APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Friday, April 29, 2011

MENGGEDIK DI TELUK KETAPANG

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...
Syukur aku masih ada mood nak update..Hahaha..Actually lepas beli domain hari tu ada masalah sikit bila kita update, entry kita lambat keluar kat bloglist..Kadang-kadang cepat kadang-kadang berjam-jam lamanya barulah keluar..Menurut mereka yang berpengalaman benda ni kejap je so dla pun malas nak fikir banyak, biarlah dulu, layan je kerja dulu...

Dah penat-penat bekerja naklah bermanja-manja pulak..Betul jugaklah keputusan dla nak balik kampung hari ni, sempatlah aku menggedik kat pantai semalam..Rushing gila kot kalau balik petang semalam..Tapi sebenarnya dla and my roommate nak pergi tengok budak ofis beliau main DART kat UMT tapi disebabkan jam melampau so sampai je, dorang dah nak habis main..Masa masuk UMT kan tiba-tiba kan teringat masa jadi STUDENT dulu...Rindu pulak rasa nak jadi student balik..Tapi part EXAM la paling tak suka sekali..Hahaha...Jadi, disebabkan UMT tu dekat dengan TELUK KETAPANG maka sangat rugilah kalau korang tak singgah sambil pekena SOTONG GORENG TEPUNG..Perghhh wa cakap lu..Nikmat!!! Sampai lupa nak amik gambar sotong tu, sampai je terus Bismillah..

Kedai ni memang betul-betul depan TELUK KETAPANG so, takkan nak tengok je kan..Seriously, cantik sangat-sangat pantai dia, masa sampai tu SUBHANALLAH air dia warna BIRU betul..Tapi kalau dorang hias sikit2 kat tepi pantai tu, lagi cantik kot..Tapi tak kira apapun, nak menggedik gak....

Memang sahaja aku mengayukan diri time ni..haha

Cantik kan?

Oke, dah start menggedik dah

Nape peace ko ni semacam je aku tengok ha?

Sekarang mari kita buat macam ni pulak

hahaha..Actually nak melompat tapi tak jadi...

Saranghaeyo CHINGGU !!!



Dah dah, otak pun dah refresh, no more stress oke..Datanglah siniiiiii...TELUK KETAPANG ni lokasi dia dekat dengan AIRPORT..BEST !!!! Oke, nak bersiap sekarang...Nanti sampai KAMPUNG dla serang korang habis-habisan itupun kalau internet super lajulah..Take care^^

nasi tambah : hidup mesti ceria..hehe
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, April 27, 2011

SEPERTI BERJELAGA JIKA AKU SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM...
Wahai ENCIK MOOD?? Mana kau pergi hahhhh???Kenapa kau macam ni??? KEMON! KEMON! KEMON! Sangat penat seolah-olah aku baru je menamatkan larian sejauh 20KM !!! Datang ofis hari ni jalan terhuyung-hayang...Blur semacam je hari ni..Ottokae????

Blogwalking pun tak sekencang dulu kan..Sedar pun, tapi bukan tak BW langsung, selow sikit je..Hehehe..Terpaksa langgar prinsip, update waktu ofis sebab tak tahan sangat dah ni, exhausted sangat-sangat, nak tengok kerja pun tak mampu..Alasan takleh blah..Maafkan saya encik bos, kejap lagi saya BANGKIT SEGAR SEIRAMA, MELURUSKAN RENTAK SAFNYA..Mungkin dulu dla ada KAWAN PEREMPUAN kat unit dla, bila kitorang penat kitorang PICIT-PICIT BAHU, lega la kejap..Sekarang ni takde orang nak tolong picit dah memandangkan semua bapak2 budak je yang ada..Rindu saat itu...Huhuhu...Kadang-kadang kitorang main PING PONG time rehat..Huwaaaa, saya rindulah kat kawan saya tuuuuu!!!

Mungkin juga sebab dah 3 MINGGU main badminton mix dengan budak lelaki..Time main tak rasa lagi...Balik rumah rasa mau terlentang 25JAM ! Terbawak-bawak sampai ofis kepenatan itu T___T



Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi… Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar... Aku mau di pasar...

Bosan aku dengan PENAT,
dan enyah saja kau PEKAT!

SEPERTI BERJELAGA JIKA AKU SENDIRI
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh...

