APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Wednesday, December 21, 2011

LAWAK SERAM JAMBAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Baru aku perasan yang aku tak post 1 entry pun untuk bulan 12 ni..Teruk betul kamu dla, dulu hari2 boleh update kan..Untuk tidak menghampakan peminat2 semua [bluwekkkkk] aku nak share 1 cerita lawak tak lawak jugaklah, tapi sedih jugaklah..hurhurhur...

Ini kisah masa aku pergi training badminton..Setiap hari Selasa kan memang aku pergi main badminton kat DEWAN SEKOLAH CHUNG HWA..Disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah so sekolah tu memang sunyi sepi pi pi la..Masa sampai tu, tetibe je rasa nak pergi TANDAS, biasalah musim salji macam ni memang rajin betul masuk bilik termenung..Tandas tu memang dalam kawasan sekolah la..Tahu tak setiap kali masuk tandas, aku selalu je terbayang filem HISTERIA tuh, kan ada yang scene dalam tandas, bukak2 nampak kawan dia mati kena bunuh..Tapi buat cool jerlah, mana boleh tahan benda-banda macam ni..Untuk mengetahui kisah selanjutnya, hayatilah kartun kat bawah ni, dah lama kot aku tak conteng2 kat blog ni..


Dengan bahagianya aku masuk dalam tandas..

Kemudian sambil2 tu aku bukaklah paip sekali..Tiba-tiba...saspen..saspenn

Punyalah fokus gila, tak tengok pun yang mana satu..

Sekali aku bukak pili hujan daaaa....

Aku serius tak perasan pun yang tandas tu ada shower skali, so memang aku confident je bukak..Bila tiba2 air jatuh atas kepala tu, aku siap pelik lagi, dari mana pulak air ni datang tetiba membasahi diriku ini..Ingatkan tandas ni berhantu dah..Sekali tengok rupanya ada shower..Selama ni tak perasan pun kewujudan beliau..Tandas sekolah aku dulu takde kot shower bagai camni...Hebatnya..Apesal la dia letak dekat2 ek? Tengok...tak boleh terima kesalahan sendiri letewww..Disebabkan keblurran aku tu, memang agak basah jugaklah baju aku time tu..Belum main dan berpeluh-peluh dah..Hebat betul!

nasi tambah :  entry seterusnya tunggulah tahun depan baru update kot..


Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, November 29, 2011

SELAMAT BERHIJRAH SAHABATKU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Pertemuan kita di suatu hari..menitiskan ukhwah yang sejati..huwaaaaaa !!!!! Sedihnya T___T.Sebelum tu nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua umat Islam di muka bumi ini walaupun terlambat sikit..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..InsyaAllah..


Paling bermakna bila salah seorang dari housemate kitorang dapat berhijrah betul2 pada 1 Muharam..Tahniah untuk beliau sebab beliau ni orang Kedah, kerja kat Terengganu dan akhirnya permohonan pertukaran dah diluluskan, dapatlah balik Kedah..Bestnyeee...Tapi sedih jugaklah, hampir 3 TAHUN kot kitorang duduk serumah, rasa macam baru jer kenal2 ngan beliau ni..Tsk..tsk..nak nangis lak rase..Gambar2 kat bawah ni jerlah pengubat rindu kitorang..Semoga K.Sha lebih berjaya di tempat baru..Amin...


K.Sha ni suka betul tidur time amik gambar..ya adoii

Maka tinggallah 3 ketul ni jer...malas nak amik housemate baru..

Sebagai kenang-kenangan, malam sebelum beliau balik Kedah tu, aku sempat siapkan bantal kecik tuk K.Sha..Guna barangan felt la, hapelagi..heee~~ 1st time buat bantal kecik ni, terus hadiah kat orang..Aku memang salu confident pun walaupun macam tak puas hati je jahit..hurhur


Wat simple2 je, sebab takut tak sempat siap..Ni pun pukul 3 pagi baru siap..demi k.sha yang kusayangi..dengan harapan bila dia peluk bantal ni tingat kat aku

Rasa cam kosong je, tulislah sikit2..
Nak tengok barang2 kraf yang lain? silalah melawat COMELOTEKRAF. Sempat lagi tu promote blogshop..sila..sila..jemput masuk..

NASI TAMBAH :  Hari Jumaat lepas aku balik kampung, otw tu banyak tol benda terjadi..Nantilah kalau rajin aku cerita..serius memang hari yang panjang...


