APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Monday, January 31, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR [PART2]

SAMBUNGAN DARI PART 1...
ASSALAMUALAIKUM...Oke nak sambung lagi ni..hope takde yang muntah yer..heee~~Perjalanan diteruskan dengan penuh berhemah..Dan juga segala gaya juga harus dipraktikkan..hawhaw..Kalau tak takkan sampai 200++ gambar kitorang snap kat sini...Tapi takkan nak letak sume kan, yang terpilih aje..Kalau tak nanti korang akan lihat ada DUGONG terdampar tapi setelah difikirkan, taknak letaklah..Melampau lak bile tengok gambar tu..hehe..Jom ikut dla jalan2 ke serata negara..wahhh ^__^

Dengan selamba je dla panjat posing atas tu..hihi..kat sinilah ada DUGONG
TERDAMPAR..Kota apakah ini??Inilah ALEPPO CITADEL, SYRIA. INFO:
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di SYRIA, kota ini
membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.


Sedang menanam hasrat untuk sampai di sini 1 satu hari nanti..Amin...

Hai kawan-kawan !!!!

Sape taknak pergi mekah kan? INFO: AL-HARAM MOSQUE, MECCA menempatkan
tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu KAABAH bermaksud "tempat
tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan
 batu biru yang terdapat di LEMBAH HIJJAZ. 

Sangat biru...

INFO : ABU NASR PARSA, AFGHANISTAN ini  dibina pada abad ke 17 dalam gaya
 TIMURID. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang
berpusing di hadapannya..Pembinaan makam ini adalah bagi mengabdikan jasa
ahli teologi terkemuka, KHWAJA ABU NASR PARSA.

Oke, dari AFGHANISTAN kita ke IRAN pulak..MASJID SHEIKH LUTFALLAH, IRAN
ini merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan
sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amii,
seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Bangunan unik ala2 tangga pilin ini adalah MASJID BESAR SAMMARA yang
terletak di IRAQ..INFO: Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah
Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam
bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah MENARA BERPUSING
yang terletak di bahagian utara masjid ini.wahhhh




Menyorok di sebalik tiang dengan harapan lemak dapak disembunyikan..


Ini adalah gaya bagi orang yang tembam macam dla oke..bagi nampak separuh
sudah..INFO jangan lupa : MASJID PATTANI ini dibina pada tahun 1954 semasa
pentadbiran FIL MARSYAL SARIT. Masjid ini menyerupai TAJ MAHAL.Ia merupakan
tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.


Agak2 korang bleh agak tak kat mana ni???
|
|
|
|
|

V
MASJID NEGARA laaa..ouh, serius time ni hujan turun renyai tetapi
penggambaran harus diteruskan babe.. INFO : Dibina pada tahun 1965 sebagai
tanda penghormatan terhadap PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA. Bumbung utama merupakan payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.


Hilangkan penat berjalan jap..sedut udara dulu...

Duduk pulakkkk..hehe..NEXT DESTINATION, fokus pada bangunan belakang..
Antara tempat yang dla nak sangat2 pergi !!!!!


 BERSAMBUNG LAGIIIIII...nak buat kerja pulak..kena siapkan kerja sebelum CNY !

 p/s : jeles tol tengok orang yang update pasal gathering semalam..wuwuuuu

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, January 30, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR [PART1]

