APO?! : tuan blog ni kejap ade kejap xde..harap maklong ye^^

Saturday, October 07, 2017

#ladylatravels: The DARAs in Ho Chi Minh/Saigon (Part 2)



ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...

Aku rasa kena cepat2 sambung sebabnya selagi tak siapkan update Saigon Trip ni selagi tulah aku tak boleh fokus untuk next trip. Yes, aku dah ada schedule untuk next trip dah, tiket pun dah beli bulan April hari tu lagi, just sekarang ni tengah pilih2 untuk book hotel dan siapkan itinerary. Tapi setiap kali nak fokus untuk next trip setiap kali tulah teringat nak update yang Saigon Trip ni.

DAY 2

CITY TOUR
(Tao Dan Park, War Remnants Museum, Independence Palace, Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon, Saigon Central Post Office, Masjid Musulmane, Halal Saigon, City Hall, The Golden Dragon Water Puppet Theatre)

Hari ke-2, hari yang panjang dan langkah pun kena panjang sebab hari ke-2, round city jalan kaki je. Tak berbaloi kalau amik taxi sebab jarak semua dekat2 je. Bagi akulah kan. Hopefully The Daras okaylah since aku dah pesan awal2 yang nanti hari ke-2 kena pakai kaki je heh heh. 

Good morning Ho Chi Minh
Kita mulakan langkah kita ke Tao Dan Park. Tersangat dekat jugak dengan hotel kitorang, dalam 5 minit je kot. Tapi photoshoot saja dah dekat 5jam hahaha. Sebab park ni besar, sangat happening dengan local people datang beriadah. Jaga pun elok je, so memang best lepak2 sini. 

Gaya sama macam 3 tahun lepas, orang je x sama

love love love from Ho Chi Minh

Since sini pagi dia awal, pukul 6 tu dah terang benderang so matahari pun cepat naik jugak

Cover album terbaru The Daras

Jangan main2, makcik2 kat sini senaman aje dah guna pedang

mampu pandang jelah makcik2 ni main pedang


Team kipas susah mati. comey je kan dorang ni

sha, please makan banyak sikit. sampai boleh terapung dah tu



boleh dapatkan poster The Daras ini di kedai2 berhampiran anda

Just a normal day in Ho Chi Minh. Trafik masih macam dulu2, penuh dengan motor, hon sana sini.
Dah puas posing terbang, terapung semua, The Daras teruskan langkah ke War Remnants Museum, tapi sebelum tu, singgah beli tiket Water Puppet Theatre dulu sebab biasanya memang kena book awal takut full. Kitorang pilih show pukul 5 petang so sempatlah round2 city dulu. Harga tiket semua nanti akan diceritakan dalam entry khas. Cheyyy.

War Remnants Museum



English version kat sebelah tu tapi sebab duduk vietnam kan XDD


dulu cita2 nak jadi pilot


sini cam seram sikit weh huhu xleh bayang keadaan dorang time tu

bersyukurlah mekla


mintak tolong mat saleh amikkan gambar kitorang. terima kasih abam


Ni scene paling sedih. Sampai2 je tutup. Mana nak tahu pukul 12 dia tutup sejam.
Aku pun x study sebab tak tahu pulak dorang nak singgah Independence Palace jugak.
Sorry ye kawan2

Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon


tak tahu nama apa, tapi suka sebab lawa

Iconic. Saigon Central Post Office



Saigon Central Post Office punya interior

BFF

Konon nak buat scene jejak kasih

Misi mencari Masjid Musulman(Saigon Central Mosque) pulak. Tapi macam biasalah, sejenis pantang tengok tempat unik sikit mulalah beratur nak posing sorang2. 


Saigon Opera House

Akhirnya sampai masjid ni, Alhamdulillah walaupun sesat jugak sikit. Kesian pulak kat dorang, google map pening sikit time tu nak wat camno. Landmark dia, kena masuk lorong sebelah Hotel Sheraton.


InsyaAllah album nasyid bakal menyusul

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan

Ho Chi Minh ni memang banyak bangunan2 yang ala2 colonial camni. Terasa macam kat europe jap

City Hall aku datang lagi hahaha sebab dulu ada memori lawak kat sini. Rindu pulak

Abbey Road sangat! Konon nak buat macam The Beatles tapi ni versi The Bujangs.
Nasib ada yang sudi amikkan gambar kitorang

Scene terapung bakal menyusul

flying squad

we are The Daras!

long time no see ma fren

Tajuk drama: Mungkinkah jodohku di Saigon?

Lupakan..cari orang kampung je najwa

Memang ngam2 je sampai kat teater ni dekat pukul 5 so kejap je tunggu. Sebenarnya macam dah penat gila tapi aku tabik springlah dengan kesportingan dorang ni muahhhh!








standing ovation!

Memang tak tercapai dek akal macam mana dorang perform dalam air. berbaloilah dengan tiket dia kot. Tak faham pun siap boleh gelak macam faham haha. Apapun memang enjoy sangat. Kalau ada bajet lebih, pergilah tengok sendiri ye. Dah habis show, hujan turun tiba2. Nasib baik tak jauh sangat dengan hotel kitorang. Malam tu memang tidur lena la sorang. So, itu je untuk hari ke-2. Thank you for reading.


Kalau BEST, sila LIKE
There was an error in this gadget

Tetamu2 Beliau

~ TERIMA KASIH..DATANG LAGI ~

~  TERIMA KASIH..DATANG LAGI  ~
♥ ♥ ♥ LAdy_dyLA ♥ ♥ ♥