Kalau BEST, sila LIKE

Monday, November 21, 2011

CERITA 20.11.2011

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Kejap ada kejap takde..Semalam punya date cun betul.Tapi,pagi aku tak seindah tarikh 20.11.2011 pun..Tapi sape tahu memang ada hikmah disebaliknya..


Kita mulakan dengan cerita busuk dulu..Bangun tu siap mandi nak gi kerja konon, lepas mandi tu tetiba perut aku sakit menggila..Dalam bilik aku tandas tu rosak so memang tak guna la..Kena guna tandas satu lagi kat luar..tapi time tu kawan aku tengah mandi..Tak tahulah aku makan apa sampai gila memulas, rasa nak pengsan tunggu kawan aku siap mandi..Jadi lembik gila dan rasa nak muntah..Bila dah masuk tu sampai nak kering air tangki, kuat tak kuat penangan sakit perut aku tu..euwwww...Dah keluar tu ingat okelah, rupanya tak habis lagi, sampai penat toksah cakaplah, adalah dalam 6,7 kali keluar masuk..So, terpaksa oke terpaksa aku tuang kerja..Sobs..Dahlah cuti nazak gila dah..


Bila dah tengahari tu aku dah rasa oke sikit selepas terbongkang kesakitan atas katil, mulalah BOSAN menyelubungi..Baik aku buat something yang best memandangkan pagi tu dah suram, takleh dibiarkan suram seharian.Maka terlahirlah BABY baru LADYDYLA..Muahaha..Hari tu dah plan nak buat BLOGSHOP kan..Walaupun ada yang nasihat takyah buat 2 blog, tapi rasa cam taknak campur bisnes dan personal, lagipun combine dengan akak so, baik buat je blog baru.Oooo..nak promote blog baru lani..heee~~


Ini header sepantas kilat buat petang semalam..Janji hado dulu

COMELOTEKRAF nama diberi..Nak gelak pun takpe, sampai nak habis kredit kot bersms dengan akak dok fikir letak nama apa..Pastu lak banyak yang dah tak available, maka lahirlah comelotekraf ni..Tunggu pukul 20:11 baru publish entry baru..Memang sengaja..Pelagi, jemputler masuk rumah baru ai, follow2 mana patut..Nak like fanpage kita pun amat2 dialu-alukan..Meme comelote..hehe..Harap ada yang menyokong dan tuan blog pun kenalah rajin jugak berusaha kan kan kan..Yang dah like dan follow tu thanx a lot ya^^

NASI TAMBAH : Hangin tol burung2 ni..Ada ke pegi berak kat baju aku yang aku jemur kat luar..Banyak pasang lak tuh..Grrrr...Stresss bak kata Kang Gary..

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, November 06, 2011

SELAMAT MAKAN DAGING LAH YERRR

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Gambar sangat meriah, so takyah taip panjang2 lah yer..Alhamdulillah, ibadah korban selamat ditunaikan pada tahun ini..Cuaca pun sungguh cun..Dengan itu, mari kita masak dan makan lauk daging je tuk bulan ni..Hee~~















NASI TAMBAH : Raya haji tetap happening bagi aku..Dengan itu aku amik lagi cuti sehari hari Selasa so jadi 5hari..Kyaa-ahh~~

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, November 03, 2011

ILMU CAKAR RIMAU

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Yuhuuu..Kali ni aku share satu ilmu..Ilmu ni aku dapat masa kursus hari tu..Actually banyak ilmu yang aku dapat tapi disebabkan mood blogging aku yang asyik on off ni, aku share yang ni jerlah..Tahu tak pasal SENAMAN CAKAR RIMAU?Aku memang taktaw pun, dengar nama ni pun masa kumpulan Sepah dulu selalu sebut masa buat show..Kalau ada sape2 tak tahu, macam ni cara dia..


Apa yang anda perlukan adalah seekor harimau...Nak mati, tak sempat nak buat cakar rimau, kita dulu yang kena ngap..Actually aku dah sediakan video..Korang layan jerlah yer..