Assalamualaikum !!!! Fuhhh..semalam blog ni tido yer..Tak update dan tak BW pun..hehe..Sekali sekala kasi JEJARI RUNCING ini berehat kejap..Tapiiiii, jari jemari je berehat, kaki neh tetap super duper active !Hari ini dla takleh membebel panjang sebab korang bakal disajikan puluhan gambar yang mungkin membuatkan korang muntah hijau nanti..Korang tengok tajuk sudahlaaa, ni baru PART 1..
Pagi semalam, roommate dla la, tetibe ajak pergi TAMAN TAMADUN ISLAM..tengok pada cuaca dulu sebab ari Jumaat masa kitorang ronda kat SHAHBANDAR, hujan + ribut kuat sangat sampai separa basah walaupun dah bawak payung..Bila tunggu sampai pukul 12tengahari tengok langit agak oke, terus mandikan anak <---itu kalau korang ada anaklah..cam dla ni anak tekak je ada..Lepas zohor, terus gerak, ecehhh cam jauh je padahal dalam 15minit jer..hehe..Sekarang sediakan plastik supaya senang korang nak muntah...
PINTU GERBANG TTI..hoyeahhh..dah sampai !! "TAMAN MONUMEN TTI
memaparkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali
zaman kebangkitan Islam sebagai agama global lagi sofistikated" <---amik dalam passport TTI ^__^
Rasa baru je sampai sini masa KURSUS aritu..Time tu melawat MASJID KRISTAL, memang plan nak pergi lagi tak sangka lak semlam kejadian beb..hoho...ko dah 3 TAHUN kat TERENGGANU baru nak pergi..Wat malu betol..hahaha
Ko jangan main2, nak masuk sini kena ada PASSPORT kalau tak korang tengok
dari luar jerlah.Bayaran masuk adalah RM 15 bagi WARGANEGARA MALAYSIA,
kalo macam BEN BRADSHAW xde IC haruslah kau bayar RM 25 !
Ummmmchakkkkk ! Teka saya dimana?? INFO: Masjid ini didirikan pada tahun
1392 M oleh LAKSAMANA HAJI CHENG HO pada zaman DINASTI TANG. Walaupun
rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah
mengadap kiblat.
Hebatttt, sudah sampai CHINA maaaa..Gong xi..gong xi..Pic tadi adalah MASJID XIAN
Masjid ini sangat cantik...banyak giler kitorang pose kat cni..hehe..Gadis yang
tunduk malu itu adalah roommate dla..
Masjid ini kat RUSSIA rupe2nye..Tetibe rindu kat ALEXA dan ML, dorang tengah
 syok bercuti skang ni..cepat balik update blog plak yunk oiiii...
INFO: Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah
 kejatuhan SOVIET UNION.Ia merupakan soroton 1000 tahun sejaran panjang
KAZAN dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman KREMLIN.

Jangan tahu posing bagai jer.kena baca taw!dah nama lawatan sambil belajar kan.
Unik kan MASJID BESAR AGADEZ, NIGER ni..INFO: Masjid ini diperbuat daripada
tanah yang dikeringkan ,dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan AGADEZ.
Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
Peluk beliau ketat2..INFO:MENARA KALYAN, UZBEZKISTAN ini telah dibina pada tahun
1127M oleh ARSLAN-KHAN.Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.
Tolong !! Tolong !!

Sepatutnya boleh masuk tapi dorang tengah renovate kot..so pose kat tepi dinding jelah..
INFO: ISTANA MERAH AL-HAMBRA merupakan istana purba dan kompleks kubu yang
dibina di antara tahun 1238-1354M di bawah pemerintahan MOHAMMED BIN AHMAR,
RAJA NASRID PERTAMA.
Oke, sekarang kat mana pulak yer...
Ini adalah GREAT MOSQUE OF QAIRAWAN, TUNISIA...INFO plisss : Dibina pada
670M oleh UQBA IBN NAFI, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini,
setelah dibina semula sebanyak 3 kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qirawan.
tetibe rasa terlebih ayu ni..kwang kwang!
Nak ayu lagi, pose bersama payung..props ni bukan saje2 bawak tapi sebab
takut hujan turun maa...
Oke, sudah pening, taktaw nak pose camne lagi..INFO: SULEYMAN MOSQUE, TURKEY ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke-46
pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan,
hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Gergasi mau masuk tapi x boleh...
Asek pic dla je kan, letak pic beliau pulak..INFO: MOSQUE OF MOHAMED ALI, EGYPT
ini juga dikenali sebagai MASJID ALABASTER berikutan penggunaan bahan ini
dengan banyak di dalam pembinaannya.Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang
pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.
Sangat eksaited, rasa macam betul2 sampai sini..Kenapakah aku kelihatan sungguh
tembam di sini?Grrrr..INFO: Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar
Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini
dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat bagindadisemadikan.
Semoga aku dapat sampai sini nanti..Amin...
BERSAMBUNG....^__^


