah jugak godek2 sendiri sebab tak sempat nak study dengan amat serius lagi...Ini kartun pertama aku guna Paint tool sai yang awesome..Awesome bagi aku sebab aku rasa senang sikit nak control mouse dan banyak tool2 yang hebat dalam tu bagi memudahkan korang melukis..


My first drawing using PAINT TOOL SAI..Not bad la kan..ni amik masa
kejap je ni sebab dah hiperbola sangat nak menconteng..

Dalam kepala dok fikir bestnya kalau ada graphic tablet, wacom sume tu..Tapi takpe, yang tu nanti2lah beli..Sekarang ni banyak benda lain lagi yang lebih penting..Sedapkan hati..hee...Patutlah dorang punya drawing cun semacam, guna software ni rupanya..Ingatkan PAINT yang biasa2 tu..nak2 pulak kalau ada graphic tablet lagilah cun..Siapa yang nak try melukis guna software ni meh download kat SINI dulu..Dah download meh layan video tutorial kat bawah ni pulak sebab yang sebenarnya aku sendiri pun masih blur nak guna benda ni..



hope video ni dapat membantu korang^^


comey kan kartun dia^^

Dorang ni dah tahap PHD dah melukis..Aku ni just melukis suka2 je, aku melukis bukan untuk dipuji ke apa tapi melalui lukisan kita boleh sampaikan sesuatu cerita dengan lebih kreatif, kadang2 boring jugak kan kalau takde gambar ni,dahla aku tak pandai buat cerita pastu selalu curi gambar dari pakcik google pulak..Okelah, SELAMAT MELUKIS semua.Have fun ya^^

nasi tambah : dulu aku nak study kat THE ONE ACADEMY tapi dia punya yuran tu buat aku dan mak ayah darah tinggi nengoknya..

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, June 19, 2011

LIN DAN KENA BOO..PADAN MUKA..HAHA..

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Tak tahan..Nak update jugak[ehsan bibik sekom my housemate<--semangat betul aku ni kan]. Kamu ni LIN DAN dah berapa kali makcik pesan..Perangai tu senonoh sikit..Kan dah kena boo..Suka bagi alasan macam-macam..Nampak macam tak sakit pun..Ni bukan kali pertama beliau bagi KEMENANGAN PERCUMA pada pihak lawan..Nak2 kalau final jumpa dengan rakan senegara memang saja je bagi..Yang kamu ni emo kenapa dyla??Biarlah dia...Dia dah boring kot selalu menang..Tak pun sebab Lee Chong Wei tak main beliau rasa kehilangan semangat untuk mengattack habis-habisan..


Lantak kau lah Lin Dan tapi kesian tengok kawan2 kamu yang jadi mangsa jugak..Tak pasal2 yang lain pun kena boo..Jelas sangat masa regu wanita CHINA vs KOREA..Lin Dan..Lin Dan..sakit perutlah..senpin lah..Pang kanggg! kamu tahu tak penonton ramai nak tengok kamu main, kamu main2 pulak cakap taknak main..Di mana sifat kesopanan dan ketatasusilaan kamu sebagai pemain dunia??Boooooo...Boooooo...Boooooo...






Yelah tu Lin Dan wehhhh..jangan buat perangai macam ni lagi..Makcik tak suka betul..Tapi, nasib baik ada match badminton, takdelah bosan sangat hari minggu makcik..Tapi sayang, Malaysia tak hantar Koo/Tan dan LCW tuk main kali ni, maka player Malaysia kalah awal2 lagi..huhu..

*Cer try klik SINI..LIN DAN PAKAI BAJU MELAYU, siap BERSONGKOK lagi^^

nasi tambah : best jugak cuti hari Ahad..yang tak bestnya bibik ni siput sedut betul..Grrrrr...Ni yang tak sabar nak masuk opis ni..
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, June 17, 2011

CABARAN 3 HARI...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Barang yang lepas jangan dikenang bak kata SEPAH ML..Tapi jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran..Kita teruskan dengan cabaran yang baru yang bermula pada hari ini hingga hari AHAD. Terengganu kan dapat cuti pada hari Ahad sebab menang BOLA PIALA FA  dan  JUARA SUKMA..Tapi aku tak balik kampung, ada hal yang tak dapat dielakkan dan yang sedihnya aku HOME ALONE la minggu ni...Hukkkk...Bibik sekom macam biasalah, siput sedut..Kena buat sesuatu ni taknak bagi bosan..

