APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Tuesday, August 24, 2010

KANAK2 LELAKI DISEMBELIH

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Muszahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia dua tahun.


Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.

Katanya, mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.

Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyembelih mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku.


sedih sangat bile ade brite yang camni..x dapat bayang kesakitan budak berumor 3 tahun tu kene sembelih..
sape2 yang ade anak yang sakit mental tu tulonla awasi dengan baek2 agar kejadian menyayat hati camni x berulang lagi =(

*AL-FATIHAH*

Kalau BEST, sila LIKE

5 ORANG MENYAMPUK:

nurul lalala said...

kesiannya...


http://luvknewrule.blogspot.com/

aanie said...

sedih sgt......sakit ati je aku tgk berita smlm....

d_LA said...

kesian kan..sedeih tgk mata adeq ni..dahla comey..sampai ati bapak dia..tp tula, taim tu dia mmg x waras

nikzairfan said...

bia lah dia gila pon aku tetap kata di Menatang....bodo.....bunuh anok secomel itu

d_LA said...

nik, tp die bet0l2 giler tu smpai diri sndiri pon die sanggop kelar..orang camni mmg kene d0k wad neh, kene pantau..
tp mmg sedeih la nik, anak yg jd mangsa..dunia skang makin truk

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