~PUISI RANGGA DALAM AADC~
Fine, aku tak pandai tulis puisi ni..Pandai baca je..Hei hei hei, saya PENYAJAK yang aktif taw masa sekolah dulu..Pidato, Bahas BM, English Debate[walaupun english tak terer sangat pun], BERCERITA, jadi EMCEE memang kegemaran dla masa sekolah..hehe..Oke, nak tunggu mood entah bila nak datang, mahu PAKSA DIRI sekarang ni..GANBATTE DLA !!!
nasi tambah : kena plan pergi bercuti kot.. 
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, April 26, 2011

AKULAH WARTAWAN SUKAN SAMBILAN

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...
Sekarang dla dah ada KERJA SAMPINGAN iaitu sebagai WARTAWAN SUKAN SAMBILAN untuk pejabat...Secara RASMINYA jawatan ini telah dilantik oleh diri sendiri..Nak sangat kan, lantik diri sendiri senang..Hahaha...Eh, apesal PEJABAT takde MAJALAH TAHUNAN macam sekolah ek??Paling cikai pun  buat BULETIN BULANAN ke..Nanti saya akan usulkan bila MEETING nanti..hahaha...

Dla kan sukahati menyibuk kalau ada sukan apa-apa kat ofis even TAK MAIN pun..Hari Khamis lepas, habis je waktu ofis dalam pukul 4, semua staf lelaki SEMANGAT melangkah untuk berperang..Eh, tak semua actually... Ada la dalam 15 orang je kot..Macam biasa makcik tidak ketinggalan bersemangat membawa DSLR TANPA MUNCUNG ke padang futsal..Sebenarnya kali ini buat FRIENDLY MATCH antara ofis kitorang je..Tu yang excited sikit sebab dla tak segan sikit nak beria-ia klik sana klik sini..Saya kan seorang yang PEMALU..Hee..

Aikkkk, belum apa2 takkan dah pancit bang??

Hins..hins...tolong...saya sehemputtt !

Berlari bertaburan...seindah bunga di taman..yah yah...Seolah-olah aku dok dalam ni je kan..hehe

Alaaaaaa...sakitlah lutut orang...Cakap kat mak awak sepak kita...

Hasil DSLR TANPA MUNCUNG...

Tapi dla balik awal hari tu, tak sempat habis pun tengok sebab ada hal..Hoho..So, result tak tahu siapa menang..Tapi syok tengok, kat ofis masing2 fokus dengan kerja..Time nilah nak release tension kan..Dalam masa yang sama UKHUWAH sesama dorang pun makin rapat gitu..Itulah yang best nya kalau kita rajin join aktiviti pejabat..Oke, kat bawah ni ada VERSI VIDEO pulak..hehe..sila jangan segan nak layan ye kawan-kawan..




Ada satu part tu, ada budak SENDAWA kuat gila.Bergegar camera ni sebab tahan gelak.Hampeh ko budak.Kurang sopan betul!Nasib baik kau budak lagi tau.. KLIK SINI kalau tak boleh PLAY video kat atas tu^^

nasi tambah : nak gi buat spagetti la pulak..sape nak??
...pergilah buat sendiri...
Kalau BEST, sila LIKE

STRESSED = DESSERTS

ASSALAMUALAIKU DAN HAI..
Aik??Apehal tiba-tiba tajuk entry berunsur STRESS ni???Tuan blog tengah stress ke?Naaaa..Mana ada, tiba-tiba je teringat STRESSED bila diterbalikkan bukan ke jadi DESSERTS...Pernah dengar tak?


Ni makcik nak story sikit kisah pilu so so je..Hari tu kan MUG KESAYANGAN dla pecahhh...Blahla dla, takkan stress kot?Haishhh, mana ada stress, SEDIH je sikit sebab MUG tu orang bagi..3 TAHUN dok sini memang guna mug tu je kat ofis..Sifat perempuan memang camnilah, PENYAYANG lebih! Hehe..Pecah pun macam tak sengaja la, masa basuh kat sinki tu, dia tergelincir..DIA??What the??So, tangkai dia PATAH macam ni haaa...


Dah cacat anggota dah beliau ni..huhu..

Maka aku terpaksa melakukan tindakan drastik..


Janganlah pandang camtu, saya terpaksa oke kurung awak dalam ni..Tak campak lam tong sampah tu dah kira beruntung tahu..Nampak kan aku ni seorang yang penyayang..Wekkk..sila muntah!