Auwwww...cekcinyeeeee :P

 CABARAN PERTAMA : MEMBASUH BAJU
Banyak betul baju tak basuh rupanya..hakhak..sejak bibik melarikan diri saya terpaksa basuh sendiri..haha

CABARAN KEDUA : MASAK
Dah penat2 basuh baju mestilah lapar perut ni..

CABARAN KETIGA : MAKAN DAN MENONTON TV
Ini pun dikira cabaran ke??Cabaran marathon drama2 korea..hehe

CABARAN TERAKHIR : MEMBOLAN
Tidur sambil berharap dapat mimpi2 yang indah..hehe..susah betul cabaran ni..

Hahaha..Cabaranlah sangat..Sahaja aku buat entry yang ringan hari ni..Sudah2lah memberatkan kepala korang melayan entry hackers semalam..Jom layan hujung minggu pulak..HAVE A FUN-FILLED WEEKEND..OH YEAH !!

nasi tambah : esok ofis ada buat pertandingan memancing..tak tahulah pegi ke tak..orang lain sume bawak encek suami..segammlah saya T___T
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, June 16, 2011

DAH DAPAT BALIK BLOG..THANX HACKERS @ D3nY Cr3wZ ?

ASSALAMUALAIKUM N HAI..
Fuhhhhh..Malam yang cukup seram semalam..Tiba-tiba blog aku kene hack..Baru je pagi semalam baca pasal laman web Malaysia bakal digodam kat blog CIK AISH, tup2 tak sangka blog aku yang jarang2 aktif ni kene hacked by anonymous..Nasib baik tergerak hati nak check email via mobile..Aku biasa check kat henpon dulu email then baru on laptop..Tiba-tiba ada komen masuk tapi untuk entry H4cK3D By Anonymous ! Aik??Bila masa pulak aku buat entry semalam??? 

Dengan bibik sekom yang tahap kura2 aku gagahkan jua sebab kau hackers..Serius aku tak pernah berdepan dengan hackers ni so agak blur tak tahu nak buat apa..FACEBOOK aku yang dah berapa lama tak post status tu pun dia nak amik jugak tapi facebook aku boleh apply password baru cuma blog je akutakde idea nak buat camne..THANX UNTUK KORANG YANG BAGI SEMANGAT/CADANGAN SURUH EMAIL DENGAN HACKERS TU..Baca balik memang dia suruh contact dia kalau nak balik blog ni..Kalau dah tengah blur kan camtulah..Lepas beremail bagai, sementara tunggu respon, aku pergi makan nasi sebab USTAT JIJI pun suruh aku relax2 dulu..Nak berperang pun perut kena kenyang beb..

Lepas je makan, tengok kat email, ALHAMDULILLAH dah dapat balik blog ni..Huhu..Luckily la dia tak hack email aku..Aku tanya la kenapa sebabnya dia nak hack blog aku..Jawapannya...

PASSWORD TOO EASY !
Lebih malang lagi...
Facebook-same password.
google email -same password.
blog -same password.

Hamik kau!!!!  Lenkali letaklah birthday anak kucing ke, kambing ke barulah orang tak tahu..Bukan tu je, jangan letak DIGIT sahaja, letak sekali HURUF dan SIMBOL..Memanglah password aku senang, kategori lemah yang ampun tapi sebab bajet takde sape yang nak hack kan so aku pakai je mana yang ada siap semua sama lak tu..Padahal aku dah tengok ROOMMATE aku sendiri yang selalu FB dia kena hack dengan bekas pakwe dia, bajet aku ni terselamat..Bila dah kena macam ni barulah sibuk nak tukar password yang super strong..

Kalau korang mengalami situasi yang sama macam ni, NASIHAT saya tenang2 dulu..Kalau tak solat lagi, pergi solat dulu..Kemudian korang kena email dengan cik anon the hackers ni tapi jangan marah2..Cuba bertoleransi sebaik mungkin..Ikut apa yang diorang suruh buat, tukar password ke apa InsyaAllah dapat balik apa yang dorang amik tu..

