APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Wednesday, November 04, 2009

SebOk NamPak !!!

Tips-tips untuk menjadikan anda kelihatan begitu sebok di pejabat:






1. Buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.

4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.

7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel atau email yang tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.

8. Sentiasa off henpon ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang berbunyi "Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting.."

9. Sila balas panggilan atau voicemail yang ditinggalkan di dalam henpon daripada bos anda selepas waktu pejabat atau ketika waktu cuti kerana pada masa ini biasanya bos tidak akan melayan panggilan anda sebab sibuk main golf atau makan malam dengan client. Ini adalah teknik untuk meyakinkan bos bahawa anda seorang yang rajin dan tetap bekerja sehingga lewat waktu dan pada hari cuti.

10. Sila bawa fail jika mahu pergi minum di kantin/cafe. Orang yang membawa fail kelihatan seperti mahu pergi ke mesyuarat. Tetapi, jangan pula membawa surat khabar kerana ia kelihatan seperti anda hendak ke tandas.

SELAMAT BERJAYA !!!
PEJABATKU RUMAHKU

GiLE sEbOK siOt
SUME ADE KAT CNI



JGN SAMPAI JD GINI...KESIANNN
Kalau BEST, sila LIKE

3 ORANG MENYAMPUK:

Dak Wan said...

Hahahs! Kojer smpai tinggal tulang eh?

miEz haNeM said...

HI dYla:)

CIK GULA2 datang nie..
NiCE ENTRy

TQ SInGah kat blOg Miez:)

d_LA said...

TO :
DAK WAN: jgn keje sampai jd gitu yer, ingt mkn, tdo, riadah...

MIEZ HANEM: Tenkiu follow kite skali..rajin2 la singgah n bg pendapatan..heheh

There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