Tapi haruslah ada PENGGANTI cepat-cepat...Daripada MUG KUCING terus up kepada MUG HARIMAU kau...Jangan main-main ea..Siap ada 2 EKOR lagi haaa dok tengah mengaum..Tadaaaa..


hebat tak??hebat tak???

Tapi ada satu lagi BENDA BEST...Ini betul-betul best..berlaku dalam hari yang sama..Dla dapat GIFT dari SEORANG BLOGGER yang sangat PEMURAH..Terharu sangat-sangat sebab 1st time ada blogger bagi hadiah bukan sebab menang contest ke GA tapi sebab dla jadi FOLLOWER ke-333 beliau..Dla pun tak sangka jadi follower bertuah beliau..

Ini betul-betul dapat hilangkan stress ni nak2 pulak time dysmenorrhea camni..Memang heaven!

Thanx PENA ROZIE!!!Muah..muah!Sila terjah blog beliau dengan pantasnya.Cam tahu je dla suka CADBURY.Tapi SAYANG pulak nak makan..So, sebab itulah bila STRESSED ramai yang suka DESSERTS macam coklat, aiskrim, kek kan..Umpama AUR DAN TEBING, ISI DAN KUKU,  INTERNET DAN LAPTOP la ni, saling melengkapi gitu..Ye murid2, mari kita belajar subjek PERIBAHASA hari ni ye..Salin nota ni dah hafal, minggu depan cikgu soal..CLASS DISMISSED !

nasi tambah : Waktu blogging dan BW macam makin terhad sangat skang ni walaupun idea mencurah-curah umpama hujan di bulan doblas..nak kena hire PA kot sorang..heh!
Kalau BEST, sila LIKE

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...
Kalau nak cerita tentang sekolah memang tak habis..Dla percaya semua orang ada kenangan yang terindah terpahit, terlucu, termanis dan banyak lagi lah ter ternya..Tapi dah namanya sekolah maka banyaklah PERATURANNYA walaupun ramai yang tak follow pun..

Salah satu peraturan sekolah dla ialah wajib bawak PASS KELUAR bila nak keluar..Tapi yang UNIKNYA pass itu bersaiz sebesar kertas A4 dan WAJIB gantung kat leher..Kalau tak gantung dan terserempak dengan CIKGU DISIPLIN dapatlah saguhati berupa secebis rotan di kaki..Nak dijadikan cerita, CIKGU DISIPLIN masa tu, CIKGU BM dla tapi masalahnya dla tak suka cikgu tu dan maybe cikgu tu pun tak suka dla.Hahaha..Dulu cikgu ni terlebih BAGI PERHATIAN kat dla, perangai dla ni tak suka bila ada orang terlalu concern kat dla ni, sikit2 dla, menyampah oke..Kesian kat student lain tahu..Maka dla pun buat perangai sampai cikgu ni dah boleh nampak dah dla BENCI dengan cikgu tu..Kemudian ada satu hari tu dla nak keluar pergi tandas kot dengan kawan dla..Keluar dari kelas tu dla pegang dulu PASS keluar tu, tak sempat nak gantung kat leher, tiba-tiba je CIKGU DISIPLIN yang membencikan tu pun nampaklah kitorang ni..Apa lagi, berbekalkan SEBATANG ROTAN, terus cikgu tu panggil kitorang ni haaa...Tak sempat nak explain langsung, PIAP PIAP kitorang dapat hadiah kat betis ni..Geramlah kitorang ni, gara-gara LAMBAT GANTUNG, kena rotan tanpa usul periksa..Maka, bertambahlah dla benci dengan cikgu tu..TAK MATANG! Hahaha..Mentang-mentanglah dla TAK LAYAN keprihatinan cikgu tu maka suka-suka hati guna kuasa vetonya..huh!

BUDAK KEJUT = BUDAK KEJURUTERAAN[pic scan je ni sebab tu blur]
Kelas yang terkenal dengan KENAKALAN melampau..heheh
Nampak tak ada budak pegang kad saiz A4 tu..itulah pass kami


Nasihat untuk adik-adik, JANGAN ADA BENCI dengan CIKGU2 tahu, TAK BERKAT nanti perlajaran korang..Hurmmm, patutlah result aku tak grand continental sangat..hehehe..Oke, done segmen bersama BA..Dah lama gila tak join segmen BA..Saya tak lupa jasa BA yang banyak menaikkan blog dla ni..