Neway, thanx lah hackers, kalau tak memang aku takkan tukar password tu..Siap suruh aku promise lagi tukar password yang susah2..Aku pun tak tahu hackers ni siapa, tak mungkin kawan2 aku sebab tak ramai yang tahu pasal blog aku, kalau ada pun dorang tak aktif sangat tapi yang pasti dorang ni RAKYAT MALAYSIA ! Ingatkan mat saleh mana..Dah bagi balik tu siap cakap "Sorry if I scared you..have a nice day from our team..Chill".. Erkkk...APAKAH????


TERIMA KASIH SEMUA YANG BUAT ENTRY PASAL BLOG AKU KENA HACK JIJI YU, THE IZAT, FROGGIE [tu je yang tahu, kalau tertinggal, maaf ye], bukan sebab dorang kecoh tapi untuk warning kepada semua bloggers, PAKCIK yang tak putus2 bagi cadangan, aku tahu ada yang takut nak drop komen maybe takut kena hack jugak..Takpe, berjaga-jaga itu perlu..jangan risau, sekarang dah oke dah, mintak2 dorang ni tak datang serang dah..OK,TAKE CARE semua^^

nasi tambah : sayang jugak aku rupanya kat blog ni..Bukan apa, takut nanti acc kita disalahguna tak ke cari nahas tu namanya..

Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, June 15, 2011

H4cK3D By Anonymous

<<<Injecting>>>
 |||||||||||||||||||||||||||||||||||||97%
Not Secure
Password Too Easy
Don't worry, all data are safe
H4cK3D By Anonymous
Thanks too D3nY Cr3wZ
 email: myanonymous.my@gmail.com
contact us if you want back this blog.-Anonymous-

VoilĂ ! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villian by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition. The only verdict is vengence; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous.  Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it is my very good honor to meet you and you may call me V.


We are Anonymous
We do not forget.
We do not forgive.
We are legion.
Expect us
 
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, June 14, 2011

UMUR BERAPA? NAMPAK MASIH MUDA LAGI TUK BERKAHWIN...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Hari ini saya bakal mendedahkan rahsia paling besar..Heheh..Rahsialah sangat..Aku kan kalo buat entry gedik je buat ayat nak kahwin kan...Sebenarnya aku bukanlah gedik sangat nak fikir pasal kahwin ni..Tapi orang2 sekeliling yang busy dok tanya bila nak makan nasi minyak, dah jumpa "cik we" ke belum..Padahal aku anytime je kalo nak makan nasi minyak tu..Kat bawah opis ni banyak jual kot nasi minyak.Buat2 tak faham letewww..Naik rimas makcik ni taw..So, aku buat2lah sibuk nak cari jodoh..hahaha..Usaha perlu ada..


Persoalannya..Kenapa dorang ni begitu mengambil berat badan ye??Aku tahula badan aku dah semakin mengembang dengan pesatnya tapi takyahla tunjuk sangat..Sebenarnya dorang takkan tanya kalau dorang tak tahu umur kita sebenarnya berapa..tapi disebabkan pasukan rakan sebayaku rata-rata dah kahwin makan secara logikal akalnya aku pun harus menjejaki langkah2 mereka dengan segera..Kalau yang tak tahu umur aku berapa maka persoalan yang macam nilah yang akan keluar...


K.Anie Nagoya Textile tanya dalam entry INI..hehe..arigato gozaimas sebab cakap dla masih mude..Terblushing baca komen K.Anie ni..Errr, K.Anie carilah pakwe dari jepun tuk saya..hehe..Dapat ala2 muka TAKUYA KIMURA pun oke gak..hahahaha...Perasan nak mati!

Cakap banyaklah kau ni dla..Berapa umur kau sebenarnya ni??? Betul nak tahu ni??Dah tahu nanti janganlah panggil kakak lak..Panggil makcik takpe..heh..Sila tengok gambar rajah di bawah..Dah dapat jawab sila pendam dalam hati je taw^^


Amacam???Dapat jawab tak? soalan tambah tolak je tu..takdelah tua sangat tapi dah tersangat layak tuk  mendirikan masjid kan kan kan...

