APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Thursday, March 31, 2011

ANGGUNNYA WANITA BERHIJAB

ASSALAMUALAIKUM dan HAIIIIII...
Hari Khamis best sebab pukul 3.30 dah boleh balik..Perasan tak 2,3 hari ni asyik lewat je buat entry..Bila dah BUSY dan ada yang BUSYBODY mulalah otak pun tepu nak menaip.Fuhhh..nasib baik ada hutang yang tak settle lagi..Elok2 pulak due hari ni..So, dla settlekan hutang dulu ni ye..
Banner beliau
CIK PENGARAH UKUR WANNABE
Tag dari MOMMY sebenarnya, ajak dla join contest "ANGGUNNYA WANITA BERHIJAB" yang dianjurkan oleh CIK YUZ[PENGARAH UKUR WANNABE]..*cik yuz, dla hari2 main dengan lembar piawai..tetiba bagitahu..Hehe..sebab tengok blog beliau penuh dengan terms "ukur"..comey!

Oke, berbalik kepada tujuan asal kita ya tuan-tuan dan puan-puan..Nak ceritalah sikit sebab Cik Yuz nak tahu kan..

SEJARAH BERTUDUNG
Seingat dla, dla start SERIUS masa darjah 2 ! Masa tu tengok anak jiran dla pakai tudung comel je, mak dla pun jeling-jeling manja je tengok rambut anak beliau mengerbang sambil memberi khutbah percuma...Maka beliau pun terasa merah telinga mendengar khutbah itu terus bertukar dan sampai sekarang Alhamdulillah tak pernah bukak bila keluar rumah even nak pergi jemur kain pun..

KENAPA???
Mula-mula tu memang ikut je orang pakai..Tapi bila MAK AYAH dan USTAZ bagitahu ini adalah WAJIB bagi kita sebagai UMAT ISLAM sepertimana FIRMANNYA...

…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada… [TMQ an-Nur:31]

Dan juga bila kita tahu akan DOSANYA apabila kita engkar akan perintah itu..Setiap perintah itu ada sebab musababnya kenapa kita perlu ikut..Bagi dla rasa lebih selesa dan selamat bila memakai tudung..Percayalah, pemakaian bertudung tidak langsung membataskan untuk kita bergerak aktif..Tapi harapnya bila dah pakai tudung budi pekerti haruslah seiring ya..Barulah tidak timbul isu2 negatif nanti..So, harap yang masih TIDAK BERTUDUNG dibukakan pintu hatinya nanti..InsyaAllah..Peluang masih ada selagi MALAIKAT IZRAIL belum menjemput..

Ini gambar dla bertudung untuk tatapan cik yuz..Macam takde gambar lain je dla ni..hehe..Sebab dla jarang pakai shawls belit2 ni, biasa kat ofis main taram je tudung yang simple2..Konon paling anggun la ni..hahaha..

Shawls sekarang makin cantik kan??
Selalu buat kerja last minute camnilah, nasiblah sape yang kena tag ni..hehe..Mahu tag KAMU yang BARU PERGI GROOMING, KEMBAR AKU KAT KUANTAN dan AWEK SUKA MEKDI...Sila buat kalau rasa diri kamu anggun..

nasi tambah : mahu gigih menyerang korang dan korang pulak..Yessss..esok weekend !! SUKA!
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, March 30, 2011

SAHAJA AKU...

Assalamualaikum...
Hujan yang turun bagaikan PEREMPUAN...
Hahaha..itu lirik lagu Arwahyarham Surdirman sebenarnya tapi BUDAK KELAS dla gi ubah jadi camtu..Hujan tiba-tiba dikaitkan dengan PEREMPUAN..Apakah? Sebabnya sekarang hujan sangat lebat duhhh...Egegege..

Kartun ni nampak familiar tak?? Sebab dla tiru sebenarnya..comey sangat girl ni

Dah hujan apa lagi aktiviti yang best kawan-kawan??? JOM GULING-GULING !!! Yiehaaaa...Sebenarnya ini entry saja-saja..SAHAJA AKU nak try wat SHORT ENTRY...heeeeeeee....pendek dari biasa kan?

nasi tambah : tiba-tiba kan duit NUFFNANG jadi KOSONG ! Sahaja gi CASHOUT..hahaha..Mana BE baru ni x muncul2 lagi??? Grrrrrr...
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, March 29, 2011

AKU DAN MEREKA TERKANDAS

ASSALAMUALAIKUM....
Yuhuuuuu...semua sihat???Pergi keje/sekolah tak hari ni??Cam best je tanya orang gi keje ke tak padahal yang sebenarnya dla yang TAK KERJA hari ni..hehehe..Ayat tak bersalah langsung..Nak buat camne dah terkandas kat tempat tidur..mampus aku kalau bos baca..Ehhhh taklah, dla tak seteruk tu suka suka hati tak pergi kerja..Ada masalah kesihatan sikit pagi ni, memang dah agak dah semalam esok pagi ada yang tak pergi keje ni..Penyakit bulanan datang, sedar2 perut ni cramp, adehhhh, so dengan tanpa rasa bersalah saya meneruskan perjuangan di tempat tidur..Biar dia rileks dulu kan..