Kalau BEST, sila LIKE

Saturday, April 23, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...
Selamat berguling-guling diucapkan kepada semua..Dah lama rasanya tak join GA...Since tuan empunya badan sendiri yang tag dla, maka dengan ini saya sungguh berbesar perut nak join GIVEAWAY FROM MOSCOW BY MISZLULLABY dan harap-harap bertuahlah..Hehehe..Siapa tak nak oke hadiah dari MOSCOW tu..Nak pergi entah bila tak tahu kan...


Sila klik BANNER di atas untuk ke blog beliau...

5 ORANG MANGSA yang bakal bersaing dengan dla adalah KAMU YANG SUKA LISA, KAMU YANG SELALU PERGI SITE, KAMU YANG SUKA MEKDI, KAMU YANG SUKA GA + JCARD DAN KAMU YANG KACAK BERKATA-KATA..Sila join..Ini adalah PAKSAAN..Kalau korang tak join maka cerahlah peluang aku untuk menang...hahahaha..Baik korang join sebelum ML tutup pada 30 OGOS 2011[maybe] ni..


nasi tambah : see, entry GA pun nak panjang gak taip..hehe..
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, April 22, 2011

NASI-KERABU DALAM KENANGAN.. R.I.P. T________T

ASSALAMUALAIKUM...
AANIE tanya, KENAPA DENGAN NUFFNANG ko tu jadi code error...Time tu saya sedang mempoyokan diri di LUAR gelanggang futsal..Hehehe..Ceciter FUTSAL tu next entry oke..Saja malas nak war-warkan dengan tergopoh-gapah sebab nak tengok ada orang alert ke tak...Hampeh, ko ingat ko femes sangat nak suruh orang teliti segala hal blog ko?Tapi ada gak yang red alert rupanya..Memang beliau layak menjadi YB KAMPUNG RAMBUTAN..


Kalau korang masih BLUR ce tengok URL BLOG dla...Ada perubahan tak???Dengan ini izinkan saya BERGEMBIRA kerana akhirnya saya dah ada DOMAIN sendiri!!!!Semalam lepas meeting, tengah-tengah makan dla bukak website NETKL..Sebenarnya memang dah lama plan, siap merisik dengan SIFU yang popular gaklah,cuma tunggu masa je..Alhamdulillah, prosesnya boleh dikatakan agak SENANG dan CEPAT..Lagipun kalau tak faham korang boleh LIVECHAT dengan staf dorang...Tanya je apa-apa yang korang tak faham...


Harga domain ni untuk SETAHUN RM31.60[tengok jugak korang pilih apa, COM ke, NET ke, INFO ke sebab harga tak sama] tapi disebabkan dla malas nak setting atau maybe takut tak jadi setting kan so dla suruh je dorang tolong godek, maka korang kena tambah RM3 so total yang dla bayar semalam adalah RM34.60..Dorang cakap amik masa 2-3jam untuk siap kan tapi dla rasa tak sampai kot sebab dla balik dari tengok futsal tu, dah boleh guna dah just kena edit kat nuffnang dan BLOGLIST dla semua hilang...Tapi takpe, sekarang dla tengah SLOW2 masukkan balik link2 korang..Untuk memudahkan, save la dulu bloglist tu, takdelah nanti terkial-kial korang nak cari balik kan..


PERASAAN dla feeling-feeling gitu lepas ada domain ni..Rasa macam yes blog ini aku yang punya..Itu jerlah, hehe..Korang kalau berminat nanti dla buat entry khas pasal NETKL ni ye takpun dulu CIKTOM pernah review secara detail pasal NETKL ni..Sebenarnya SIFU yang dla maksudkan tu CIKTOM la, beliau la yang bagitahu cara-caranya kemudian kalau korang blur tiba2 nak buat kan better livechat dengan staf dorang yer...InsyaAllah, MUDAH kerja korang nanti..Thanx CIKTOM sebab banyak bantu dla..Muah muah kat CIKTOM^^


Apapun nasi kerabu tetap menjadi nasi kegemaranku..

So, nanti kena adjust balik la page NASI-KERABU vs LAdy_dyLA tu..SAYONARA NASI KERABU T___T ..Jomlah berdomain bersama NETKL^^

nasi tambah : seronoknya dah WEEKEND! Nak sambung BW yang tertangguh
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, April 21, 2011

BERUSAHA !!!