Habis tu dah tahu layak kenapa tak kahwin2 lagi??Ntahlah, susah nak jawab..Cuma masa zaman mengadap buku dulu banyak kalilah jugak reject kaum adam ni..konon nak concentrate study tapi result tak cun mana pun..sampai kena tegur dengan kawan2 sebab selalu sangat reject orang tu, orang ni..Nak kata MEMILIH well bagi aku kita memang kena pilih pun..Takkan senang2 je nak terima kan, tengok sekaranglah macam2 benda tak elok jadi cuma janganlah TERLALU MEMILIH sangat..Apapun aku percaya JODOH, PERTEMUAN dan MAUT di tangan TUHAN..Takkanlah sebab jodoh lambat kau nak sedih sepanjang masa..Rugi taw kalau asyik sedih ni.Tenang tenang aja loh! Asal jangan mudah putus asa dahla kan..

Ini DOC.FAHMI...Yang ni paling takleh blah..MY SIS curi2 snap masa tengah tunggu masa nak BERSALIN..Kecik la pic ni sis, blur! Konon nak kenen2 tuk adik dia la tapi lidah terkelu nak cakap..Kehkeh..Hensem sis cakap! Sabo jelah sis ni padahal adik dia yang kecoh2 suruh kirim salam kat encek2 doc kat situ..hahaha..eh, bukan maksudnya aku nak mamat dokter, sedar diri oke..saje je tu, aku kan selalu cakap bukan2..jangan lyn sgt

nasi tambah : dah kahwin sibuk tanya anak pulak kan..Dah ada anak sibuk tanya menantu pulak kan..Memang macam tulah kehidupan masyarakat^^
Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, June 12, 2011

SELAMAT...

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Alhamdulillah aku update juga walaupun tak dapat BW gila2 cam dulu..heeee....Alhamdulillah, MA n AYAH dah SELAMAT PULANG ke kampung halaman pada malam sabtu..Seronok sangat2 bersembang sampai kitorang tidur pukul 3@4 PAGI camtulah..Sampai rasa berat hati nak tinggal kampung..


Alhamdulillah umur my BFF dah bertambah hari ni..Jadi, umor beliau sekarang errrrr taknak bagitahula..hahaha..SELAMAT HARI ULANG TAHUN DEQ ROSS...Hope ko berjaya berjaya di dunia dan di akhirat..Amin <---ucapan sama dengan SMS aku send kat beliau..hahaha..Rindu kau banyak2 weh..Bile kita nak pergi holiday sama2 lagi???Sebagai seorang gadis bujang, menumpang kawan2 pergi holiday jerlah mampu wehhh..Naseb ahh FARID ko sporting..hik.


Time ni masa jalan2 kat TELUK CHEMPEDAK..siap pegang tangan lagi tu..hehe

Aku dah berkawan dengan beliau ni dah lama, dah 11 TAHUN kot..Walaupun beliau sekarang kerja kat SHAH ALAM n aku kerja kat Terengganu...Arghhhh ganu menang wehhhh..Tidakkkk !!! Tetiba aku rasa takmboh gi keje hari ni sebab takut kena boo..Tekanang!Tekanang!Berat nanang ngguh, dang lagi last saat score..own goal pulok tuh...Gol yang paling kejam!Si APEX lakk arghhhhh...kawang dokleh terime kekalahang itu..Itulah orang kata dah takde rezeki, bila kalah bermakna dorang kena bersungguh-sungguh lagi lain kali dan jangan rasa begitu selesa faham!!Ada la tu hikmahnya walaupun frust yang amat...Eh, pehal sal bola lak ni??ngeeee...

Beliau ni dah kawen dah pun, dah anak anak teruna dah sorang..Nak story kisah percintaan dorang masa kat kolej dulu ni, sebelah rumah kitorang, budak2 lelaki yang study kat POLI menyewa..Beliau syok la kat mamat sorang dalam rumah tu...Paling kelakar, kitorang main TENDANG2 DINDING dalam bilik..Bilik pemisah dengan rumah dorang la ni...Sekali tu dorang balas balik TENDANGAN2 kitorang...Gile tak sopan tol dulu2..Tapi Alhamdulillah jodoh beliau memang dengan jiran sebelah..Hebat betul !

Jom nyanyi untuk beliau..

ALLAH SELAMATKAN KAMU..ALLAH SELAMATKAN KAMU..ALLAH SELAMATKAN DEQ ROSS SEFAMILY..ALLAH SELAMATKAN KAMU..terimalah kad spesel untuk ko^^ Sila amik dan tampal kat dinding..


nasi tambah : SELAMAT Terengganu tak cuti harini..kalo tak mesti aku rasa rugi dah balik semalam..
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, June 08, 2011

GARA-GARA KAMU !