Dah layan?Senang je kan, boleh buat beramai-ramai, lagi syok beb..Boleh menghilangkan mengantuk dan dapat mengembalikan tenaga yang hampir pupus..Time kerja kalau rasa agak2 nak zero energy tu boleh amalkan senaman cakar rimau ni..Tak silap aku cakar rimau ni berasal dari JAWA kot..Kalau salah, betulkan..Apapun thanx kepada 3 orang motivator hebat yang banyak bagi ilmu kat kitorang..USTAZ EBIT IRAWAN BIN IBRAHIM LEW, EN. AHMAD FAIZAL BIN HJ. NASIR [yang bagi ilmu cakar rimau] dan PROF. HJ. MOHD HANIM..Dorang bertiga ni semua anak buah DATO' HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH..Memang best..Daebak^^Ni antara gambar masa kursus..nak jugak letak..muehehe





Sesuku peserta kursus..Sebenarnya semua staff  terlibat tapi buat dua sesi..Kitorang ni sesi kedua


kat belakang tu bos kitorang..Awas!perlakuan anda sedang diperhatikan

Ni Prof. Hanim time sesi penutup..Serius best beliau ni..Asal aku macam rapat gila ngan beliau ni , camera ni tipu ni, aku dok belakang prof sebenarnya


Antara kata2 semangat yang best..

NASI TAMBAH
: Ustaz Ebit pesan, orang perempuan amalkan makan PISANG setiap PAGI untuk mengelakkan  BREAST CANCER..Pastu Prof Hanim pesan orang lelaki jangan pakai und*rwear kaler biru..hahahaha..sebab kenapa aku taknak gitaw takut nanti ada yang marah...ngee~

Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, October 25, 2011

KURSUS BELAKANG RUMAH

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Nak cerita pasal kursus hari tu haa walaupun dah nak basi dah takpe kita hangatkan sebelum basi..Dalam entry lepas dah gitau nak gi kursus kan.Kursus start Selasa lepas, petang Khamis dah habis tapi lepas tu housemate ajak balik kampung dia kat Dungun pulak..Kat kampung beliau bibik tak berfungsi, maka aktiviti blogging terpaksa dihentikan seketika..Alasan tak sudah kau dla weh..Tapi best giler balik kampung beliau, nanti kite cerciter later later oke..


Kitorang kursus kat HOTEL GRAND CONTINENTAL dan percayalah, hotel ni BELAKANG RUMAH aku je..Jalan kaki dalam 7,8 minit je kot tapi pesen malas nak berulang alik kan so, aku bermalam je kat hotel lagipun kelas sampai malam, balik kelas leh tidur terus.Well, bila lagi nak tidur dan makan free kat hotel kan..Hee..Hotel ni bagi aku okelah, cukup selesa nak2 free  kan..wahaha...Bilik pun luas, boleh main skipping lagi itupun kalau korang yakin bangunan tu kukuhla..Actually aku  ni jenis susah nak komplen benda2 free ni, syukurlah weh dengan apa yang diberi..Hapelagi, mehler tengok suasana hotel ni, tapi gambar takdelah meriah sangat..

Hamik, siap kasi peta lokasi lagi haa..Serius memang dekat sesangat..Dari hotel leh nampak rumah sewa kitorang..

Menjadi tak lakonan semula aku ni..Konon2 baru sampailah ni..Padahal tak sabar nak landing atas katil sebab kitorang masuk kelas dulu baru check in, muka penat tuu..

Mimpi2 indah bakal tercipta di sini...perghhh

Pemandangan dari atas bilik..Nampak PANTAI BATU BURUK...

Tempat memuaskan nafsu perut kitorang

Minumlah air masak banyak2..Sorilah, takde gambar makanan sebab bila nampak makanan terus rasa nak ngap terus dah so aku letak pic muka control aku je..kyaaahh!!!

Itu jerlah pasal Hotel Grand Continental ni..Tak sempat nak amik gambar suasana hotel banyak2, kitorang pergi kursus bukan pergi honeymoon..Nanti nak citer pasal kursus yang super duper best lak..Bolehlah bermalam kat sini kalau datang Terengganu, dekat je dengan rumah sewa ai taw...

NASI TAMBAH : Sebut Hotel ni teringat pulak pernah silap taip tajuk kat pelan dulu2..Aku tulis GOTEL GRAND CONTINENTAL bukan HOTEL. Mengekek bos aku baca siap baca kuat2 lak tu, malu kot sume dengar..Sape orang Kelantan fahamlah maksud gotel tu ape..Happy Deepavali^^

Kalau BEST, sila LIKE

Monday, October 17, 2011

WAKE UP !!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Haiii..saya newbie..hehe..Sebab dah lama tak update kan terus rasa segan je nak beramas mesra macam dolu2..Dla oh dla..Kenapa susah sangat nak update sekarang ni?Nak update tak susah tapi nak BW tu yang tak sempat..Maaf 48juta kali semua..Lepas entry "KANTOI" memang busy sangat2..Bila lame sangat tak update, terus jadi lemau..Tapi terharu jugaklah bila ada yang bertanya kabar berita semua..Rindu weh kat korang semua T___T..Mesti banyak cerita yang best2 terlepas baca..sobs!