p/s : dla bayangkan kalau bawak kertas lukisan dan pensil, duduk mengadap monumen2 ni, kemudian lukis puas2..
Kalau BEST, sila LIKE

Friday, January 28, 2011

SAAT DITEMUDUGA...

Haaaa...kamu ! Siap sedia...lepas ni turn awak pulak! Gulp! Time tu sume rasa akan datang, nak terkencing, nak terberak, menggigil abes 1 badan..Orang putih cakap "BUTTERFLIES IN MY STOMACH"! Apesal ek perasaan camtu selalu je menepek dalam perut, nak nak time exam, public speaking, presentation dan juga INTERVIEW...So, hari ini, dla dengan perasaan bajet bagusnya nak share la ngan korang pengalaman saat-saat menghadapi si penemuduga..Sebenarnya pengalaman dla tak banyak, rasa 3 kali jer kot..

PENGALAMAN PERTAMA masa temuduga untuk jadi JURURAWAT MASYARAKAT, sebenarnya dla tak berminat nak jadi JM, tapi sebab ikut kata kawan dla, kene isi jugak so dla isi..Jadi sepanjang ditemuduga memang dla acuh2 tak acuh je jawab..Jahat taw, pastu jadi calon simpanan dan kene panggil lagi sekali..Tapi dla tak pergi, keh keh keh...
PENGALAMAN KEDUA, selepas lulus ujian PRA PERUBATAN, kene temuduga pulak..Terlebih jujur la pulak masa jawab soalan..Yang ni frust la sikit, sebab dla memang nak tapi takde rezeki..Sebenarnya dla rasa macam susah nak dapat kerja bergantung dengan diploma dla tu, tu yang gedik2 mintak kursus pra perubatan dengan harapan lepas kursus terus dapat kerja..So, dla pun fikir, try jelah apply keje dengan SPA..Lama jugaklah nak tunggu dorang ni panggil..

Bila dapat surat PANGGILAN TEMUDUGA tu dla dah check BERAPA KEKOSONGAN semua, time tu rasa macam susah kot nak dapat sebab tak banyak kekosongan..jadi, dla taklah menaruh harapan, just pergi tuk amik pengalaman je..dahla masa sampai tu dla ni perempuan paling last..Bila sembang dengan dorang, kebanyakannnya semua FRESH GRADUATE, rasa cuak jugaklah sebab dla dah beberapa tahun tinggal study, tobat tak ingat dah kalo tanya soklan yang pelik2..
Jangan bersikap OVER CONFIDENT!
Bila lepas  sorang sorang siap, masing2 laju la bertanya dorang SOAL APA, boleh jawab ke tak..Bile dla dengar dorang cerita lagilah rasa, OMG apa aku nak kelentong jap lagi ni..hehe..Tapi tak tahulah time tu dla punya perasaan COOL semacam je..Tak rasa nervous pun, sebab dla dah set mind, amik pengalaman dulu..kalau ada rezeki InsyaAllah dapat..Masa tiba turn dla ni, sume geng perempuan dah siap, tinggallah dla dengan beberapa orang lelaki <---ni muka2 datang lambat..haha..Tapi ingat tau, pakaian mestilah KEMAS, JANGAN PAKAI JEANS atau SELIPAR..Yang TIDAK BERTUDUNG, sika ikat kemas2 rambut tu...