Biasanya kalau cuti ni dla kena call boss dulu, mestilah kena maklum kan, tapi bos pun sebenarnya tak berapa sihat, tak datang kerja lagi..So, dla call la FBI, rupa-rupanya dia pun tak sure boleh pergi keje ke tak sebab jalan semua naik air..Beliau dok pusing2 cari jalan yang ok..Then, dla call lagi sorang, baru je nak cakap, pakcik tu laju je "La, saya terpaksa patah balik rumah semula, takleh lalu, BANJIR! saya terpaksa EL..." heee, pakcik ni memang paling kalut kat unit dla..

Memang hujan sangat menggila dari semalam lagi, sekarang ni je dah reda..Tadi sempat bukak blog SABIHAH [baru follow2], rupanya memang teruk gak banjir sebab kat jalan2 utama pun air naik..Tapi sekarang dah SURUT BALIK dah..Patutlah ramai TERKANDAS hari ni..Tapi kes dla la special sikit, ada yang pelik nanti takkanlah dla terkandas jugak sebab rumah dla dengan ofis dekat je...Nak buat camne kan, hari ni memang HARI TERKANDAS..

Dua situasi yang berbeza..yang pastinya situasi dla la yang best..haha..eh, tapi tadi tengah sakit..tak best

So, mood sekarang tersangatlah EXCITED nak masuk ofis esok...Hehe..Sehari berehat rasa cam puas giler weh..Nak nak pulak petang semalam kitorang pergi shopping shawls..Tahu tak WARNA apa paling laris sekarang??? WARNA PUTIH !!! Sebabnya kitorang kan kena BERKABUNG kerana MANGKATNYA IBUNDA YANG DIPERTUAN AGUNG kita baru-baru ni..Yang perempuan kena pakai SELENDANG PUTIH manakala yang LELAKI pula memakai SONGKOK LILIT PUTIH..Ingatkan seluruh negeri terlibat, rupa2nya kat Terengganu je..So, ikut jerlah peraturan dunia, lainlah kalau suruh tak pakai tudung kan..Masing-masing muka putih suci je, hehe..Sekarang kan sume tudung macam2 kaler, warna putih ni seolah-olah dipinggirkan je..Kesian kamu

Putih pun lawa jugak...
Oke, tu jer cerita harini..Hehe..Sekarang perut dah oke, mood pun bertambah oke..Tapi hari ni terpaksa skip la training badminton..wuwuuuuu...

nasi tambah : orang kata ubat sakit perut ni 1 jer..KAHWIN !
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, March 28, 2011

LANTANG BERSUARA TAPI JUJUR

Assalamualaikum...
PERUT LAPAR NAK MAKAN BURGER MEKDI..
TERIMA KASIH DAUN KELADI...
Itu dia pantun dua kerat dari peserta negara SEPANYOL.. Gracias..gracias.. Kerana ENTRY SEMALAM telah memaksa korang ringan tangan memberi pendapat kan..Nasib bek mintak pendapat je..So, thanx korang, best pulak baca..Macam2 idea korang bagi yer..Ada yang suka, ada yang x suka and still nak pakai yang lama tu..Apapun korang memang TERbaekkklah..Bukan apa dla mintak pendapat tu, 1st masa kat kampung akak dla tegur cakap muka nampak tua..Then, masa balik rumah sewa, roommate dla pulak cakap asal nampak kedut sana kedut sini...Ehhh, itu bukan seni ker?? Seni kedut-kedutan namanya..Hahaha...
Cayalah korang ni..Memang sporting !!!
Tapi komen yang paling banyak pasal KEDUT2 tulah..Si FARIROSS siap cakap macam blog ma aku jer..Apekah??Mak aku ada blog??Tak makan nasiklah ayah aku..Sekarang ni dla nak bagitahu yang dla nak guna HEADER BARU jugakkk...Walaupun ada yang tak setuju, tapi dla rasa sebab muka dla nampak tua kot dorang tak suka..So, dla dah buang kedut2 tu, buat shadow jer..Tapi kat mata dla tak buang sebab nampak pelik je kalau buang..Kemudian ada yang tegur pasal FONT yang nampak mengacau hidup je..Konon nak nampak FUNKY sebenarnya..Tapi bila berkali-kali tengok betullah nampak chaos giler! So, sebagai anak yang mendengar kata, dla tukar lagi kepada font yang lebih SIMPLE..Ada jugak yang tegur part "welcome to my life" tu better letak dalam kotak dialog..So, dla try nampak oke jugak..Then ada yang suka dla letak NOTE2 kecik tu tapi ada juga yang tak suka..So dla pilih taknak buang sebab tak ramai yang komplen..hehe..Apa yang makcik dapat simpulkan makcik nak guna HEADER yang barulah memandangkan kesian kat mata ni masa nak kaler bagai tu, lagipun ni 1st trial dla wat header camni..Bukan taknak letak GAMBAR BETUL tapi dla ni sukakan KELAINAN walaupun nampak pelik..Konon nak lain dari yang lainlah..Apapun nanti dla training lagi kasi lagi berseni oke..So, inilah hasilnya..Padahal dah tampal kat header dah..