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Merajuk ke weh??? Nape dah 3,4 hari tak berupdate?? Maaflah, makcik lupa makcik ada blog..Boleh jawab gitu??Hehehe..Alasan apa entah nak bagi, nak kata student sibuk nak exam dah tua bangka dah..Tapi gara-gara kamu, AKU TERLUPA !!! Ya, gara2 kamu !!!!


Disebabkan kamu, aku terlupa dan terlewat nak update pasal MAJLIS KAHWIN kawan aku yang juga teman seperjuangan di gelanggang badminton..Habesss rrrr dah tak cukup geng nak main sekarang ni..Ada yang sudi join kelab kitorang tak?Arghhhh, layan dulu pic wedding beliau, penat makcik amik taw...


Warna tema dia aku dah chop 4tahun lepas lagi..HITAM PUTIH! Naseb rrr kau kawen dulu..


HERO dan HEROIN..Suka giler dress beliau ni taw..CANTIK BETUL !


Nampak je senyum, dalam hati korang tak tahu perasaan ni camne..Haha


Harap2 berjangkit dengan pantasnya..Muahaha


TAHNIAH RUBEE n SHAHRUL..Hope korang bahagia n kekal hingga ke akhir hayat..

"Alhamdulillah, umat NABI MUHAMAD SAW telah bertambah!" Itu sms dari abang ipar aku yang aku terima pada pagi 7JUN kerana kakak aku selamat melahirkan baby girl..Sebenarnya bukan sorang malah SEPASANG anak saudara baru...Pada 3JUN dan 7JUN..Tarikh dekat2 je..Kakak ipar aku dapat BABY BOY, akak pulak dapat BABY GIRL..Dorang ni memang taw, semua anak dorang sebaya, berjanji agaknya..Haiii...bertambahlah DUIT RAYA kena spend untuk tahun ni nampaknya..Maksula sila jangan boros2 sangat ya.


Sebelah kiri, anak my sis dan sebelah kanan anak my SIL..Nama tak tahu lagi..heee~~


iklan sat....
Rindu kat budak ni....Dah lama tak jumpe..geram tol nak cubit pipi dia.grrrrr...

Tahniah juga kepada kawan aku KAK INA yang baru je dapat baby boy..Penantian selama hampir 4 TAHUN akhirnya berhasil.Tahun ni kat ofis ramai yang dapat baby boy..Hope dengan kehadiran orang baru dapat menyerikan lagi rumah tangga korang ye..Amin...

Baby Kak Ina..Ada bakat tak jadi ibu yang baik?

Semuanya gara-gara kamulah LEE MIN HO !!!!! Gara-gara excited sebab CITY HUNTER dah boleh download walaupun baru ada sampai episod 4 aku TERLUPA yang aku pakai BROADBAND CELCOM yang limitnya sampai 5GB je..Yang kau download sampai tak ingat dunia tu kenapa?? Kenapa?? Sebab CITY HUNTER sangat BEST!! Tak tipu punya, setiap episod buat aku tak senang bontot nak tunggu kesudahannya..SERIUS, KELAKAR, KEKELUARGAAN, SEDIH, ROMANTIK, SUSPEN DAN YANG PENTING PENUH DENGAN AKSI..

Walaupun abang comot momot tapi tetap cool dan comey^^


Berulang kali aku layan video ni sebab best..



Hey kamu, cakap banyak pun tak guna, kena layan baru tahu best ke tak best.Make sense tak sebab LEE MIN HO aku tak sempat update dan tak sempat BW kaw2? Sebab biasanya aku draft entry kat rumah, kat opis susah sikit nak dapat idea..Lagipun aku kat opis memang kurang tegarnya nak blogging ni sebab tuntutan kerja yang sangat banyak..Ni curik time jap update, keje pun takleh serius sangat kan?Betul2 patah tanganlah bila broadband dah nak limit ni tapi biasanya takdelah takleh online langsung..Tu yang pelik tu..Kita tak sukalah macam ni..Huh! So, disebabkan tak tahu bila pulak aku akan update maka aku dengan tanpa rasa bersalah buat entry panjang2..Hamek kau!

nasi tambah : semenjak tak blogging selama 4 hari ni aku tidur AWAL betul! Hebat betul rasa!
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