TIPS BILA NAK MASUK DALAM BILIK PENEMUDUGA :
  • KETUK PINTU dan BAGI SALAM and make sure korang kena tahu STATUS penemuduga, CIK @ PUAN..Bila dorang suruh DUDUK baru korang duduk oke.
  • LEMPARKAN SENYUMAN yang paling manis..jangan ko GEDIK pulak wat style MANJA
  • POSTURE BADAN mesti tegap babe, jangan nak ngada2 buat lemah lembut, ataupun kaki terkangkang..
  • Bila kene memperkenalkan diri, SUARA MESTI JELAS dan LANTANG tapi janganlah sampai 5 oktaf..Gune bahasa standard, jangan cube nak promosi loghat negeri korang pulak..kalau boleh control perasaan gugup itu..
  • JANGAN TUNJUK SIJIL korang sebelum diminta...
  • Bila dah KENA SOAL tu, cuba jawab dengan penuh keyakinan, agak2 macam betul je jawapan walaupun salah..tapi janganlah korang kelentong kaw2 pulak..dorang TAK BODOH oke.
  • Kalau agak2 korang dah BLUR2 tahap dugong, memang blank teros pale hotak tu, tak reti nak jawab, korang MINTAK MAAFlah, cakap TAK PASTI..jangan menangis pulak konon nak simpati..
  • Tapi sebelum ditemuduga tu, STUDY la sikit pasal JAWATAN korang, atleast kena tahu APA TUGAS-TUGASNYA..Barulah nampak yang korang betul2 nak jawatan tu..
  • Jangan cerita tentang perkara-perkara sedih pasal kehidupan korang..nanti dorang akan fikir, budak ni banyak MASALAH, nanti akan selalu ponteng kerja..
  • Jangan suka POTONG LINE, tunggu soalan habis dulu baru jawab..bawak bersabor oke.
Errr..apa lagi ek, yang penting USAHA harus ada tapi JANGAN TERLALU MENGHARAP, banyak-banyakkan BERDOA, INSYAALLAH ADA REZEKI korang..Jangan mudah berputus asa, rezeki kita berbeza-beza, ada yang senang dapat, ada yang berpuluh-puluh kali kena interview tapi still tak dapat-dapat..Ada HIKMAH tu, kite je tak nampak..So, harap dengan tips ni[ouh aku buat tips rupa2nye =) ], korang akan lebih sedia untuk menghadapi saat saat itu..Walaupun jawatan tu tak sama tapi secara basicnya sama jer..Alhamdulillah dla kali pertama interview kerja dengan SPA, terus dapat..SYUKUR sangat2..Dla rasa kalau korang apply thru SPA lagi banyak kot peluang nak dapat berbanding dengan iklan2 dalam paper..Yang penting...USAH PUTUS ASA..KELAK KAU BERJAYA..MENCAPAI CITA-CITA..<--perghh...sekali lagu HAZAMI daaaa...Akhir kata...AJA AJA FIGHTING ^__^

p/s : Korang tau SB? KLIK SINI cepat! Dorang sume peramah giler..nak ping entry pun boleh..silelah join yer ^__^
Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, January 27, 2011

MINIT MESYUARAT

Assalamualaikum...Setelah berhempas pulas, berhidup-hidupan DARI PAGI SAMPAI PETANG, maka inilah hasilnya..Kalau dah start meeting memang camtu, susah nak berhenti..Tapi budak ni memang takleh terlalu fokus sangat benda-benda camtu, bleh sakit jiwa..Harus dimanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada..Pen ada, kertas satu buku..
Tolonglah cepat sikit habis...Bosan taw...bosan taw..Grrrr..Apa nak buat ni..
Maka inilah hasil kerja keras DLA...muahaha..Barulah best kalo MINIT MESYUARAT style camni..Seni der...SENI adalah JIWAKU..Perghhhh !
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Walaupun cam sengal2 tapi dla taw ape yang dorang cakap cuma ini cara dla
 dengar meeting..Encek BOS, sila memahami keadaan beliau..Masa pagi
kaler biru..Pastu bile sambung meeting kul 2, siap bawak kaler lain pulak..hee~~
Walaupun rasa MENGANTUK tahap DUGONG !!!!
Korang baik kan..Jangan jadi macam dla, tak baik untuk prestasi kerja korang...Tapi serius dla tak suka meeting, dla rela wat keje lagi dari duduk seharian bermeeting...Bosan taw!! Cuma part makan je suke..Miahaha..