Rasanya yang ni lebih oke dan simple kan???
Ni dia haaa yang BERANI dan JUJUR memberi komen..Walaupun ada yang 1st time masuk sini, dorang tetap berani bersuara..Camnilah baru dapat jadi BLOGGER yang CEMERLANG...Tabik tilam spring tuk korang semua !!!
YUYU ZULAIKHA | FARIROSS | MISYA | TOK ESAH | ANISA | FULAS | MIRRA | RIA | LULU | ZURA | PAK LONG | HANIEQHA | RAJI | FADZLI | QLAH | AMMAR | SASA | PINKLUSCIOUS | ZATI | TAUFAN | AUJINZ | AINZURAINI | ECHAH | AZZA | FIEYZAN | WAN BLUR | JD JEN | JAA | NABILAH | ALEXA | MISZLULLABY | QASEH | MAMA KEMBAR3 | PUTERI AIN | ADZRIEL AB | TAIKOCIK BULAT | YATIE EPS | MISS YATY | JIJI YU | HIRO | AANIE | SYAIR SI PARA-PARA | LOGORITHM *thanx semua yang komen dan vote*
Tapi tak sangka gak blogger2 yang memang otai lukis2 ni dorang suka ngan design dla just suruh adjust je sikit..Maybe dorang tahu kot nak buat tu susah..Nanti dapat idea lain tukar lagi..hehe..Sebab rasa dah lama sangat guna header tu..Boring dah tengok..Well, SAYONARA MY OLD HEADER..R.I.P..hik!

nasi tambah : aku ni memang tak boleh wat entry pendek2 kot..mesti nak panjang berjela-jela..naseblah..
Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, March 27, 2011

HEADER BARU ! PENDAPAT PLEASE !!!

Assalamualaikum...
GUYS, SAYA PERLUKAN PENDAPAT KORANG ! Masa balik kampung kan, sambil dla guling2 tiba-tiba idea nak mendesign datang..Asalnya dla nak SKETCH kat kertas lepas tu scan...Tapi bila buat selalu rasa tak puas hati..Maka dla pun malas dah nak fikir2, guna jerlah header yang ada tu..Masa tu plan nak lukis gambar perempuan bertudung, macam kartun2 la..Kemudian masa kat kampung dla fikir, why not lukis gambar sendiri dari lukis gambar tak tahu sape tu kan..Maka inilah hasilnya..Sepraisssss !!!!

Klik la kasi MONTEL sikit

 Gambar asal kat bawah ni...

Ya tahu..tak sama pun kan..

Semasa proses melukis dan mewarna...
Bila siap tu rasa cam KELAKAR la pulak..Macam makcik dah ni haa..HAHAHA... Macam BUKAN MUKA DLA la wehhh.. Wuwuwuwu..Dahlah berjam jam nak siapkan design tu, lebih sehari kot tolak makan minum tidur masak, pergi soping lagi..Berair habes air mata, air hidung sume..Susah wooo, sebab totally dla guna mouse ni je nak lukis dan kaler, sampai ada yang terkeluar sempadan garisan..Terover nyah!! Seriously susah bagi yang tangan selalu terparkinson neh..Pesal la susah2 gi lukis balik dla oiii??Kenapa tak buang je background tu??Saje je nak kelainan, hehe..Sudahnya camtulah hasilnya..Ouh, dla guna PHOTOSCAPE je kecuali tulisan tu dla amik kat PICNIK.

Apa korang rasa???? WAJARKAH DLA GUNA HEADER BARU NI?? Atau guna je header lama??Please please please kamu jangan nakal..Ehhhhh, please JUJUR sama guwe !! Sekarang sila tengok kat bawah tu kat "reactions" tu kan ada COOL, NGERI, LAWAK SIYUT, T_T dan BRAVO..Kalo korang SUKA sila klik COOL atau BRAVO oke..Tapi kalau korang rasa header baru ni cam hampeh janganlah segan malu nak klik kat NGERI @ LAWAK SIYUT @ T_T..Dla tak kisah punya..Tapi sebelum klik tu korang anggaplah dla bukan lukis gambar dla..hahahaha..Memanglah takkan sama kan, dla bukan pelukis pro nak2 pakai TIKUS ni hahh..Ce try nak tahu betapa sukarnya detik itu.Tapi kalo korang tetap rasa buruk gila pandai-pandailah korang nak klik yang mana..Wa oke jerrr..Tapi kalau tak suka bagitahulah kenapa, kalau malu nak guna nama sebenar, jadilah  cik anon ke, abang anon ke.. Boleh gak dla improve nanti.. Tapi kalau TAKDE ORANG VOTE isk..isk.. dla akan tukar tanpa ragu2..hahaha.. Dah orang bagi peluang  suruh kutuk taknak..

nasi tambah : saya mintak pendapat je taw bukan pendapatan..
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, March 24, 2011

TENGOK ORANG KAWIN PUN JADILAH...