"TIME MALAM BUSY JUGAK KE?"


Errrr...heeee...entahla..Kalau pandai bajet masa, boleh je nak blogging kat rumah..Oke,ini serius! Time malam sibuk layan FELT CRAFT dan RUNNING MAN..heee~~ Best jugak buat felt craft ni, sambil layan running man berkali-kali..RUNNING MAN DAEBAK!!! Jatuh cinta kot dengan running man ni walaupun terlambat layan..Aku kan asek bizi je, sekali dah start layan, hamik kaw, blog pun terabai.Korang kalau rasa dah lama tak gelak, layanlah running man..Boleh cramp perut, asek gelak je...Seum-dwa!! Seum-dwa!!


Sebahagian hasil kerja keras tangan..buat yang simple2 dulu..Ada keychain, hp strap, hair clip, fridge magnet..blablabla..Agak2 ada yang nak bli tak?


Maka saya dengan ini, berbekalkan semangat running man berharap semoga saya akan terus rajin update dan blogwalking..Aja-aja!! Apa guna beli domain, kalau update sebulan sekali je kan..Cepat sedar diri dyla weh..Tapi esok ada KURSUS pulak..Tengok jadual tu sampai malam kelas..Kita carry forward semangat ni lepas abis kursus la pulak..hee

nasi tambah : nak letak nama apa yer kat blogshop baru nanti..isy..blog yang ni pun asyik terabai, ada hati nak buat blogshop pulak..

Kalau BEST, sila LIKE

Sunday, September 18, 2011

KANTOI

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Ingat tak pasal kes mamat cleaner yang try seluk handbag aku masa aku tengah tidur bawah meja time bulan puasa haritu?Dipendekkan cerita, BOS tahu walaupun bukan aku yang pergi report, biasalah kat opis memang cepat cerita tersebar. Masa start keje lepas cuti beraya dah ada cleaner lain dah ganti..Walaupun aku macam kesian jugak dengan MASA DEPAN mamat tu, tapi mungkin sebagai pengajaran sebab sebenarnya ada lagi kes2 lain mamat tu dah buat, so kira dah kantoi la mamat ni..Hope nanti beliau dapat kerja baru dan menjadikan pengalaman pahit itu sebagai iktibar.

Kemudian kan kitorang sembang2 sama kitorang..Pasal KANTOI aku tidur BAWAH MEJA..Buatnya bos mintak aku cerita masa morning prayer@time meeting nanti camne..Pecah rrr port rahsia kitorang..Sebenarnya aku kalau tidur bawah meja bersebab, bukan sebab mengantuk je..Kalau mengantuk aku sembam muka depan PC je 10minit..Tapi bila aku SAKIT PERUT, DEMAM atau PENING KEPALA, memang port bawah meja menjadi pilihan..Time tu konon taknak orang ganggulah..Berikut adalah alasan2 yang kitorang planning nak bagi kat bos..

1- Sebenarnya saya tidur atas kerusi, kemudian tak sedar menggelongsor sendiri..Sedar-sedar je dah duduk bawah meja..

2-Saya ni ada penyakit mudah mengigau..Mungkin saya mengigau masa tu sebab tu saya ada bawah meja masa kejadian tu...

Agak2 konon bos percayalah..Tapi paling takleh blah bila dah terlebih fikir macam ni haaa....

"Entah2 nanti, bos pun nak try tidur bawah meja jugak..Ketuk2 bilik ingatkan bos takde, padahal ada tidur bawah meja, nak tiru kita letewww"


Nak tido bawah meja pun kena pastikan tempat tu bersih oke

Mamat cleaner yang baru ni 1 hal jugak..Terlebih caring dan macam nak bermanja lebih pun ada..ada ke suruh aku panggil dia ADIK padahal takdelah muda sangat pun..Euwww..geli..geli...geli...Tapi kesian pun ade, sebab mamat ni masa kecik2 kena demam panas sebab tu jadi gitu..Dia nakkan perhatian kot..Tapi aku scary weh lelaki yang terlebih amik berat ni..Terpaksa aku buat2 busy @ tak dengar sebab pakai headphone bila dia datang kutip sampah.


nasi tambah : minggu ni busy sikit sebab ada open office raya [mood raya tak habis2], keje pun berlambak.