p/s : THANX TO BLOG ROQ COZ bagi TUTORIAL cara nak "REPLY TO COMMENT" yang ditutor oleh KAKAK BELIAU iaitu CIK LINN..[tetibe orang yg komen jadi sekali ganda^__^]Thanx CIK LINN.Ouh aku dah KETAGIH dengan BLOG ROQ !

Kalau BEST, sila LIKE

Wednesday, January 26, 2011

CALON-CALON ABANG GAGAH PERKASA

Assalamualaikum semua!Hari ni cikgu nak tunjuk kat murid-murid semua gambar abang-abang gagah perkasa..Haha..dah dah, berangan cikgu pulak, mentang2 la semalam ramai yang nak jadi anak murid, bajet pulak beliau ni..Tanpa membuang sampah merata-rata, mari kita lihat wajah-wajah itu ^__^
Amacam?? Kacak lagi bergaya tak??Hahaha..Pilih laa nak yang mana kalau korang sanggup kene LASER ULTRAMAN dengan isteri dorang ni...Apa encek2 abang ni buat yer, tiba2 unit dla jadi perhatian ni?
Ooooo...kene mengangkut kabinet rupa-rupanya...Memang sah GAGAH PERKASA la korang..Ini yang untungnya bila dla sorang je MINAH BUNGA kat unit ni..hehehe..Tukang tengok, tukang arah..opsss..tukang arah tidak oke..Tukang amik gambar, yer..Memang opis dla kelam kabut sikit seminggu dua ni sebab ada pertukaran tempat duduk..Biasalah tu kan..So, encek2 abang sekalian, apalagi..TUNJUKKAN KEJANTANANMU itu =)

p/s : kejap lagi ada MEETING..TAK SUKA! Tapi ada MAKAN kot..SUKA ^__^
Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, January 25, 2011

SAYA ADALAH CIKGU FBI

SELAMAT PAGI !!!! TEMAN ADIK DI SINI...haipppp..bajet adeq kunun, rambut dah beruban..ASSALAMUALAIKUM sume..Sihat tak??Kalau tak sihat cepat2 gi apply MC..muehehe..

Sekarang sila panggil saya CIKGU DLA...Saya adalah cikgu yang tidak bertauliah, yang tidak mempunyai apa2 sijil perguruan tiba2 semalam menjadi cikgu..Cikgu ape taw, CIKGU SUBJEK BLOG ! Macam terkejut sikitlah bila ada kawan seunit dla mintak tolong ajar cara nak buat blog..Sebelum ni maybe dla sorang je kot ada blog kat opis neh, kadang2 best gak bile blog kita ni kawan2 kita tak taw, padahal bukanlah dla buat en3 yang bukan2 kan...Saya kan PEMALU..hahaha..