ASSALAMUALAIKUM...
Malas nak taip panjang-panjang...Keje tengah banyak ni..Petang ni nak balik kampung..Layan jelah pic DLA KAWIN aritu..Hahaha...Percayalah...

Bisikan si isteri..perghhhh..terbakar kot tengok..

Awat muka hang sayu ja ni??? Terasa kaaa???Terasa nak kawin kot...haha

Semoga kekal hingga ke akhir hayat yer...Amin...


SOPAN SIYOTTT AWEK SHAWLS KOKO TU..HAK HAK
Yang pakai baju biru tu PENGARAH kitorang...Yerr...seorang WANITA derrr...Anak beliau yang lelaki..Ni kira majlis menyambut menantu la ni...Nampak sangat ke aku control di situ???ngeeeeeee

Perut dah kenyang pelagi...baliklaaaaaa.....

Saya tetap hepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ^______________^
Sepanjang kat PENANG haritu, kitorang stay kat ZAITON HOMESTAY...1 malam bayar RM 200..Kira okelah, rumah teres 2 tingkat..Lengkap dengan segala kemudahan..Sangat puas hati..Kalau korang ke penang bolehlah stay kat sini kat jalan PINTAS TENGGIRI..Taklah jauh sangat dengan bandar...Klik ZAITON HOMESTAY untuk lebih lanjut usia...Jom kita mengushar dalamannya...

Sape nak nak pegi GEORGETOWN angkat tangan !!!

Pendek kata kalah la dengan rumah sewa dla ni..haha..Tangga siap ade munge2 lagi

Oke, aku berkawan dengan makcik2..hahaha..dah yang muda sume xnak pegi
Oke, chow dulu...Nanti dla serang korang ye..Sori sangat, semalam pun busy tak sempat nak mengadap blog lama2..Niat di hati nak jumpa K.HANIS dan USTAT JIJI esok atau lusa..Tengoklah kalau cuaca oke dan takde plan soping ngan ma bolehla kita jumpa ye...

nasi tambah : balik kampung ni nak pekena satay pokdin la..AANIE sila jangan jeles oke!Lalalala...
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, March 23, 2011

RESULT SPM AKU !

ASSALAMUALAIKUM...
Berdebar siyottttt...Terketaq-ketaq kaki ni nak melangkah ke sekolah..Nak makan pun tak selera.. Semalam tidur pun tak lena wehhhh... Takut..takut.. Macam mana rupabentuk masa depan aku nanti??Huwaaaa..Itulah perasaan dla masa nak amik result dulu...Rasanya semua camtu kot..Nak-nak spesis main-main macam dla ni memang takutlah bila nak amik result..

Nak tak nak kena pergi amik jugak kan..Ingat cikgu suka pegang lama-lama result kamu tu??Walaupun sebelum amik tu dah dengar dah student ni cemerlang, student ni sorang je dapat A tuk subjek blablabla...Bila tiba-tiba nama dla disebut-sebut oleh cikgu yang pernah halau dla dulu sebabnya lambat masuk kelas [cerita dia kat SINI], rasa macam yeke nama aku tu..Lepas tu kawan dla cepuk bahu ni, ha'ah nama ko la dla..Tapi muka still cool lagi, kalau tak betul malu wehhh...

Walaupun berita tu betul tapi untuk subjek tu jerlah dla oke..Hahaha..Dan juga subjek seni yang okelah jugak..Yang lain, bolehla cukup2 makan...Kira padanlah dengan kesungguhan dla study..MENYESAL?? tak baik taw menyesal, tapi kalau boleh amik semula memang nak amik lagi sekali..Tapi nak baca buku tu yang malasnya nak2 subjek sejarah..Huh ! Subjek peberet tu *sambil tangan letak kat dada, mata tengok atas!

So, kepada adik-adikku, selamat mengambil result yer..Hope semua dapat result yang cemerlang..Amin. Sebenarnya follower dla yang ke-1000, REHAN pun lepasan SPM gak..Dasat la korang, muda2 dah ada blog kan..Lawa lak tu..Memang zaman makin canggih..Tabik tuk adik2ku !!! Apapun, malam nanti dalam BERITA macam2 emosi muka dapat kita tengok..HAPPY, SEDIH, TERHARU, BANGGA..

Punyalah sedih sampai tak jejak tanah kaki beliau[bukan saya tahu]
Yang gagal, jangan bersedih tahu, ada hikmah di sebalik semua itu..Yang cemerlang tu, ingatlah sikit kat kawan2 yang dapat result ciput tu..Sekarang kan banyak kursus-kursus kemahiran..Pandai-pandailah korang apply kursus yang betul nanti oke..GOOD LUCK !

nasi tambah : tetap bersyukur dengan life sekarang walaupun result tak cun sangat dulu..yang penting jangan berputus asa^^
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, March 22, 2011

KENAPA AKU SUKA DIA ??

Assalamualaikum w.b.t...
Yuhuuuuu !!! Korang sihat tak??Harini dla nak merungkai satu persoalan yang dla pun tak pasti ada orang nak tahu ke tak..Hahaha...Tapi cek mek molek ECHAH  ni pernah la cakap yang beliau masih tertanya-tanya kenapa dla minat sangat kat DIA ni?? Apapun mari kita berHUSNUDZON dulu..Sebut HUSNUDZON teringat kat NEESA sebab dla tahu perkataan tu dari blog beliau..Neesa, mana kamu lalink?? Biasa kalo dla seru ni tak lama, tup tup beliau muncul..Tengok semalam dla wat entry, HS terus muncul arini..Aritu pasal robot sakti terus beliau terkedek-kedek buat entry..HUSNUDZON ataupun POSITIVE THINKING, dua-dua sama je maksudnya..Kenapa dla suruh husnudzon sebab DIA tu BUKAN MANUSIA..Hahaha..Itulah dulu derhaka kat cikgu BM, habis tunggang langgang bahasa..Dia kan untuk MANUSIA, bukan untuk benda okeh..Baiklah, saya yang salah..Oke dah, cukup untuk intro..Gila panjang!

Echah nilah, beliau pelik kenapa dla suka sangat dengan SUKAN BADMINTON, suka sampai sanggup pergi tengok live walaupun tengah demam aritu kan..Camnilah, dla ni macam membesar dengan sukan badminton sebab ABANG-ABANG dla memang semua gila sukan badminton ni..So, dla macam terikut-ikutlah, belajar main dengan abang dla..Kira beliaulah tok guru dla..Masa tu dla guna RAKET KAYU lagi tahu..Korang ada??Takdenye moon, sekarang ni semua raket besi je ada..

Chitttt...pegang raket pun salah...Harap muka je eksaited
Kira selalulah main depan rumah walaupun tanpa net dan court. Lepas tu 1 Family tengok match badminton..Time tu zaman FOO KOK KEONG, RASHID SIDEK, ONG EWE HOCK, SOO BENG KIANG tengah hot gila..


Ini adalah BULU TANGKIS..
Tapi yang peliknya masa sekolah dla takdelah pulak main tuk wakil rumah ke sekolah ke negeri ke..Dla ni kalau ada bab pemilihan memang selalu fail. *Aku rasa cara tu takleh pakai..Test 2,3 minit je, aku ni jenis gabra masa dulu2, selalu takleh amik shuttle tu..Bagilah masa sejam ke 2 jam ke..Konpom sekarang aku dah jadi atlet muslimah..

Start balik gila-gila main dengan sukan ni masa kerja kat TERENGGANU la, sebab dorang sewa court tiap-tiap minggu, so dla la ajak geng-geng bajet muda main setiap hari SELASA..Eh, hari ni la kan..Lagipun bagi dla sukan ni simple je, tak perlu berjemur tengah-tengah panas..Main dalam dewan je kan, so tak payahla korang risau kulit korang jadi hitam ke kalau risau sebab takut kulit hitamla kan..So, sebab tu dla dah jarang joging kot..Hahaha...

SAYA DAH BERSEDIA !!! SIAPLAH KAMU !
Dla main kat dewan sekolah rendah CHUNG HWA..Bagus kan sekolah dorang sebab ada dewan sendiri, masa kitorang sampai, sempatlah usha budak2 ni main..Boleh tahan jugak hebat budak2 ni, ada jugak yang kalah kalau lawan dengan dorang ni..Nanti dah ada anak nak cari sekolah yang ada dewan badmintonlah..Eh, kesitu pulak..Ngeeheee

Saje je bagi pandangan sisi, taknak bagi korang tengok lemak2 dla
Penting tahu tak bersukan ni, janganlah fikir risiko cedera ke apa..Kalau dah lama tak bersukan even badan korang cekeding tetap tak boleh over sangat tahu, kena SLOW2..Takut nanti urat semua terkejut..Bila dah selalu buat, barulah tak rasa sakit..Sakit ni bukan apa tapi sebab asid banyak sangat dalam badan tu..Tu yang kadang2 lepas main tangan tak boleh angkatlah, lenguhlah..Fakta ni doktor yang bagitahu masa dla dan kawan dla cramp sebab mengada nak masuk larian sejauh 20KM++ dulu2..Sampai terkangkang kangkang nak jalan..Tapi yang dla suka bersukan ni, boleh hilangkan stress bekerja..Time main memang otak dla fokus nak main je, masalah rumah tangga ke, masalah air ke, masalah cintan cintun ke semua tolak jauh jauh..Dan sebenarnya kata YUNA, dla ada admire kat seseorang..KANTOI! Tapi beliau jaranglah datang main sekarang.. huuuuu..I MISS YOU T___T Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK TUBUH BADAN KITA !

nasi tambah : harap-harap beliau ada petang ni..hurmmm
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, March 21, 2011

AKU MEMANG PANTANG TENGOK BLOG CAMNI

ASSALAMUALAIKUM...
Dla ni kan memang pantang tahu tak kalau jumpa blog yang macam gini..Rasa geram je..Apa salah dorang sampai dla geram sangat-sangat ni..Sebab dorang dah buat dla jadi angau...Hahaha..Dla kan memang suka tengok blog kartun, yang boleh lukis-lukis dengan comeynye..Contohnya macam ROBOT SAKTI !



Seriously memang jatuh cinta dengan kartun beliau yang comey je, pandai giler buat muka nerd dan blur rasa cam nak lempang-lempang manja je biar sedar sikit..haha..Robot sakti jangan marah, nanti dla belanja NASI KERBAU ehhhh NASI KERABU daaa...

Lagi satu GERAM GILA tengok blog ni..Blog HEIDI SHAFIQ...Bulat-bulat je lukisan dia..Tapi HS ni nakal sikitlah kartun dia..Tapi tetap comey...dah lama HS ni tak update blog ye..cepatlah update ramai nak tengok kartun HS ni...


Kemudian dla jatuh tangga dengan BUNNY RAJI...Tak tahulah RAJI ni guna program ape..Memang cute je hasil seni beliau..Dla kenal RAJI ni masa kitorang menang peraduan BANNER paling cantik..Masa tu MINAH POYO mana entah dapat nombor 1, RAJI dapat nombor 2..Minah poyo tu macam malu-malu je sebab rasa RAJI patut dapat nombor 1 sebab blog beliau memang lawa dan berseni...Tak sangka pulak RAJI ni memang peramah gila..Sukalah berkawan dengan RAJI ni..


Kalau nak tengok lukisan HITAM PUTIH, silalah ke BLOG ROQ..memang ternganga habes even takde kaler..Serius jatuh cinta gedebuk gedebak tengok..Tak caya meh tengok ni..Tapi ade jugak ROQ ni main kaler-kaler tapi tak banyaklah...Roq pun sama, bila nak update ni bro??



Terbaru dla tengah follow balik orang yang follow dla, terbuka 1 blog ni..Nama dia BAYU, dla bajet mesti beliau ni seorang yang puitis..Bila bukak, WAHHHHHHH....Gila berseni mamat ni...Makcik suka lah dengan BAYU ni...Beliau pandai lukis POTRET wehhhh...Kagum kagum...Meh tengok hasil seni beliau..

Ni potret tuan tanah kot

Rasa2 ni potret sape??
Cun kan kan kan???
Korang nak tempah pun boleh taw...Sebenarnya dla baru tahu yang BAYU ni junior kepada MANGSA YANG JATUH BANGUNAN hari tu..Betapa keciknya dunia ni kan..Apalagi, silalah serang blog dorang yang best tu..Klik je tulisan yang dla BOLD tu..

Bertuah kan dorang dikurniakan bakat semulajadi..Apapun anugerah itu datang dari YANG MAHA PENCIPTA, bukan untuk membanding-bandingkan dengan CIPTAANNYA tetapi bersyukurlah kan dorang dapat bakat macam tu..Tiba-tiba dla rajin promote blog orang kan..Bukan senang ni..Nak wat camne dah teruja sangat kot..hahaha..Walaupun macam ROBOT SAKTI, HS tu dah lama kenal dengan dorang tetap teruja setiap kali dorang update entry baru..Nak wat camne dla hanya mampu lukis ORANG LIDI je..hehe

Time mood rajin baru main conteng-conteng
Kalau ada blog lukis-lukis sila inform dla ye..Laju2 dla gi serang nanti..Kalau yang perempuan maybe CIK BULAT dan BELOG CAP AYAM[blog ni mmg pemes] kot yang suka lukis2..Kalo SKETCH suka tengok yang SOPHIE, beliau kan budak archi..Memang jauh beza la hasil seni beliau berbanding dengan dla ni..Tabik spring tuk SOPHIE, hope nanti beliau berjaya menjadi ARKITEK yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Eh, tak habes lagi aku mereview blog yer..Oke, dah dah..Nah tatap hasil sketch SOPHIE pulak...Harini memang MOOD SENI kot..
Lawa cam sophie kan sketch beliau..
Oke, dah habis dah...Hehe..Thanx baca sampai habes!! Muah..muah !!!

nasi tambah : rasa macam nak amik kelas lukisan je..Ada sape2 bukak kelas tak?
Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, March 20, 2011

ANAK MAMI SUDAH KEMBALI

Assalamualaikum....
Rindu dla tak??Haha..Alhamdulillah dla selamat sampai pukul 2pagi tadi..Pagi ni dla cuti separuh hari..Ada jugak cuti separuh separuh ni ye..Sebenarnya ini CUTI GANTI masa Maulidur Rasul...Bolehlah tidur lama sikit pagi ni, bajet cam aku je yang drive..FBI rajin bebenor pulak masuk kerja arini..Syabas syabas !!

Sedang merenung masa depan di atas Banjaran Titiwangsa..Hehe
Thanx yang mendoakan dla selamat pergi dan selamat pulang di ENTRY LEPAS..Maklumlah musim sekarang ni kejap hujan kejap panas kan..Tahu tak masa on the way tu kat GRIK, kitorang terjumpa ENCIK FUMAKILLA, masa balik pun jumpa lagi kat GRIK..Sebelum ni dla pergi utara tak pernah jumpa lagi ENCIK FUMAKILLA ataupun lebih dikenali sebagai ENCIK GAJAH ni..FBI pesan kalau terserempak GAJAH dalam hutan jangan sebut GAJAH tapi panggil nama lain, FUMAKILLA ke, ABANG KUAT ke..Kalau HARIMAU pulak, nama glemernya adalah MAYBANK..Ingat tuuu...

Disebabkan dla tak bawak lappy ni masa pergi Penang, so harini baru boleh approve komen korang...Oke, nak serang korang pulak..Tunggu oke^^ Nanti dla cerita lagi episod jalan-jalan dla kat Penang tu..

nasi tambah : malasnya nak masuk ofis..best pulak guling2 depan tv
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, March 18, 2011

ROMBONGAN CIK DLA

ASSALAMUALAIKUM...
Update laju-laju! Harini dla mahu ke SEBERANG kerana mendapat undangan.. Jauh derrr demi sepinggan NASI MINYAK !! Untung badan dapat NASI KANDAR...Sebenarnya dla malas nak pegi tapi setelah dipujuk rayu bertalu-talu oleh FBI...Hahahah, FBI jangan marah, saya kam selalu over..Tapi bila tahu wife FBI pun ikut so, dla kira teman wife dia la ni..Kalau tak malas nak pegi KENDURI KAHWIN ni, jauh pulak tu..Oooo..nak pergi tengok orang kahwin rupenye...Nahhhh, cium kad kahwin ni dulu..Amik berkat...


Sebenarnya ANAK PENGARAH dla yang nak kahwin..So, kitorang buatlah ROMBONGAN CIK KIAH, maka dla pun nak berkiah jugaklah ni..Sambil jalan-jalan best jugak kan..Sebab tulah kamu tak balik kampung yer..Kesian anak-anak buahmu yang rindu nak menggodam lappymu itu..Persoalannya, DIMANAKAH LOKASI ITU???Pi baca balik kat atas, dah bagitahu awal-awal lagi...

Rumah yang bakal kitorang serang

Doakan dla SELAMAT PERGI dan SELAMAT PULANG ye..Tolong jaga blog dla ni..Kasi bersih-bersih ye..Chitttt, padahal pergi 2 hari jer..Hahaha..Bye, MAKCIK PERGI DULU !!!

Hadith Rasulullah S.A.W
" Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam
Bukan daripada kepala untuk menjadi atasnya,
Bukan dari kaki untuk menjadi alasnya,
Melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
Dekat dengan hatinya untuk dicintai"
[Aku curik ayat dalam kad kawin tu] 

Ehhhh, lupa pulak, hari ni birthday MY BIG BRO lah..Happy birthday bro..Tak sabar nak tengok my bro kawin INSYAALLAH hujung tahun ni...hurmm.. Oke..oke..saya pergi sekarang...daaaaaaaaaaa !!!!!!!

nasi tambah : ada blogger dari penang ka??habaq mai sat..
Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, March 16, 2011

ZAMAN HINGUSAN AKU

ASSALAMUALAIKUM...
PLINGGGG !!! "KEMBALI KE ZAMAN HINGUSAN!!" *Baca dengan nada DORAEMON yer..Ni gara-gara haritu baca blog ANAK PAKCIK USOP la ni..Tiba-tiba MAN dipersalahkan ye..Hahaha..Buat dla teringat je masa kecik-kecik dulu...Ni kira tak mahu kalah la ni dengan anak pakcik usop tu..Tapi memang betul pun zaman kanak-kanak dulu fun habes oke..Kita boleh nampak sendirilah bezanya cara hidup kanak-kanak sekarang berbanding kita dulu kan..


Hari ni dla nak bagi TOP TEN permainan-permainan yang kitorang layan dulu-dulu...Jangan terkejut sebab dla nak guna BAHASA SEPANYOL sikit hari ni barulah betul-betul rasa kembali ke zaman dulu...Buat-buat faham jelah ye..hehe..Mula-mula kita ONE, TWO JUICE A.K.A ROCK PAPER SCISSORS dulu! Tapi makcik tengok sekarang ni takde dah dorang nak 1,2, juice dah..Tak fun betul la..Makcik start sekarang ye^^


***********************************************************
TEMPAT KE -10 [Macam kartun HAGEMARU la pulak]
OLA OLI
Ini game budak perempuan biasanya..Makcik nyanyi la sikit yer..Nanti senang, cucu makcik boleh refer sini.."Ola oli kuberi nama, saudara saudari cik keboom cik keboom..Putih-putih melati Ali Baba..Merah-merah jelita Miao Miao..Siapa yang baik hati Cinderella..Pastu kan tiba-tiba kuar perkataan DISCO..Makcik pun lupa dah camne tiba-tiba ada perkataan disco..hahaha