KEMON DLA !! Bak kata YUS JAMBU..Oke...Aku sedang BERUSAHA sekarang ni...

BERUSAHA untuk POST ENTRY..DONE!
BERUSAHA untuk BALAS KOMEN/BW !...OTW !

PALING PENTING BERUSAHA untuk UPDATE SELEPAS WAKTU PEJABAT ataupun kalau tak boleh tahan sangat, lepas siapkan kerja..Bak kata USTAZ FAUZI masa bagi CERAMAH sebelum meeting hari AHAD baru ni, BERKAT tak KERJA korang?? Dengan MENGULORNYA, dengan pergi makan minum BERJAM lamanya..Suruh orang PUNCH tapi ustaz kata kalau KECEMASAN takpe..hehe..BALIK AWAL TANPA KEBENARAN BOS..Main INTERNET sampai LAMBAT siapkan kerja..

Dla kerja takde nak aim dapatkan ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG cepat2..Bagi dla tak penting semua tu yang PENTING kita puas hati dengan HASIL kerja kita..Well, dah namanya MANUSIA..MANUSIA means PELUPA..Dla pun sama gak, mestilah ada kan pernah buat salah, jangan nak bajet suci sangatlah..Pernahlah MINTAK TOLONG PUNCH, kadang2 TERLAJAK TIDUR 5MINIT atau tiba-tiba SAKIT PERUT ke, takkan nak pendam lak kan, apa guna tandas kalau tidak digunakan...

Sekarang ni nak try kurangkan waktu BERINTERNET kat ofis..Bukanlah tak boleh kan..Kadang-kadang tu nak bagi hilangkan PENAT, hilang MENGANTUK, layanlah kejap..Tapi yang masalahnya kalau sampai buat kerja tu tertangguh tu yang bahayanya..So, berpada-padalah ye DLA!!! Lagipun PC dla baru je sembuh, lupakan BLOG, BW kejap, settlekan kerja tertunggak dulu..Itulah HIKMAHNYA PC ROSAK hari tu, terus aku menjadi seorang yang GIGIH dan RAJIN macam encik semut sebab hampir pengsan tengok fail yang berbundle-bundle dan pelan siap bawak balik rumah lagi..Time teringin sangat je bukak kejap..Kerja kalau SKEMA sangat STRESS jugak kan kalau tak takkanlah ada KURSUS KECERIAAN an an..

Jadi sama-samalah kita BERINGAT, esok esok kita akan di soal tahu sebab kerja ni 1 IBADAH..Jangan asyik nak condemn orang je, baiklah korang fikir macam mana nak UPGRADE mutu kerja korang dulu..Sama jugak dengan blogging ni, sebelum nak condemn orang pernah tak korang fikir CARA untuk MENGHASILKAN ENTRY YANG BAGUS yang boleh memberi manfaat kepada orang lain??

JADUAL HARI KHAMIS ! [tiba-tiba je]
PAGI - MEETING [tak suka meeting hari KHAMIS sebab kerja sampai pukul 3 je..nak buat kerja lagi..huhu]
PETANG - JADI MAKCIK SORAK dan POYOGRAPHER..hehe..
MALAM - baru boleh SERANG KORANG..Hoyeahhhhh^^

Tapi SEMANGAT untuk BLOGGING tidak akan luntur sebab dengan baca entry2/komen2 korang boleh buatkan dla happy bak kata APIK la, blogging dapat menceriakan hidup..KENAPA KEBANYAKKAN ENTRY DLA TAK BERAPA SERIUS??? Sebab dla suka BACA KOMEN GILA-GILA dari korang...hehe... Why so serious huh??Tapi kalau gila2 sangat pun tak sesuai bawak ke majlis..Jadi, pandai2lah korang ikut tema majlis yer^^

nasi tambah : kenapa BOS selalunya SKEMA, CEREWET dan TEGAS??Gila ko kalau dapat BOS yang tak amik kisah staff buat apapun..Memang lingkupla opis! Sebab tulah kita tak boleh jadi bos sebab korang takde degree/master/phd sifat KEPIMPINAN tu tak ada.Kadang2 kena faham jugak bukan senang nak jadi BOS yang disukai ramai ni..mereka pun manusia biasa juga
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, April 18, 2011

KAMBING DAN AKU

Pada suatu pagi yang super hening bening, kelihatan 2 ekor kambing sedang bersembang...