So, dla ajarlah yang basic2 dulu, DAFTAR NUFFNANG, DAFTAR SHOUTBOX, CARA NAK POST ENTRY blablabla..Banyak-banyak kan nanti pening..Dla dulu pun takde tok guru, sendiri godek sebab tu blog ni selow cam tuan dia..hahaha..Daftar NUFFNANG pun selepas beberapa bulan blogging..Tapi semalam macam terkejut la bila siap daftar nuffnang, terus naik iklan MILK A DEAL tu..pemurah bebenor nuffnang ni, terus bagi iklan kat newbie..Tapi pagi tadi lepas bangun tido masa nak off lappy ternampak entry dari blog EDY bertajuk JIKA ANDA BLOGGER ISLAM...Terus cuak giler masa baca..Nauzubillah sangat-sangat..Thanx EDY for sharing that info..Korang kalau ada yang tak baca lagi, klik kat tajuk tu..Benda2 macam ni kena sebarkan tapi Alhamdulillah iklan tu dah stop.
Inilah dia encek F.B.I, cikgu tengah mengajar sempat lagi curik tangkap gambar beliau..Sori der..hehe..Sedang mendaftar nuffnang..FBI ni, yang menariknya beliau wat PART TIME kat JPAM..So, banyak jugaklah berita2 sensasi yang beliau ni cerita kat kitorang..So, dla rasa oke jugaklah beliau ni ada blog, bleh sharing2 kan.
Haaaaa..ini adalah satu contoh kerja yang beliau selalu buat..TANGKAP ULAR! Sape2 kalo rumah korang ada makhluk yang tidak diundang masuk , cepat2 kontek beliau..So, apa lagi JOM SERANG FBI sekarang!Tapi jangan pengsan pulak tengok gambar dalam tu..Kepada FBI, JANGAN HANGAT2 CHICKEN SHIT je taw..Satu lagi, ikhlaskan berblog, jangan sebab berita RED MUMMY yang dapat ribu riban, juta juti tu maka sebab tu buat blog..Niat harus betul oke..RED MUMMY tu lain sebab RED MUMMY=RM. To FBI, HAPPY BLOGGING DER !

p/s : THANX CIK PINKY GIRL[yatie] TOLONG INGATKAN AKU untuk update BLOG arini..hehe..terharu..DLA skang ni sehari 1 entry jer yunk, kalo ada masa lebih baru update 2,3 entry..
Kalau BEST, sila LIKE

Monday, January 24, 2011

SA...SAYA MENANG ?

Assalamualaikum semua...Jangan ada yang MONDAY BLUES oke..Semalam lepas jer publish PANTUN dla terus tido sebab roommate dla pun baik punya lentang, so dla pun teringin nak ikut jejak langkah beliau..Lappy pun dla x off sebab tengah seeding torrents.

Bangun pagi ni nak off lappy, tengok kat SHOUTBOX ada orang message "TAHNIAH TEMPAT PERTAMA"! Pastu tengok message kat bawah lagi dari LAKSAM BERLIPAT cakap "AWAK MENANG"! OMG !!! SA...SAYA MENANG BANNER CONTEST tu ke?? BANNER CONTEST tu bukan tengok pada banner je, tapi keseluruhan, template, header..blablabla..Tapi biar betul i dapat 1st prize..Disebabkan kesuntukan masa maka hold dulu keterujaaan itu, nak masuk opis dulu...

Sampai ofis terus check dan memang betul la dla dapat 1st PRIZE, serius macam tak percaya sebab blog dla kan bukannya ade template pun..hehe..Putih suci jer ni haaa..Bila bukak blog yang dapat no.2 dan no.3 tu rasa malu pulak sebab dorang punya jauh GEMPAK dari dla kot..Apapun mesti ada sebab kan CIK FATIN tu pilih dla..Terharu sangat ni, harap takde yang pertikai la keputusan beliau..hoho..Kepada yang tidak bernasib baik, jangan berputus asa tau dan tahniah kepada pemenang yang lain.

Thanx ya CIK FATIN sebab pilih dla..MUAH MUAH MUAH!! Kepada DAK KECIK thanx jugak sebab beliau yang tag dla sebenarnya kalau tak dla tak tau ada contest ni..Juga TUAN PENCIPTA BANNER CAKCAK dla iaitu ENCEK AYEEMnipun dapat free sebab menang contest beliau aritu[tempahlah dengan beliau, sangat nice taw hasil keje beliau]..Kepada mak ayah di kampung, ANAKMU MENANG!TERIMA KASIH SEMUA! AILEBIUUU!!! Perghhhh, kalah artis ko!
Saya cukup TERHARU !ALHAMDULILLAH REZEKI dLA :)
p/s : jom makan LAKSAM !
Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