TEMPAT KE-9
CHAK KLEPI KLEPU KLEPA
Hahaha, ni betul-betul game dari negeri makcik..Actually macam nyanyi la tapi ada gaya tu yang best tu..Sape tahu makcik tabik spring !! Makcik ada jumpa video budak Arab yang boleh nyanyi lagu ni..Nampak macam budak ARAB, maybe ibu atau ayah dia orang Kelantan kot..Cute je dia nyanyi taw..Makcik ingat nak paksa anak buah makcik nyanyi lagu ni gak la..Kalo tak, tak dapat duit raya..

video


TEMPAT KE-8
SELAMBUT !
U know SELAMBUT??Bukan selembut tanganku ni..SELAMBUT A.K.A BATU SEREMBAN daaa..Kutip je batu tepi jalan, main ! Kat sekolah pun layan ni game selambut..Sempoi je kan...

TEMPAT KE-7
MAIN NUSUT
Main nusut A.K.A HIDE and SEEK ! Makcik masa kecik-kecik dulu tinggal kat QUARTERS JKR..Tengah-tengah tu ada kawasan lapang..Memang best giler..Biasa rumah ABAH*jiran kitorang yang selalu jadi mangsa tempat nak sembunyi sebab banyak pokok..

TEMPAT KE-6
LOMPAT TALI
Ada lagu dia yang kitorang kene nyanyi sampai sekarang makcik tak faham maksud dia..Sapelah punya pengasas lagu tu agaknya.. Beluuuubehhhhh..sakkenatokseh...Korang faham???Makcik pun tak faham..

TEMPAT KE-5
DATUK HARIMAU
Game ni makcik layan masa dok quarters gak..Main time malam..Pukul berapa datuk harimau??Lepastu mulalah lari berkeliaran..hahaha..best gila masa kena kejar...dah macam kena histeria..

TEMPAT KE-4
POLIS SENTRI
Polis sentri one two jaga..sebenarnya POLICE ENTRY tapi biasalah budak2 kan sambung je sebut jadilah polis sentri...yang ni anak pakcik usop ada wat ulasan yang panjang..Semua pakat nak jadi polis time tu...Eh, jom kita main polis sentri..Mana nak dapat tengok budak-budak main sekarang ni kan??takdenye moon nak mainnye!

TEMPAT KE-3
TARIK UPIH NYOR !
Haaaaa..ni game paling happening..Mahu tak best nak-nak bila kita jadi passenger kan..Best je kena tarik..Kadang-kadang budak-budak ni jahat gile, ditariknya laju-laju sampai bergolek-golek makcik ni..Tapi syokkkk wooooo...

Ada sape2 sudi bawak makcik naik upih lagi tak???


TEMPAT KE-2
DEK CHOK
Hah ! Tahu tak maksudnye tu?? Tahu TENG TENG??? Samalah tu, tapi makcik panggil dek chok ! Makcik rasa sebab tulah makcik ni suke melompat-lompat dan aktif semacam maybe dulu makcik EXPERT game dek chok ni...kalau kat sekolah, kapur cikgulah jadi mangsa..Lukis atas simen pastu mulalah sorang-sorang terkinja-kinja..heeee

DAN JUARANYA JATUH KEPADA...*drum roll plisss..dum dum dum...
BERAMBAT CHOP DUDUK !!!!
Best gila kot main ni..kejar-kejar pastu sape kena dia jadi pulak..Menjerit-jerit masa kena kejar sorang-sorang..kalau sekarang makcik main memang akan jadi MAKCIK PALING GEDIK di abad ini...Nama game ni pun unik kan..BERAMBAT = KEJAR..CHOP = macam STOP kot..

Nak hurai panjang-panjang makcik takut ada yang tertidur..Makcik taip sehabis pendek dah tu..tapi anak buah makcik ni, benda ni yang dorang dok gila sangat main...Banyak lagi sebenarnya game yang makcik layan tapi itulah antara TOP TEN nya..korang dulu suka main ape???

Nampak tak keseriusan dorang menggodam lappy makcik tu...


Makcik pulak layan CS, NFS sume..memang lunyailah dapat kat dorang ni
Apa yang makcik dapat simpulkan, zaman makcik dulu banyak guna FIZIKAL ketika bermain berbanding dengan anak-anak zaman sekarang banyak menggunakan MENTAL..Jangan pelik la kalau muda-muda dah rabun dan badan mudah membesar dengan pesatnya..Sape suruh mengadap benda alah tu hari-hari kan..Tapi kadang-kadang anak buah dla sampai sanggup skip meal punyalah sayang nak tinggalkan game..Makcik pun apa lagi, menggunakan kuasa veto yang ada la...Baru masing-masing memblahkan diri..Hahahaha..makcik memang kejam...*perghhhh..entry paling panjang kot!


nasi tambah : makcik tak balik kampung minggu ni..kalau tak abes rrr lappy makcik kene godam..sekarang kan cuti sekolah...tapi sebenarnya makcik nak balik tapi ada hal...rindu pulak nak jerit2 kat dorang sume ni
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