Apa kaitan KAMBING dan AKU ni??Hari ini dla cuba menyelami hati seekor binatang yang bernama KAMBING..Hahaha, kejadah la ko ni dla nak selami hati kambing pulak, dah tak ada keje la tu..Bukan takde keje, tapi PC dla tiba-tiba buat hal..Petang semalam ofis BERGELAP lagi..Pagi tadi bila on PC, tiba-tiba sistem semua tak jalan..Internet pun sama..Tapi PC dla je, orang lain semua sihat walafiat..Saya pun SEDIH la, tengah-tengah semangat buat hal pulak kan..Ingatkan boleh settle kejap je tapi sampai petang pun tak boleh settle lagi siap WINDOW pun sakit jugak..Haishhh...Tension lah makcik ni..


Disebabkan BOSAN yang amat maka dla pun capai PEN, PENSIL, PEMADAM, KERTAS A4 dan MAJALAH UJANG ! Maka terhasillah DRAMA SEBABAK KEHIDUPAN SANG KAMBING..Hahaha..Kisah KAMBING tu dla amik dari MAJALAH UJANG ISU 322 keluaran pada 15 DIS 2007..KARYA ASLI oleh ENCIK LEPAT..Dengan selamba aku LUKIS BALIK, ubah sikit-sikit je..Esok nak lukis apa pulak dla? LEMBU? KATOK O KATOK?

Tak tahulah apa nasib PC tu, rasanya esok ada yang kena bawak LAPPY kot..Bawak movie sekali dla..hahaha...


nasi tambah : MAK tak makan kambing, mak ada DARAH TINGGI...
Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, April 17, 2011

AKU YANG BUSY...Hak..hak..

ASSALAMUALAIKUM DAN HAIII...
Alasan yang paling koman bila hampir 3 HARI tak masuk kelas KELAS BLOG...Busylah, sibuklah, takde masa lah, broadband demam kura-kuralah..Lepastu mulalah nak mintak maaf kan sebab tak blogwalking..Hehe..Sorilah sebab ada yang dla tak sempat reply komen korang..Haaaa kan dah kata, rasa BERSALAH la tu..Oke, cerita HARI KHAMIS, baru je sampai opis, tak sempat nak publish komen pun tiba-tiba PLINGGGG! Masa depanku rasa GELAP !!! Woiiiitttt, berapa bulan tak bayar bil ni??? Tengok kat luar bising-bising dah, banyak pejabat2, kedai2 yang kegelapan..Dekat pukul 12 baru TERANG BERCAHAYA...Hari KHAMIS pulak balik pukul 3 bagi pekerja WP1..terkejar-kejarlah nak siapkan kes semua..Yang pentingnya sebab petang tu nak balik kampung, kalau tak bolehlah dok lama sikit kat opis kan..Bila BALIK KAMPUNG faham2lah, aku jadi LUPA DIRI sikit..So, memang sikit jelah yang sempat dla BW haritu..Mianhe..Sumimasen...Dui bu qi...Aana Assifah...

Aktiviti kitorang masa BERGELAP haritu...Sorang2 muka BOSAN GILA bila dah tak boleh buat kerja..Nampak kan kitorang ni RAJIN sebenarnya..Hahaha...

Seriously dah bertahun tak main benda ni..
Sila tiru perangai mereka yang di bawah..
Buku nilah yang kitorang layan sebenarnya..Haha..Nasib baik ada dari takde langsung kan..Tengok tahun tu, 2007 punya isu der..Layan jelah...

Oke, hari ini InsyaAllah dla akan balas balik semua komen, tapi tunggu lepas MAKAN dan MEETING..hehe..makcik kerjalah hari ni^^

Rezeki pagi hari ni..Ada KAKAK bagi saya kuih tart..yum yum...

UPDATE !!! HORAYYY ! MEETING DAH ABIS^^

nasi tambah : Tahukah anda LINTAH mempunyai 4 HIDUNG..Korang ada? 
~info dari MAJALAH UJANG~ hehe
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, April 14, 2011

BARANG BAIK ^^

ASSALAMUALAIKUM DAN HAIII...
Sekarang mood mengupdate kejap ada kejap kejap takde..Hari ni update esok tidur..Nak buat camne kerja makcik nanti sape nak buat kalo asyik mengadap blog je kan..Jangan lupa pada tanggungjawab anda oke..Nak blog blog blog pun, kerja kena settle dulu..Sesungguhnya aku tabik tilam spring kat korang yang hari-hari update atau dalam sehari 4,5 kali buat entry..Lepas tu rajin pulak baca dan komen blog orang..Cayalahhhh wehhh...

