APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Friday, November 19, 2010

T.A.R.A S4 ~ SUMPAHAN THE RICHES !

babai ethan n khairie !!
[pic by pakcik g00gle]

MENYESAL PUN DAH X GUNA !!!
Ouhhhh..tamat sudah perlumbaan bagi pasukan Malaysia..Sedih, geram, nak marah pun ada..Ni mesti THE RICHES dah sumpah dorang ni..haha..Terus lari mood nak update TARA bagi season kali ni sebab kedua-dua wakil Malaysia dah tersingkir dari perlumbaan walaupun pada awalnya mereka mempunyai peluang yang cerah untuk ke final..Memang kalo silap sikit jer percaturan, boleh gagal.

Perlumbaan dimulakan dengan semua team terbang ke Bali, Indonesia..Sampai di Bali, semua menaiki bot ke LOMBOK..Di sini la kisah pahit manis perjalanan pasukan Malaysia dan pasukan Filipina..Disebabkan jadual bot bertolak berbeza, hanya dua pasukan terawal sahaja yang boleh bertolak awal..Manakal 3 pasukan lagi harus bertolak 30minit selepas itu..

Masa inilah, ETHAN n KHAIRIE silap plan dan mengajak 2 pasukan lain iaitu THE RICHES dan pasukan SINGAPORE iaitu CLAIRE n MICHELLE supaya naik bot bersama-sama..Tetapi apabila sampai, barulah semua sedar yang masa bertolak sebenarnya tidak sama..Disebabkan ETHAN n KHAIRIE sampai dulu, dorang terpaksa letak nama dorang bagi bot pertama yang berlepas dulu..Ini membuatkan THE RICHES kurang senang, pendek kata bengkerk giler la, sebab dorang nampak dulu tanda TARA..

Ethan memang rasa sangat bersalah dan sanggup tukar jadual tapi ditolak mentah2 oleh THE RICHES..Pagi besoknya sume berlepas menaiki bot dan cari task berhampiran pantai untuk ke KUIL HINDU, PURA MERU..Sekali lagi dugaan bagi THE RICHES kerana menaiki kereta private menuju PURA MERU menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke pantai..

Di kuil hindu, oh dem....dah macam rusuhan aku tengok dorang ni sambut tetamu..Nak baling2 tepung pun agak2la..beria bebenor dah nengoknya dorang baling..Sonok sangat agaknya..Tak suka tengok cara dorang, sorry to say la, tu dah gaya nak merusuh..harap xde geng pemenat lombok la baca blog ni..haw haw..oke, 4get it..mood minah ni ke laut sket malam ni :P

Selepas dapat task dari kuil, sume harus ke PANTAI MANDALIKA..Detour iaitu pilih antara dua cabaran sama ada "ATAS KEPALA" iaitu kene junjung bakul tanpa memegang bakul tersebut ataupun "SAYUP MATA MEMANDANG" cari FAM SAM MOY..Tak taw la fam sam moy tu apa, team Malaysia lak pilih task SAYUP MATA MEMANDANG..Taim nilah dorang banyak buang masa, last2 dorang tukar task buat cabaran "ATAS KEPALA"..Masa ni jugaklah, team THE RICHES dapat kejar dorang balik..huhu..memang feras giler, dah jadi pasukan last..

Kemudian semua menuju ke PANTAI MALIMBU [wah, x sangka kat LOMBOK ni banyak pantai yer] untuk task ROADBLOCK di mana salah sorang harus melakukan tugasan menyelam ke dasar laut untuk mencari BRIEFCASE.Kedudukan THE RICHES n MALAYSIA TEAM sangat2 la dekat, x senang duduk dla dibuatnya..

Kemudian briefcase yang dijumpai itu harus dibawa ke CORAL BEACH untuk pengiraan..Hanya beza beberapa minit saja, team THE RICHES berjaya meneka dengan betul jumlah wang di dalam briefcase itu iaitu 340800 menyebabkan ETHAN dan KHAIRIE menjadi pasukan yang terakhir tiba di pitstop.Ohhh, dla harap sangat2 tadi minggu ni xde penyingkiran tapi dah xde rezeki buat Malaysia, tersingkir di minggu ke-9..

1st to arrive ~ JESS n LANI
2nd ~ NATASYA n HUSSEIN
3rd ~ MICHELLE n CLAIRE
4th ~ THE RICHES
Last to arrive ~ ETHAN n KHAIRIE.

Apapun, syabas la tuk team Malaysia sampai ke tahap ini walaupun rasa frust, huh dorang apatah lagi kan, mesti frust giler2 kan, kite yang tengok ni cakap je senang.Ekceli dorang dah tersilap percaturan sebab banyak buang masa untuk task detour atau mungkin gak ini sumpahan the riches..huhu..Argggh, next week dah tak excited la nak tengok..Nak sokong sape pun xtaw dah..
Tengok saje2 jerlah nanti :P

p/s : lame giler siyut nak siapkan en3 ni, tapi degil nak update jugak :P

Kalau BEST, sila LIKE

2 ORANG MENYAMPUK:

Zack Zaifull said...

tamat sudah pasukan malaysia... huhuhu

d_LA said...

zaifull : huwaaaaaa..sedes kam :(

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