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, September 15, 2011

DAPAT PAHA, BETIS DILUPAKAN

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Apalah nak jadi dengan aku ni..Mood blogging kejap turun kejap naik..orang lain lepas update mesti kaw2 BW kan, aku rasa aku dah jadi pemalas nak jalan2, baca blog orang..Lepas update, nak BW 10blog sehari pun liat kemain tapi aku tetap komen just lambat, kadang2 buka pastu terlupa nak baca, last2 tutup, esok bukak balik, tengok2 dah ada cerita baru..Hebat betul la korang yang rajin update, rajin BW..Aku rasa nak bagi standing ovation kat mereka yang gigih dan sangat bertabah ni.Bab trafik memang aku tak amik port dah, menjunam ke, mendatar ke, sebab memang deserve pun dapat trafik ciput..

Takkan nak bersara kot, haishhhh tak kot..Kalau bersara, nak campak katne lagi perasaan2 aku, cerita2 aku, seni2 aku yang tak berapa seni tu..Takde ke kursus2 blog yang aku boleh attend biar kasi panas dan membara sikit semangat ini?Atau mungkin sebab aku dah jatuh cinta dengan INI yang buat aku rasa malas nak blogging ni? Tak boleh camtu, takleh lupakan blog, nanti benda2 INI kena show off kat blog jugak..Benda INI yang buat aku jadi camni kot.
Ini tangan aku...


Ini tangan kawan aku


Ini barang2 kawan aku


Crown ini aku yang buat [tapi tak sepenuhnya..haha]


Ini kawan aku yang buat.

Jatuh cinta dengan FELT CRAFT pulak dah..Ni gara2 masa pergi Shah Alam hari tu la, tengah fikir2 nak bagi hadiah birthday apa kat Disha tetiba dapat idea nak buat sendiri je..FARIROSS ni memanglah dah lama jugaklah buat benda ni, aku je 1st time buat terus bagi hadiah kat orang..Tahap confident sangat tinggi.Actually aku tak suka bab2 menjahit ni, serius! Tapi felt craft ni macam layan je sebab hasil dia comel2 je..Eh, korang doakanlah saya berjaya dan tidak hot2 chicken shit ye.Nanti InsyaAllah aku akan buat blog baru bergabung dengan MY SIS, sila support!Haha..Tapi blog ini aku takkan tutup..Sejarah hidup untuk aku ingat bila dah tua nanti. Itupun kalau password masih ingatlah..

nasi tambah : aku rasa aku ada masalah suka taip panjang2..Bajet orang baca sampai habes..Takpe hati makcik besar, tak kecik hati pun..nak bagi standing ovation gaklah kat orang yang taip pendek2 tak perlu letak gambar banyak2 pun tapi isi padat, komen pun banyak..Tabik2

Kalau BEST, sila LIKE

Tuesday, September 13, 2011

MAKAN PUN PENAT

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
4 HARI tak blogging, pergi mana? Hari JUMAAT pagi, aku  pergi kat SHAH ALAM, beraya kat rumah FARIROSS dulu. Hari AHAD pergi KL pulak..Kemain kau dla beraya sampai KL...Hehe..Memenuhi permintaan kawan2 la, nak wat camne, kawan2 majoriti kat KL..Padahal memang hobi berjalan-jalan pun.

Selama ni, aku ingatkan IJOK tu kat area SARAWAK @ SABAH tak sangka kat SELANGOR rupanya..Hari Sabtu tu, aku pergi open house kat IJOK, punyalah jauh, balik tu terus pengsan kepenatan dan kekenyangan..Banyak jugaklah open house yang aku pergi, nak sangat kan pergi open house, amik kau, sampai penat dok mengunyah makanan..Kat KL ni selagi tak habis SYAWAL memang open house merata-rata kan..Semangat..semangat..Layan jerlah sikit2 gambar yang ada..Penat pulak nak mengulas panjang-panjang..

jalan ke Ijok yang berliku-liku..

Open house kat Ijok..polkadots lagi..hee..open house dorang dah macam majlis kawen dah aku tengok..Meriah sangat2..

Ni kat rumah MAMA DISHA..Disha dah setahun dah.. 


Budak tecik tu nama HAFIY..tetibe makcik rindu ngan dak hafiy ni..wuwu


Tadaaa...jumpa lagi MAMA ADAM.. Cunlah kamu ni Aanie..wewitttt


Pertandingan sape habis dulu dapat choki-choki stok selama setahun...
Style tangan sama..mulut sama..warna hitam merah..comey je rase pic ni even mamat yang kat hujung tu aku taktaw sape pun sebenarnya


Aanie bersama anaknya dan aku bersama anak pinjaman..Disha dah ngantuk tu..Nampaknya Adam sorang je yang pandang camera..

Dah terlentok dah disha ucuk neh..Aku  sempat amik feel perut amy..haha

Jeng..jeng!Wah..menjahit!Bakal dijadikan hobi baru kot..Mungkin boleh dijadikan bisnes 

Anyway, thanx a lot to FARIROSS FAMILY sebab dah bagi layanan 5 star kat aku selama berkampung kat sana dan juga kepada yang sudi memenuhkan ruang kosong perutku ini...Alhamdulillah..Semoga hidup korang dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..Amin^^

nasi tambah : best jugak buat felt craft ni..jangan hot2 chicken shit sudah

Kalau BEST, sila LIKE

Thursday, September 08, 2011

EID MERAPATKAN UKHWAH KAMI

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
HARI RAYA bukan masanya untuk korang melayan rancangan TV 24jam, bukan juga untuk kamu duduk rumah MAIN GAMES, MAIN INTERNET 24 JAM, dan bukan juga untuk kamu pergi melawat SAUDARA MARA di ZOO..Kat kampung aku ada ZOO taw tapi sekarang dah jadi TAMAN BURUNG..Setiap kali raya, start raya ke-2 lah, memang jammed kat situ..Sepatutnya masa nilah korang amik peluang pergi melawat sepupu sepapat, kawan2 sekolah ke..Sebab time nilah semua anak2 perantau balik kan..Nak tunggu gong xi fa chai ke, deepavali ke rasanya tak ramai yang balik..Raya Haji pun ramai yang tak balik kan..So, aku macam biasalah, aktiviti wajib kena beraya rumah kawan2 walaupun tak banyak sempat singgah tapi dah rasa happy gila dapat jumpa ngan dorang ni..


Dorang ni bukan duduk dekat2, kebanyakkannya mencari rezeki kat KL nun haa..So, memang excited nak jumpa..Dapat beraya bersama blogger MAMA ADAM A.K.A AANIE lagi, posing memang tak hengat dunia..Aanie ni memang kawan sekolah aku pun tapi tak sekelas..Uniknya kitorang ni walaupun tak sekelas tapi ukhwah tu memang rapat, terbukti bila aku menebalkan muka join REUNION budak2 PRINSIP AKAUN..Gila tak malu betul.Aanie pun join jugak..Padahal Aanie ni budak sains, aku pulak budak kelas kejuruteraan..Dah tuan rumah beriya ajak, lagipun memang kitorang kenal pun budak2 P.A tu..Layan jerlah gambar2 aku bersama-sama kawan sekolah kat bawah ni ya..Ada terlebih terkurang tu maafkanlah saya yer..

Satu-satunya baju raya aku..Polkadot warne hijau, latar pink..Ada orang pening tengok so aku terpaksa pudarkan kaler takut ade yang pening tengok..haha

Lynn [budak P.A], aku n Julia sekelas.


Bila budak Sains, Kejuruteraan dan Akaun berjumpa..

Sape lak kentut ni?

Ladydyla bersama Mama Adam. Tinggi pulak aku dalam gambar ni..Aanie ni tinggi taw.

KEADAAN SEBENARNYA...

Terpaksa buat macam tu supaya tak kecik hati bila tengok gambar ni

Oh yeah! Tak malunya budak dua orang ni join reunion orang..hawhaw

Menu yang super duper best..Arghhh..laparnya tengok menu kat atas ni..

Nanti tahun depan buat lagi ye..Aku dengan Aanie dah janji nak support perut masing2 tahun depan

Sebahagian tetamu yang hadir..Budak2 lelaki malu nak join sesi bergambar, so terpaksa suruh dorang pergi bakar satay.Aanie dah balik time ni..macam2 pangkat dah dorang ni..Mak budak, bakal mak, bakal isteri orang, datin pun ada..

Apapun memang best jumpa dorang semua ni..Best jugak buat reunion time raya ni walaupun menumpang jer..Hahaha..Thanx jugak buat encik SUAMI AANIE sebab sporting sangat2 layan mood gila2 kitorang masa berposing.

nasi tambah : nak tunggu open office raya pulak..Bila tah nak buat..

Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