Kartun dla dah pandai pakai tudung..Alhamdulillah^^
Mukaddimah harus nak panjang je dla ni kan..Sebenarnya nak share BARANG BAIK ni..Ada dua barang yang best baru je sampai kat opis dla..Kalau tengok kat header dah tahu kan apa yang dla suka, MELUKIS, SUKAN dan AMIK GAMBAR..Entry hari ni ada semua kot..hehe..

BARANG BAIK PERTAMA

Surprise surprise...



BUKU CONTENG-CONTENG

Cute jer kan kartun2 beliau ni
Yang ni sampai hari Khamis lepas lagi, saja kepam..Order kat mana???Order kat SINI ! Dla sebenarnya barulah jugak kenal dengan blog CONTENG2 ni, terus jatuh cinta..Kebetulan pulak beliau baru je siapkan komik ni, hape lagi kan..Order terus!Comel je tau kartun2 beliau..Tapi tak baca lagii..Sayang nak bukak sebab takut lunyai..Punyalah..Hahaha...Tunggu weekend ni nak layan.. 

BARANG BAIK KEDUA

TADAAA !!!
Cantik tak?? Cantik tak???
Yang ni baru sampai tengahari semalam..Exited sangat2 masa dapat tu..Nasib baik tak sampai hari SELASA, kalau tak ada yang pakai terus masa training badminton...Tapi takpe, MALAM tu jugak dla pakai sebab ada MATCH FUTSAL lagi..Hehe..Sibuk je kan dla ni, asal ada match je mesti nak pergi..Walaupun tugasnya macam biasalah MAKCIK SORAK dan MAKCIK POYOGRAPHER...

Sorilah, banyak pulak tayang muka kali ni..Baju baru punya pasal..haha
Kali ni pejabat dla lawan dengan team TOYOTA...Tapi macam tak ramai budak opis dla yang turun malam tu sebab ada yang pergi kursus, ada yang baju tak kering dan ada kucing beranak kat rumah..So, keputusannya agak sedih aku pedih sikitlah..Kalahla tu kalau dah taip camtu..huhu..

BERUSAHA !!!
Eh lupa nak bagitahu jersi tu dapat kat mana..Takkanlah tiba2 sampai kan...Order je kat SINI..Kain dia cantik tau..Nanti nak order yang kaler BIRU la pulak..Bleh pakai masa training badminton..Pasti saya bertambah macho ketika bermain..Hawhawhaw...Banyak tau jersi2 yang ada, bukan yang Malaysia je, yang CLUB pun banyak..Terjahlah, apa lagi...

Budak bosan camnilah..Suka hati je pakai selipar orang lain...
Eh, pasal entry lepas ada yang TANYA dla ni JOGGING ke AMIK GAMBAR je lebih??Jawapannya memang AMIK GAMBAR je lebih.Hahaha..Sebab tujuan nak MEMPERKENALKAN kepada orang ramai je dulu.Tapi nak naik tu BERFELUH la jugak tau, bukannya dla naik dengan kereta.Itu bukan pertama kali dla ke sana, sebelum dorang BINA MACAM-MACAM tu dla pernah naik beberapa kali.SELAMBA je dla NAIK TURUN BUKIT 4,5 ROUND..Haha, bukan riak tahu tapi nak bagitahu, badan aku dah KEMBANG SEBALDI oke, takkan nak tengok je perkembangan ni kan.TINDAKAN tu penting dari duduk merungut.Sebenarnya agak kesal sebab masa tu TAK ADA PEREMPUAN MELAYU SELAIN KITORANG..Yang LELAKI MELAYU pun tak ramai..yang ramainya ANAK2 CINA, INDIA..Mana pigi???Tapi dla tahu kalau kat BUKIT BESAR ramai sikit kot remaja melayu kat sana sebab tu aku taknak jog kat sana..Tetibe..Apapun, jagalah kesihatan korang sebelum sakit..Hahh kan dah kene membebel...Selamat berhujung minggu semua, perghhh awal tu wish manalah tahu esok blog ni tidur kan..Heeee^^

nasi tambah : nak balik kampung! nak makan durian banyak2 biar kepanasan..hahaha
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